Rabu, 22 Jun 2016

Aktiviti Ramadan : Lapbook Unta


Berdasarkan aktiviti 1 hari 1 perkataan, kami mempelajari perkataan ibili (unta). Teringat yang saya mempunyai sebuah buku berkenaan unta. Tajuknya Bagi Golongan yang Berpemikiran karya Harun Yahya, edisi Bahasa Melayu terbitan Saba Islamic Media. Awal tahun 2000-an saya dan rakan-rakan sangat suka membaca buku beliau.


Dalam buku ini, terdapat beberapa bahagian. Bahagian pertama diceritakan tentang haiwan yang disebut dalam al-quran seperti lebah, nyamuk dan unta. Grafiknya sangat mengesankan menyebabkan saya dan anak-anak suka membaca fakta tersebut.

Perkataan unta ini diambil dari Surah Al-Ghasyiah ayat 17 :



Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan,

Masya Allah. Sehingga Allah menyebut kejadian unta di dalam al-Quran pasti ianya suatu kejadian yang perlu difikirkan. 




Selepas membuat bacaan daripada beberapa sumber, barulah diketahui bahawa ada 2 jenis unta. Ada unta dengan 1 bonggol dan ada unta dengan 2 bonggol. Jenis dan lokasi kedua-duanya adalah berbeza.

Bagi lapbook ini, kami bina secara ringkas sahaja. Mengandungi :

1. Pengenalan ayat
2. Gambar unta dan bahagian badannya
3. Fungsi anggota badannya
4. Banding beza antara Unta Arab dan Unta Bactrian
5. Peta lokasi taburan unta di seluruh dunia
6. Jigsaw puzzle unta

Oh ya, kami lihat video Unta "This Is EmilyYeung Learning About Camels" (klik link)

Insya Allah, gambarnya akan saya muat naik nanti. Semoga bermanfaat :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015