Soalan ini ditanya oleh anak beberapa hari lalu. Terdiam sebentar apabila anak kecil meluahkan rasa di hati. "Kenapa kakak?" "Ada orang tak nak kawan dengan kakak."
Baik, dalam situasi ini saya hanya mendengar dahulu luahan hati anak ini. Memang ada sebilangan dari anak-anak seusianya yang suka menggunakan ayat keramat ini : Tak nak kawan!
Bagi kita mungkin biasa sahaja tetapi anak kecil ini sudah mula memahami perasaan dan berasa terganggu. Konflik anak kecil 😞 Orang dewasa pun selalu juga mengusik dengan ayat seperti ini.
Bagaimana ya ibu ayah sekalian mengatasi masalah ini?
Saya menerangkan bahawa mungkin ada perangai kita yang tidak disukai oleh kawan tersebut. Si adik pula menyampuk dengan membacakan hadis yang pernah kami baca iaitu الْÙƒَÙ„ِÙ…َØ©ُ الطَّÙŠِّبَØ©ُ صَدَÙ‚َØ©ٌ yang bermaksud perkataan yang baik adalah sedekah (Hadis riwayat Bukhari).
Saya berpesan kepada anak supaya berbuat baik meskipun kawan itu tak mahu kawan dengan kita. Sebutkan hadis ini pada kawan itu dan cakap elok-elok. Wallahualam.
Gambar hiasan. Sumber gambar : koleksi peribadi |
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan