Jumaat, 27 Januari 2017

Menulis dan terus menulis


Saya suka menulis. Sekurang-kurangnya untuk legakan hati sendiri. Dahulu tulis dalam diari. Tetapi, banyak catat perkara yang buruk dan perkara yang tidak puas hati. Bila buka semula diari dan baca, uh, terus trauma dan segala macam muncul kembali. Jadi, saya buang. Tinggalkan terus penulisan diari dan jurnal 😆 

Selepas berkahwin, suami memang pengguna planner. Jika tidak besar, dia guna sahaja yang saiz kecil. Maka saya pun terikut dengan dia. Tahun pertama, OK lagi. Masuk tahun kedua, sudah mula culas tulis. Mungkin kehidupan semakin sibuk. Tambah anak sulung sudah lahir. Tahun ketiga, beli planner tapi sempat tulis nama sahaja. The rest was history 😂 Maknanya saya tak guna. Tahun berikutnya langsung saya tak mahu beli. Bimbang membazir sahaja.

Sebelum itu, saya mula berjinak dengan menulis blog pada tahun 2008. Masa itu, masih usia muda 😄 Bahasa rojak, ejaan pun tak formal. Bermula dengan blog mengulas buku yang dibaca. Alhamdulillah, masih bertahan hingga kini walaupun tidak seaktif dahulu. Sebab rasanya membaca lebih laju daripada menaip ulasan. Hee.. alasan boleh terima tak? 😄

Kemudian, saya sertai Akademi Berkerja Dari Rumah (ABDR) sebab mahu penulisan yang terarah dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Alhamdulillah, di bawah kelolaan Pn Zaila Mohamad, saya banyak belajar perkara baharu. Ada juga grup sokongan, suka dengan semangat positif mereka.

Blog ini memang khusus berkongsi aktiviti dengan anak-anak. Bukan nak show off. Ini salah satu cara saya nak meluahkan perasaan. Biarlah nak kata syok sendiri pun 😆 Rasa rendah diri juga bila perkataan Fitrah Homeschooling terpampang besar di header blog. Mudah-mudahan ada bekal yang dapat saya bawa ke 'sana'.

Entah kenapa mahu kemas kini entri malam ini. Barakallahufik.
Senyum selalu 😊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015