Di dalam Islam sudah ada garis panduan mengajar batas aurat dan pergaulan sedari kecil.
“Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan)solat pada umur 7 tahun. Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun , dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya.”
(HR Imam Ahmad , Abu Daud dan al-Hakim)
Peringatan untuk diri sendiri juga ini. Pernah menangani beberapa salah laku di sekolah. Apabila di soal selidik, masih ada antara anak-anak berusia 13 tahun yang masih tidur dengan ibu ayah. Aduhai.
Sejak kecil lagi kita sudah boleh memberi didikan kepada anak-anak mengenai hal ini. Ajar bahagian sulit badan dengan nama yang betul. Jangan sebut nama palsu. Misalnya faraj disebut "bunga", "pepet" dan sebagainya. Tukar kepada nama yang betul.
Mengapa perlu ajar begitu? Menurut Pn Maznah Ibrahim (maznahibrahim.com), kerana nama-nama ini mempunyai makna. Kita lebih cepat peka sekiranya berlaku sesuatu apabila anak mengadu dan menyebut nama yang betul.
Kebiasaan anak-anak, kita perlu ingatkan selalu dan nasihatkan selalu.
Pernah seorang alim memberi nasihat kepada kami supaya membacakan surah At-Tin sebagai pelindung kepada anak daripada berzina atau sebaliknya. Nauzubillah.
Di dalam buku teks Bahasa Inggeris Tahun 5 sudah ada topik mengenai kesedaran Penjagaan Diri (self protection) dan Good Touch, Bad Touch.
Wallahualam.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan