Minggu lalu lebih tertumpu kepada hafazan Surah Al-Buruj anak sulung. Anak no 2 sudah hafaz Surah 'Abasa rupanya. Yang satu ini memang berkobar-kobar baca Quran setiap hari walhal baru sampai Iqra' 5 dalam Iqra' At-Taisir. Boleh dipuji ini ;) Anak ketiga masih dalam fasa mengenal.
Bercerita tentang surah ini pada anak-anak. Baru 10 ayat dari surah Al-Buruj. Menariknya di dalam surah inilah ditemui kisah seorang budak yang belajar dengan ahli sihir istana dan pendeta. Insya Allah akan kongsi di lain waktu.
Terharu apabila selepas belajar 10 ayat pertama ini, anak dengan penuh gembira pergi cerita kisah ini pada adik-adiknya, sepupu-sepupu (kami tinggal berjiran), nenek, datuk dan abinya. Allahu anak, ummi pun tak mampu untuk sebar kebaikan seperti itu. Masya Allah, tabarakallah.
Minggu pertama memang dilalui tanpa mahu ada tekanan. Meskipun ada banyak kelemahan namun tidak mahu streskan diri. Just go with the flow. Apa yang penting - pengurusan masa.
"Masalah" lain ialah mahu mengatasi sikap anak-anak. Sekejap baik, sekejap menangis, sekejap berebut, kemudian bermain bersama semula. Meriah sungguh! Perlahan-lahan diperhatikan sikap mereka dan secara konsisten diri sendiri perlu SABAR dan kami sama-sama mengaplikasikan hadith yang telah dipelajari. Salah satu yang paling anak ingat ialah hadith ini :
Menjaga mutabaah amal harian juga sudah menyeksakan. Hah.. mujahadah sungguh nak solat tepat waktu. Waktu nak angkat takbir itulah bayi menangis kuat-kuat. Tapi bila dicekalkan hati meneruskan solat, elok pula si anak diam sejurus kita selesai beri salam akhir. Allahu..
Tapi di kebanyakan waktu, saya perhatikan bayi adakalanya tidur atau diam sewaktu azan dilaungkan. Selepas 15 minit barulah dia akan menangis minta susu atau diangkat. Diam-diam saya memikirkan. Subhanallah, inilah pertolongan Allah untuk saya solat di awal waktu!
Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah mahu didustakan?
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan