Jumaat, 16 Oktober 2015

Belajar Bahasa Arab



Ketika saya mula mengajar anak mengenal huruf hijaiyah, terlintas mahu ajarkan mereka bahasa Arab kerana dua perkara ini saling berkaitan. Jika mereka boleh membaca al-Quran, insya Allah akan mudah menyebut bahasa Arab.

Ketika itu memang tercari-cari modul bahasa Arab yang boleh digunakan namun belum berjumpa. Jadi, permulaan saya mengajar perkara asas iaitu anggota badan, peralatan di dalam rumah dan beberapa perbuatan. Disebabkan anak ketika itu masih kecil (dalam lingkungan satu tahun) saya hanya menyebut perkataan berulang kali. Satu perkataan satu hari. Diulang-ulang semua perkataan sehingga kini.

Ketika dia sudah mula bercakap, saya beralih kepada buku. Waktu ini saya sudah mula menggunakan Set Lughatul Jannah terbitan Read Network. Alhamdulillah, walaupun nampak ringkas tetapi saya ikut sahaja modulnya.

Apabila anak menginjak ke usia 3 tahun ke atas, saya mula membina modul sendiri (inovasi sedikit daripada buku Lughatul Jannah yang ke-3). Pada masa ini sudah boleh beri perkataan lain bagi membentuk ayat yang agak kompleks kerana selain Lughatul Jannah saya menggunakan Kamus Bergambar terbitan Mind To Mind, Kamus Mini Sayangku terbitan Pustaka Azhar dan silibus belajar bahasa Arab dari laman sesawang A Diary Of A Muslim Homeschool.

Set Lughatul Jannah terbitan Read Network

Kamus Mini Sayangku terbitan Pustaka Azhar



Pada usia ini jugalah baru saya menggunakan pelbagai teknik seperti kuiz, jigsaw puzzle, memory game, modul sendiri dan teknik nyanyian.






Jika berminat, boleh dapatkan Set Lughatul Jannah dan Kamus Bergambar Mind To Mind ini daripada saya ;)

Kamus Bergambar RM15.00


Set Lughatul Jannah RM25.00

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015