Jumaat, 22 Jun 2018

5 keperluan alatan asas homeschool


Sudah lebih setahun saya sepenuh masa berada di rumah. Ya, homeschool anak-anak mencabar emosi dan fizikal saya. Saya ambil masa yang lama untuk adjust diri dengan jadual bersama anak-anak di rumah.

Lupakan "me-time". Kita buat "we-time." Ia lebih praktikal.

Baik, kali ini saja nak tulis tentang keperluan peralatan untuk pembelajaran anak di rumah. Bagi saya benda-benda ini penting meskipun nampak remeh. Bila habis, saya jadi gelisah 😭😅

1) Paling utama kertas A4.

Inilah bahan utama. Anak yang sedang membesar ini ada banyak idea dalam kepala. Sementara saya buat kerja rumah, kertas A4 jadi penyelamat seketika. Menconteng, melukis, buat kapal terbang, menggunting dan 101 lagi aktiviti mereka adik-beradik 😂

2) Kertas warna

Biasanya saya guna ketika sesi Art & Craft, membuat jurnal, membuat lapbook bagi subjek-subjek tertentu dan aktiviti menulis.

3) Gam

Stress bila gam habis. Anak-anak ini ada yang belum mahir memicit gam dengan berhemah 😪 Jadi bayangkan sahaja gam yang melimpah ketika buat aktiviti tampalan. Haha. Kena buat sendiri gam baru boleh jimat banyak.

4) Selotep

Benda kecil tetapi penting. Bila nak pakai, tak ada, huwarrggh.. 

5) Pensel warna dan krayon

Dua alat tulis ini sangat kritikal. Huhu.. bertabah betul bila krayon HILANG. Saya mengaku boleh naik angin jika krayon tak cukup bilangan dalam bekasnya 🙊 Jika diguna secara maksimum, saya OK. Tapi jika hilang sebab kecuaian diri, haaa mulalah ummi ni nak membebel.

Harga krayon agak mahal bagi saya. Tak mampulah nak beli selalu. Jadi alternatifnya ialah pensel warna Luna atau Stabilo. Dua-dua saya suka.

Tapi, pernah jumpa pensel warna Stabilo di kedai Eco, wah, seronok! 😸

6) Lain-lain keperluan

- Komputer dan printer! Penting untuk sokong pembelajaran anak atau ketika mencari maklumat tambahan. Printer harussslah untuk cetak latihan, permainan, laporan dan sebagainya.
- Box storage untuk simpan hasil kerja atau dokumentasi homeschool.
- Fail.
- Pensel, gunting, penebuk lubang dan segala "adik-beradiknya"😄
- Buku tulis, jurnal.
- Whiteboard marker.

Ini hanya asas. Setiap orang ada keperluan sendiri. Pastikan anda senaraikan supaya mudah diurus.



Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015