Sabtu, 18 Jun 2016

Aktiviti Ramadan : 1 Hari 1 Perkataan


Saya mendapat idea membuat kad ini selepas membaca ebook 49 Idea Aktiviti Ramadan untuk Anak-anak. Apabila membuat carian di internet ternyata idea ini telah lama dibuat oleh ibu-ibu di seluruh dunia :)

Malangnya pencetak di rumah rosak, termenung juga mahu membuat sendiri :D Gigihkan jugalah mengukur, menggunting, melukis dan menulis. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Close up

Kesemua 30 keping kad

Pada kad tertulis perkataan bahasa Arab, gambar dan dari surah manakah perkataan ini diambil atau terdapat dalam al-Quran. Cadangnya mahu tuliskan maksud firman Allah berkenaan di belakang kad tetapi tidak mempunyai kesempatan. Maka kami tampalkan perkataan bagi setiap hari puasa. Insya Allah nanti kami kongsikan aktiviti berdasarkan perkataan-perkataan ini pula.

Tema keretapi - kegemaran anak-anak
Ya Allah, apabila dibuat begini barulah nampak seronoknya belajar bahasa Arab dan perbendaharaan kata juga bertambah dari sehari ke sehari. Subhanallah. Apabila membaca al-Quran, minda teringat aktiviti di atas setiap kali berjumpa perkataan yang sama atau seakan-akan :) Saya fikir aktiviti ini masih boleh diteruskan selepas bulan puasa ini.

Barakallahufik atas pencetus idea ini. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015