Isnin, 5 Oktober 2015

Facebook Homeschooling Genius Syurga



Mendidik anak memerlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi. Bukan sekali dua terbabas emosi, tetapi harus cepat-cepat istighfar. 

Sekolah di rumah atau homeschooling menjadi semakin popular di kalangan ibu-ibu muda sekarang. Baru-baru ini ada sebuah group yang menghimpunkan ramai ibu yang berkongsi idea membuat aktiviti bersama anak-anak di rumah.

Homeschooling Genius Syurga Group.

Setakat entri ini ditulis bilangan ahli sudah melebihi lima ribu ahli. Sudah pasti bilangannya meningkat saban  hari.

Walau apa pun, pengalaman saya dalam menjalankan aktiviti bersama anak-anak di rumah, kita memang teruja untuk membuat semua aktiviti yang dilihat namun ada beberapa perkara perlu diambil kira :

1. Tetapkan niat kerana Allah bukan kerana orang lain.
2. Tetapkan matlamat untuk setiap anak.
3. PIlih aktiviti yang bersesuaian dengan tahap anak.
4. Membeli bahan pembelajaran atau aktiviti mengikut bajet.
5. Sediakan fail khusus di dalam komputer dan kategorikan seperti aktiviti menulis, matematik, permainan bahasa dan sebagainya mengikut keperluan.
6. Sediakan bekas khas untuk menyimpan bahan aktiviti atau lembaran kerja yang dibuat.
7. Jangan marah-marah bila pencapaian anak tidak seperti yang diingini ^_^

Sertailah group kerana banyak aktiviti dan ilmu yang dapat diperolehi. Insya Allah. Semoga Allah memberkati pencetus idea dan admin group ini :)

Barakallahufikum.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015