Jumaat, 1 Jun 2018

Bacaan Mei 2018



Alhamdulillah Mei yang berwarna-warni tahun ini 😊 Bermula dapat ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, pelancaran buku sendiri (Kertas-kertas Yang Merubah Fikir) di reruai Jejak Tarbiah, semangat membaca tinggi pasca PBAKL, mengundi dan hingga ke penghujung Mei yang akhirnya diuji dengan ujian kesihatan 😇


Secara keseluruhannya, saya berjaya membaca 16 buah buku untuk Mei. Itu pun rehat lebih seminggu ekoran masalah kesihatan melanda. Waktu ini, tengok buku pun tak mahu 😅

Buku ke-26 : Travelog Dakwah UK oleh Ustaz Ruzain Syukur Mansor



Buku ke-27 : Kertas-kertas Yang Merubah Fikir oleh tim Goodreads Malaysia (saya salah seorang penyumbang tulisan 😊)

Buku ini bertemakan buku tentang buku. Hasil kolaborasi 21 orang penulis yang membicarakan pengalaman awal merek membaca buku.

Boleh klik tajuk untuk baca reviu.


Buku ke-28 : Projek Lavendar


Melihat simbol reben itu sudah maklum ianya mengenai perubatan. Secara spesifiknya mengenai kanser.

Sayu membaca nukilan di dalam buku ini. Malahan ada penyumbang tulisan yang tidak sempat pun melihat karyanya dibukukan kerana telah pergi sebelum sempat buku ini siap dicetak.



Buku ke-29 : Pillow Fight oleh Yussamir Yusof




Buku ini bertemakan kekeluargaan - hubungan suami isteri. Mungkin saya telah membaca banyak buku sebegini jadi membaca Pillow Fight seperti imbasan buku-buku terdahulu.

Sebenarnya buku ini pengalaman penulis dan isteri. Tapi, ya ia tidak begitu menyengat pada pandangan saya 😅

Buku ke-30 : Terima Kasih, Cikgu!


Buku ini hasil karya bersama 6 penulis. Saya beli dari Cikgu Hasmah Hitam. Terdahulu, beliau telah menulis Teristimewa Untukmu terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.


Ini ialah bacaan pasca PBAKL.

Perkongsian cerita dan pengalaman guru-guru senior ini mengundang pelbagai rasa. Sedih bertamu bila peranan mereka tak begitu dipedulikan, terharu apabila anak murid menghargai, bangga terselit apabila mencapai kejayaan.

Begitulah cikgu. Menjadi guru haruslah berjiwa besar, kental dan semangat mendidik anak-anak bangsa.




Buku ke-31 : Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi


Rupanya penulis ialah salah seorang tim Jejak Tarbiah. Semasa di reruai Jejak Tarbiah, beliau yang menjadi pengerusi majlis semasa sesi pelancaran buku.

Sila baca buku ini, insya Allah tak rugi. 

Pemilihan bukunya pelbagai! Dan bonus, beliau meminati bidang puisi. Satu-satunya bahagian sastera yang tidak mampu saya pelajari 😅

Boleh klik tajuk untuk reviu.



Buku ke-32 : Kunang Pesisir Morten


Sebuah fiksyen yang digarap kemas dan menarik. Mengambil kisah benar yang berlaku di Kampung Morten satu ketika dahulu. 

Boleh klik tajuk untuk baca reviu.


Beli di Big Bad Wolf Sale, Melaka dengan harga RM10


Buku ke-33 : Setia Dengan Kebenaran oleh Ust Hasrizal Abd Jamil



Buku ke-34 : Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? Oleh Dr Hayya Bilal



Buku ke-35 : Mentaliti Jamban oleh Khairul Abdullah

Rata-rata memberi komen tak sanggup nak beli buku ni walaupun tertarik dengan tajuknya. 

Maklumlah, kulit buku unik. Ada gambar mangkuk tandas dan isi coklat seakan-akan najis. Tapi jika diperhatikan betul-betu, itu sebenarnya gambar otak ;)



Buku ke-36 : Selamat Pagi, Cikgu!


Bagi saya buku ini lebih menarik berbanding buku Terima Kasih, cikgu! kerana buku ini lebih santai.



Buku ke-37 : 28 Hari di NICU



Buku ke-38 : Mat Cleaner UK



Buku ke-39 : Arkitek Jalanan oleh Teme



Buku ke-40 : Lelaki Terakhir Menangis di Bumi



Buku ke-41 : Rezeki Luar Biasa Suri (Arkitek) Rumah


Highly recommended untuk suri di rumah mahupun suri berkerjaya. Sangat terkesan di hati.
Alhamdulillah. Itu sahaja. Jumpa lagi 😃


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015