Terjumpa semula bahan yang dibuat awal tahun ini. Jadi boleh gunakan lagi sebagai pengayaan anak-anak.
Perkataan-perkataan ini saya perolehi dari sebuah laman sesawang yang mengajar bahasa Arab online. Boleh guna kata carian medina arabic lesson. Di situ telah disediakan modul yang boleh disimpan dan dicetak. Rupanya ada juga dalam versi cetak tetapi jarang didapati di kedai buku. Namun saya pernah berjumpa naskah tersebut di PBAKL 2016 baru-baru ini.
Apabila dicetak |
Setelah digunting |
Latihan pengayaan ini hanya bertumpu kepada هذا dan من هذا . Saya menggunakan templat clipboard dan petals yang digunakan untuk membuat lapbook. Jika tidak silap, saya peroleh templat percuma ini dari laman sesawang www.homeschoolshare.com.
Bukaan petals |
Boleh dilipat - tutup |
Semalam anak-anak tidak mood mahu mewarna jadi biar sahajalah gambar ini hitam putih ^_^ Latihan ini ditampal dalam buku tulis mereka.
Jumpa lagi.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan