Sudah lama tidak membuat permainan sendiri. DIY (do-it-yourself).
Sempena bulan puasa ini, mahu recall sahaja beberapa perkataan bahasa Arab yang telah dipelajari. Maka dibina permainan ini. Saya hanya bina 10 pasang kad diikuti dengan gambar dan kalimah. Saya tulis pada kad manila dan anak akan warnakannya.
Cara bermain terpulang kepada masing-masing.
+ Kami terbalikkan kesemua kad.
+ Susun secara rawak.
+ Buka kad pertama dan kad kedua, jika tidak sama tutup kedua-duanya. Jika sama, letakkan ke tepi.
+ Minta anak sebutkan gambar dan perkataan.
+ Langkah ini diulang sehingga semua kad bertemu pasangannya :)
Perkataan-perkataan itu ialah :
- najmun (bintang)
- ma' (air)
- qalamun (pen)
- sama' (langit)
- farasyatun (rama-rama)
- syamsun (matahari)
- masjid (masjid)
- jibalun (bukit / gunung)
- kitabun (buku /
Quran)
- tamar (kurma)
Jumpa lagi. Siiru 'ala barakatillah.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan