Rabu, 27 Jun 2018

Belajar membaca dan menulis dengan Kit Seronok Membaca


Sudah hampir 2 minggu mula ajar semula anak ketiga dengan Kit Seronok Membaca.

Usianya baru 3+ tahun. Saya ingat kata-kata Pn Khadijah Gani, penulis buku Bukan Sekadar Homeschooling, anak ini ada "masanya". Apa yang penting terus berikan galakan dan rangsangan untuk belajar.

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini mood anak semakin baik. Dia sendiri menawarkan diri untuk belajar membaca, mengaji, melukis dan lain-lain. Ini satu perkembangan yang baik!


Saya teringat akan set Bacalah Anakku dan Kit Seronok Membaca yang dibeli untuknya dahulu. Jadi, mulalah ummi ni mengumpul semangat nak ajar anak membaca 💪


Aktiviti biasa dengan Kit Seronok Membaca ini ialah :

1. Menyebut huruf.

2. Pengecaman huruf melalui aktiviti padankan huruf. Anak tampal huruf tertentu mengikut hari. Saya gunakan buku latihan sebab dia mahu "merasa" ada "buku sekolah" macam kakaknya.


3. Menggunakan buku aktiviti dari Kit Seronok Membaca. Bagus buku ini!

- Anak surih huruf dengan jari.
- Sebut dengan betul perkataan berdasarkan gambar.
- Cari gambar dari helaian "sticker" dan tampal pelekat dalam buku aktiviti.
- Belajar menulis huruf dengan betul.
- Tambahan : anak cari huruf yang sama dan tampal dalam buku. Bahagian bawah sekali. Huruf-huruf ini saya cetak beberapa salinan, gunting dan masukkan dalam sebuah bekas. Bila-bila nak pakai, ambil sahaja.



Seronok sangat pakai Kit Seronok Membaca ni. Sebenarnya ada playdoh. Tapi untuk aktiviti ini anak tak mahu guna. 

Best kan? Bila anak seronok nak belajar, kita pun seronok mengajar 😘

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015