Saya seorang ibu berkerjaya. Ketika anak sulung menginjak ke usia dua tahun saya mula mencari-cari aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengelakkan anak obses dengan gajet. La hawla wala quwwata illa billah, Allah memberi ilham untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak.
Bermula dengan enjin carian Google, saya terjumpa mengenai Busy Bag, Busy Book dan sebagainya, Bermula tahun 2012, saya membuat dan mengumpul bahan untuk anak-anak. Tahun berikutnya, barulah saya terfikir untuk bertanya pendapat kawan-kawan bagaimana mereka mendidik anak di rumah. Dalam masa yang sama dapat berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar idea.
Pentingnya berada dalam kalangan orang yang positif kerana kita juga akan menjadi seorang yang positif, bukan?
Alhamdulillah sehingga kini rakan-rakan sangat bersemangat mendidik anak dan mereka tidak kedekut berkongsi ilmu dan idea yang mereka telah buat. Semoga Allah membalas kebaikan mereka dan menjadikan anak-anak kami anak yang soleh dan solehah. Amin.
Hari ini disapa oleh seorang rakan sekerja yang menunjukkan bahan pembelajaran yang dibuat untuk anak-anaknya. Masya Allah. Saya kagum dengan beliau. Bukan sekeping dua bahan aktivitinya tetapi satu beg! Gigihnya ibu ini mahu mendidik anak-anaknya :)
Rakan saya ini mempunyai rutin yang sibuk. Sebagai ibu kepada lima anak, beliau banyak menghabiskan masa di dalam kereta kerana perlu ke tempat kerja yang jauh dari rumah, menghantar anak-anak ke rumah pengasuh, taska mahupun sekolah dan pulang petang mengambil semua anak sebelum memulakan rutin sebagai suri di rumah.
Masya Allah. Hebat!
Kad-kad aktiviti ini telah dilaminate supaya tahan laman. Selain boleh ditulis padam menggunakan pen penanda. Satu penjimatan di situ. Saya suka!
Seronok bukan?
Gembira mendapat rakan yang positif sepertinya :)
Anak-anaknya juga suka dengan cara ini. Semasa di dalam kereta, beliau mendengar anak membaca, tasmik hafazan, mengajar adab, mengaji dan lain-lain. Masanya terisi padat. Alhamdulillah. Barakallahufik.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan