Isnin, 10 Ogos 2015

Mendidik Anak ketika masih bayi / kanak-kanak


Alhamdulillah, anak merupakan anugerah Allah kepada kita. Namun harus diingatkan bahawa anak juga merupakan ujian buat kita sama ada kita bersyukur atau tidak kepada Allah subhanahu wa taala.

Sumber : Blog Mukmin Taqwa

Mari jadikan diri kita dan anak-anak sebagai asbab untuk masuk ke syurga. Maka pendidikan akidah untuk anak harus bermula lebih awal seawal anak di dalam kandungan. Apabila anak telah lahir, bermulalah proses pendidikan secara formal dari kita, ibu bapanya sebagai guru pertama dalam hidupnya.

Bagaimana mengenalkan Allah kepada bayi?
Bolehkah diajar sejak kecil lagi?
Macam mana mereka nak faham? Mereka kan budak-budak lagi!

 Bagi anak seawal lahir boleh lakukan aktiviti-aktiviti ini :

Sering ucapkan di hadapan mereka

Ya, memang mereka masih kecil tetapi waktu inilah kita dapat menerapkan ilmu ketauhidan sejak dari mula supaya ia membentuk konsep dalam diri mereka bahawa Tuhan yang Esa hanyalah Allah subhanahu wa taala.

Misalnya seringkan berbual-bual dengan anak / bayi :”Ilman, siapa cipta kita?” “Allah! (sambil angkatkan kedua tangannya),” “Masya Allah, pandainya anak ibu!”.

“Sarah, siapa cipta hujan ini?” “Allah!” “Subhanallah bijaknya Sarah!” (sambil tepuk tangan).

Perdengarkan ayat Quran / azan

Setiap kali masuk waktu solat, kita boleh perdengarkan bunyi azan kepada bayi kita. Bacaan ayat suci al-Quran juga boleh diperdengarkan sejak usia kecil. Lakukan secara konsisten. Ini kerana waktu 0 hingga 2 tahun adalah usia emas bagi anak-anak menyerap pelbagai ilmu yang didengari. Sungguhpun mereka tiada respon tetapi insya Allah memori mereka bekerja 24 jam sehari dengan izin Allah.

Harus diingatkan bahawa segala sesuatu berlaku dengan izin Allah. Maka, jika setelah kita berusaha Anak masih belum menunjukkan perubahan yang “kita mahu” ketahuilah AllahMaha Tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah tahu kita lebih kreatif, lebih bersungguh dan lebih bertawakal dengan-Nya dalam usaha mendidik anak.

Kad imbas

Boleh sahaja tuliskan perkataan  pada kertas menggunakan pen marker dan tunjukkan pada anak ketika berbual atau menyoalnya.

Bercerita

Pembacaan cerita teladan sebelum tidur atau dikenali sebagai bedtime stories mempunyai kesan yang besar kepada perkembangan sahsiah dan minda anak. Ini kerana memori cerita akan disimpan di dalam minda bawah sedar dan akan digunakan pada bila-bila masa. Sebab itu bercerita yang baik-baik dan ucapkan yang baik-baik.

Buku yang dicadangkan

 Buku ini antara buku pertama yang saya baca ketika awal kehamilan dan kelahiran anak. Selain buku Tarbiyatul Aulad terbitan PTS, buku Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam 0-2 tahun KARYA Mazidah Muhammad dan Dr Noor Hisham Md Nawi membuka minda saya dan memberi kesedaran kepada saya bahawa pendidikan Islam anak merupakan satu proses yang panjang dan wajib dititikberatkan oleh ibu bapa.

Harganya RM15.00
Sumber : Laman PTS


Jadi, jangan sesekali putus asa. Teruskan berdoa semoga Allah membuka pintu ilmu dan ilham kepada kita. Wallahualam.




Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015