Sabtu, 23 Jun 2018

Penulisan Jurnal


Lama sebelum anak mula pandai membaca dan menulis saya sudah berniat ajar anak menulis jurnal atau diari. Haha.. advance sungguh ummi ni. Macam-macam cara saya buat untuk galakkan anak ekspresikan idea, luah perasaan, belajar mengeja dan sebagainya.

Saya pernah catatkan di sini --> Jurnal Anak


Saya cetak helaian jurnal berwarna-warni atau sekadar beri kertas kosong dan biarkan anak buat apa yang disukai, lalu saya simpan dalam sebuah fail untuk direkodkan. 

Tahun ini pula mula membuat jurnal pada sebuah buku khas. Kali ini, saya turut serta buat jurnal. Dengan harapan untuk menggalakkan anak-anak menulis. 


Anak dapat lihat dan baca jurnal saya. Begitu juga sebaliknya. Dalam hal ini, suami tidak begitu terlibat kerana jadual hariannya yang semakin padat. Tak mengapa, yang penting suami mengetahui perkembangan dan pembelajaran anak-anak.


Saya juga belikan sebuah sketch book bersaiz A4 untuk anak-anak yang belum pandai menulis. Saya tunjukkan supaya anak melukis dan mewarna, menampal dan membuat aktiviti yang disukai pada sketch book tersebut. 

Macam-macam benda yang anak lukis dari perspektif sendiri. Lalu saya catitkan nota pada jurnal tersebut untuk rekod Seronok pula bila dibaca semula. Sketch book ini sudah tiada dalam simpanan. Huhu.. Insya Allah akan bermula semula untuk anak no 2 dan 3.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015