Selasa, 10 Januari 2017

Mati itu pasti



Beberapa hari lalu, kami sekeluaga menziarahi saudara yang kematian suami. Suaminya bekas bilal di kampung kami. Memang terkenal baik orangnya. Dikhabarkan beliau berada di hospital selama sebulan. 2 minggu di CCU dan 2 minggu lagi berada di wad biasa. 

Sungguhpun lama berada di sana, arwah memang sudah tidak memberi respon namun apa yang mengharukan, doktor memaklumkan mulut beliau sentiasa mengaji dan berzikir. Tetapi, apabila dipanggil beliau tidak memberi respon. Dalam peristiwa lain, jam empat pagi dan subuh setiap hari semasa berada di wad beliau akan mengangkat takbir. Hakikatnya, arwah memang sudah tidak memberi respon. 

Subhanallah subhanallah subhanallah, memang semasa hidupnya beliau dikenali seperti itu. Rutin beliau di rumah, akan bangun awal untuk tahajud dan keluar menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Di akhir hayatnya juga beliau sempat mengucap syahadah. Subhanallah. Semoga syurga untuknya.

Mengalir air mata tanpa dapat ditahan. Bagaimana dengan diri saya nanti?

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015