Selasa, 28 Jun 2016

Bubur Lambuk


Sesekali bulan puasa ini mahu bertukar selera, bukan? Telah beberapa kali buat bubur lambuk dalam bulan puasa ini. Resipinya saya ambil dari Pn Sue Aleen di dalam buku resipi pertamanya.



Pn Sue Aleen saya kenali melalui laman sosial sahaja. Sangat tertarik dengan kesungguhan dan kekreatifannya menyediakan bento untuk bekal anak-anak ke sekolah. Masya Allah. Ada sahaja idea menarik setiap hari. Alhamdulillah beliau sudi berkongsi resipi dengan umum.

Bahan- bahan :

2 cawan beras dibersihkan
300 - 500 g daging dipotong dadu
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar merah*
1 genggam udang kering*
1 sudu besar rempah kurma
1 sup bunjut
Rempah ratus : bunga lawang, kulit kayu manis dan lada hitam
1 sudu halba
2 helai daun pandan 
1/2 cawan santan
Air secukupnya

Cara :

1. Bahan bertanda * ditumbuk halus atau dikisar terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan * yang telah ditumbuk halus dan rempah ratus. Goreng hingga layu.
3. Masukkan daging dan goreng seketika, kemudian masukkan air.
4. Masukkan beras yang sudah dibasuh, tambahkan sup bunjut, rempah kurma, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
5.  Masukkan air jika perlu, tambahkan santan. Gaul dan biarkan seketika sehingga mendidih.
6. Sebelum dimakan, tambahkan bawang goreng dan daun sup mengikut citarasa anda.

Selamat mencuba :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015