Alhamdulillah dan syukur saya panjatkan kepada Allah subhanahu wa taala atas limpah kurniaan-Nya.
Nama diberi Aina Dayana binti Hilmi berasal dari Melaka. Turut menggunakan nama Ummu Khaulah sebagai nama lain di media sosial sebelum ini. Merupakan anak sulung dari lima orang adik-beradik. Kini telah berkahwin dengan pasangan, Ahmad Kamalarifin bin Hashim dan mempunyai tujuh orang cahaya mata (seorang keguguran di usia 13 minggu).
Saya bekerja sebagai Guru Pendidikan Khas (Bermasalah Pendengaran) sejak 2010 dan pengalaman mendidik anak-anak istimewa ini mempunyai banyak pahit manis dan tidak lupa membuatkan diri menjadi hamba yang bersyukur atas pemberian Allah.
Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang keibubapaan, belajar di rumah (homeschooling), mendidik anak dengan al-Quran dan pendidikan khas. Insya Allah semoga ada ruang dan peluang untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman selepas ini.
Pernah aktif di blog http://ainyanunalif.blogspot.my sebagai tempat mencatat ulasan buku, Blog Tasneem Naturel Melaka semasa menjadi ejen barangan bayi dan web ainadayana.com. Saya juga boleh ditemui di laman Goodreads yang khusus berbicara tentang dunia buku.
Pernah aktif di blog http://ainyanunalif.blogspot.my sebagai tempat mencatat ulasan buku, Blog Tasneem Naturel Melaka semasa menjadi ejen barangan bayi dan web ainadayana.com. Saya juga boleh ditemui di laman Goodreads yang khusus berbicara tentang dunia buku.
Segala ilmu yang kita ada atau perolehi bukanlah kerana kita pandai tetapi kerana kurniaan Allah yang memberi kita kelebihan atas sesuatu.
....dan mereka pula bersyukur dengan berkata :"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan Taufik-Nya)....." (Surah Al-A'raf 7 : 43)
Wallahulam.
*Dikemas kini pada 16 Februari 2023
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi
Instagram : @ainadayanahilmi
Assalamu'alaikum puan aina
BalasPadamallahu akhbar... kagum dengan akak...
Waalaikumussalam Teacher Su :)
PadamLa haw la wala quwwata illa billah...