Ahad, 4 Oktober 2015

Teknik tarik minat anak belajar


Sumber : www.thequotepedia.com


Anak kedua saya lelaki berumur 3 tahun. Berbeza dengan anak sulung yang boleh duduk diam ketika belajar, saya perlu memikirkan kaedah lain untuk mengajar anak kedua mengaji al-Quran. Astaghfirullah, bukan niat mahu membezakan mereka tetapi mahukan mereka sama-sama dapat belajar dan mendapat perhatian yang sama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Disebabkan anak tidak mahu duduk diam, saya cuba menggunakan beberapa teknik :

1. Menampal huruf di dalam buku dan pada alat permainan.

2. Menulis di papan putih atau cermin meja solek.

3. Beli plastik yang digunakan untuk menyimpan kertas di dalam fail dan coretkan menggunakan whiteboard marker.

Jika anda ada pengalaman mengajar anak sebegini, boleh kongsikan bersama di ruang komen. Terima kasih :)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015