Jumaat, 10 Jun 2016

Puding Kastad


Puding kastad ada memori tersendiri bagi saya. Semasa kecil dahulu, setiap kali bulan ramadan, pak long sekeluarga yang tinggal di Kajang akan pulang berbuka bersama kami di Melaka (keluarga saya tinggal bersama nenek).

Suasana sangat meriah. Persiapan berbuka dibuat beramai-ramai. Kami yang kecil ini diberi peluang menolong juga - bahagian teknikal 😉

Paling saya suka kuih lembut berwarna kuning (baca : puding kastad). Tapi kuih ini terhad pada masa itu. Emak saya juga jarang membuat puding ini maka ia menjadi menu istimewa saya (secara peribadi) ketika itu. Hehe.

Meningkat dewasa, pengasuh anak selalu membuat kuih ini dan saya selalu menempah sahaja daripadanya.

Hari ni emak hulurkan resipi puding ini kepada saya. Wah! Saya titipkan di sini :

Puding Jagung Kastad




Bahan :


1 tin jagung manis
1 tin susu cair (saya guna susu pekat manis dengan nisbah 1 : 5 ~~ 1 bahagian susu pekat manis, 5 bahagian air)
1 cawan gula
1 cawan tepung kastad
3 cawan air

Cara membuat :

a) Masukkan 2 cawan air, 1 cawan gula dan 1 tin susu cair ke dalam periuk.
b) Kacau sehingga gula larut (gunakan api yang kecil).
c) Bancuhkan 1 cawan tepung kastad dengan 1 cawan air di dalam mangkuk.
d) Masukkan bancuhan tepung kastad tadi ke dalam periuk.
e) Masukkan 1 tin jagung manis.
f) Kacau sehingga menjadi pekat.


Selamat berbuka semua 😃

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015