Semalam ambil kesempatan buat playdoh sendiri bersama anak. Asalnya mahu buat playgroup tapi semua orang ada hal. Yalah, hari ini dah mula sekolah.
Kami cuba resipi doh dari Dr Siti (Facebook : Fauzan N Siti). Ini resipinya :
Bahan :
2 cawan tepung
1/2 cawan garam yang dikisar halus
2 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil cream of tartar
Perisa vanilla / ros / pandan / eo (ada lagi, saya tak ingat)
Pewarna
1 cawan air mendidih
Cara :
Satukan semua bahan kecuali air dan pewarna. Gaul sebati. Masukkan air mendidih. Gaul dengan sudu. Bila dah suam sedikit uli doh dengan tangan. Bahagikan doh dan letakkan pewarna. Uli lagi.
Pengalaman kami hari ini :
Doh agak melekit, maka kami tambahkan sedikit tepung. Di rumah ada pewarna kuning dan oren sahaja jadi kami bahagikan doh kepada dua bahagian.
Lama-kelamaan doh menyerap pewarna dan masya Allah hasilnya memang cantik dan doh sedang elok. Namun, anak kedua lebih menyukai cloud dough yang pernah dibuat dahulu. Insya Allah ada masa saya kongsikan.
Kononnya mahu anak ketiga membuat doh huruf hijaiyah tetapi jadi begini. Bolehlah 😂 Tak ada pelapik, anak-anak ini ambil penutup kotak simpanan. Haha.. lukis atas pelapik plastik ini guna whiteboard marker.
Anak nombor dua memang suka hati dia sahaja mahu buat apa. Saya ikutkan sahaja sebab sebelum ini dia agak sukar diajak main doh sebab penggeli. Mungkin kena latih lagi kemahiran sensorinya.
Si kakak pun mencuba doh yang dibuatnya.
Selamat mencuba 😉
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan