Khamis, 8 Oktober 2015

Ajar Anak Solat


"Kepimpinan melalui tauladan".

Kita sering dengar frasa ini. Kaedah ini boleh diguna pakai kepada anak-anak kita terutama dalam mengajar dan mendidik mereka.

Jika mahu anak yang solat, maka tunjukkanlah kita bersolat di hadapannya.
Jika mahu anak minat membaca al-Quran, wujudkanlah suasana membaca al-Quran di rumah.
Jika mahu anak suka membaca, budayakan membaca buku di rumah pada bila-bila masa.

Dan senarai ini berterusan....

Ketika awal-awal kami mahu mendidik anak mendirikan solat, suami selalu membawa anak-anak pergi solat berjemaah di surau atau masjid. Jika kami bermusafir juga, masjid adalah salah satu tempat wajib kami kunjungi bagi beriktikaf bersama anak-anak. Selain bercerita kelebihan orang yang mendirikan solat berjemaah, tatacara dan adab berada di masjid dan galakan kepada mereka menunaikan solat sejak kecil.

Kami juga sangat suka dengan sebuah buku yang mengajar anak-anak tatacara mengambil wuduk dengan betul dan menunaikan solat dengan tertib menurut sunnah Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam.

Sumber gambar : di sini

Buku ini bersaiz segi empat tepat, berwarna penuh dan menariknya gambar modelnya ditutup wajahnya. Tulisannya bersaiz besar dan menarik anak-anak kami membacanya. Paling penting, bacaannya mengikut sunnah serta diberikan sumber hadis berserta matannya. Masya Allah.

Alhamdulillah, sebelum usia empat tahun, anak sudah boleh membaca semua bacaan dalam solat dan kemudian belajar mempraktikkannya sedikit demi sedikit. 

Saya juga terjumpa sebuah produk keluaran Learningroots iaitu satu set kad bacaan dalam solat yang mengikut sunnah.

Sumber gambar : tarbiyahbooksplus.com

Di dalam set ini mengandungi :

- Kad gambar waktu-waktu yang berkaitan dengan solat dalam sehari. Misalnya, subuh, tengahari dan petang.

- Kad wuduk

- Kad solat

- Bacaan dalam solat dicetak di belakang kad

Saya tak jual. Boleh beli dengan sesiapa yang menjual produk ini. Jika di instagram, saya suka sekali berurusan dengan Sweetlittlefabulos.

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015