Memaparkan catatan dengan label 5 tahun ke atas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 5 tahun ke atas. Papar semua catatan

Ahad, 11 Julai 2021

Galakan baca Iqra'

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

 Minggu ini cubaan untuk ajak Aman mengaji hari-hari. Dia dah boleh baca sedikit-sedikit cuma tidaklah setiap hari mahu mengaji. Ok sahaja kan. Tapi mengenangkan masa umi pun dah tak lama lagi nak naik kerja, umi usahakan juga insya-Allah.


Sekarang Aman baca Iqra' at-Taisir modul 2. Baca kalimah sambung. Tempoh hari, ada lalu posting kawan Facebook cara dia tarik minat anak lelakinya mengaji. Puan Hamidah cetak kalimah dari Iqra' dan minta anaknya sebut dan tampal. Terus Allah bagi Ilham untuk buat aktiviti dengan anak.


Jadilah empat ini dahulu. Nanti umi buat lagi. Insya-Allah. Sekarang dalam kepala fikir nak ajar abang ngah mantapkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dahulu. Punyalah bercinta dia nak menghadap buku. Dan nak ajar anak-anak ni kemahiran memasak dari awal. Doakan saya ya. Living skill sangat penting kan. Dengan harapan mereka boleh berdikari dan boleh survive bila diletak di mana-mana.


Bahan belajar Aman

Ini huruf ش fathah (berbaris atas). Saya lekatkan kertas A4 putih pada kad manila dan tampalkan sedikit plastik balut buku. Ada satu set lagi kalimah yang dibuat. Jadi dia perlu baca kalimah dan letakkan pada perkataan yang sama. 



Huruf ص fathah.

Ini tak ada aktiviti padankan. Hanya baca sahaja. Buat tema ampaian baju bayi. Dah itu sahaja yang saya tahu lukis. Hee.



Huruf ض fathah.

Sebenarnya nak lukis iPad tapi tak nampak sangat pula bila dah siap. Haha. Tak mengapalah. Itu yang saya tampal washi tape di keliling garisan. Kali ini buat jigsaw puzzle. Anak baca, camkan dan cantum puzzle tersebut.



Huruf ط fathah.

Gunakan apa yang ada di rumah. Memang simpan stok cawan kertas saiz comel untuk aktiviti begini. Punyalah sorok benda ni daripada anak-anak. Hee. Ok tema rumah. Anak baca, camkan kalimah dan padankan cawan dengan bulatan tu.



Jumpa lagi insya-Allah.

Jumaat, 9 Julai 2021

Aktiviti berdasarkan buku cerita


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

Sementara Abdurrahman sedang semangat membaca dan beraktiviti, kita sokonglah mana yang disukainya. Ini aktiviti minggu lalu. Kami pilih buku cerita untuk dibaca dan umi cuba buat satu aktiviti berdasarkan cerita tersebut. Rupanya semua aktiviti kraf. Dia gembira sahaja buat. Oklah tu 😁




Inspirasi dari buku Spider Obeys Allah tulisan Ummi Shahbatun Abu Bakar dan suaminya, Nordin Endut.



Kraf gajah. Kami gunakan sekeping pinggan kertas. Potong keliling pinggan kertas. Lebihan kertas itu dipotong kepada tiga untuk telinga dan belalai gajah. Masih menggunakan krayon sebab warna air kami belum sampai. Kedai alat tulis tutup, umi beli di sopi pi pi pi.

 
Inspirasi daripada buku The Shining Moon. Ayatnya lebih panjang dan kompleks. Sesuai untuk bacaan anak yang sudah lebih advance dalam membaca Bahasa Inggeris. Di dalam buku ini ada disertakan grafik perubahan bulan setiap hari.

Aman buat roket dari cawan kertas. Kami gunakan kertas cawan dan krayon sahaja.


 Jumpa lagi insya-Allah.

Sabtu, 25 April 2020

Buku untuk pembaca awal (early readers)

Alhamdulillah dah masuk malam ketiga Ramadan. Alhamdulillah, moga kita jadi semakin baik setiap hari 💪

Hikmah PKP, kerja rumah jadi lebih ringan asbab semua boleh tolong buat kerja serentak 🤭 Jadi dapatlah saya catat perkembangan bacaan anak ketiga.

Kak Teh akan masuk usia 6 tahun tak lama lagi. Disebabkan dia baru sahaja belajar membaca, jadi perlu bimbing untuk lebih lancar dan faham apa yang dibaca. Masalahnya buku asyik salah letak je. Huhu.

Catatan ini bermula pada 11 April. Sebelum ini hanya saya yang bacakan anak buku setiap hari. Memang tak catat pun buku apa yang dibacakan kepada anak-anak.

Buku di bawah ini kebanyakannya sesuai untuk anak yang baru belajar membaca.

11 April 2020

Ada pengulangan kata pada ayat. Hazran sekeluarga keluar membeli-belah di kedai. Ada 5 kedai dengan 5 jenisnya seperti menjual alat permainan, buku, kedai runcit dan sebagainya.

12 April 2020

Ketiga-tiga buku ini adalah bacaan bergred dengan suku kata berwarna terbitan Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. Anda boleh cari Siri Mudah Baca dan Set Seronoknya Membaca Siri Kunci 1





13 April 2020

Buku comel terbitan Ameen Books. Saya beli di PBAKL 2014 di reruai Ameen Books. Tak silap saya ia diadakan di Maeps, Serdamg. Memang ada 3-4 ayat sahaja dalam buku ini. Direka khas untuk bayi kecil bawah 3 tahun.

Buku Ke Mana Perginya? ialah edisi saiz kecil berbanding edisi pertama bersaiz buku besar. Terbitan PTS. Kini ada versi lain (bersaiz besar) 9" x 11" terbitan Oyez Bookstore.






Insya Allah akan kemaskini dari masa ke semasa. Semoga dapat memberi idea kepada anda yang mencari buku sesuai untuk pembaca awal. Jumpa lagi. 

Aina Dayana Hilmi,
Tulis buat kenangan.

Selasa, 14 April 2020

Mengajar common words

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Minggu ini saya baru mulakan ajar anak nombor tiga (Kak Teh) membaca Bahasa Inggeris. Disebabkan dia tak boleh teruskan fonik, maka saya cuba guna e-Xra. Memandangkan sebelum ini dia sudah guna e-Xra Bahasa Melayu jadi saya fikir teruskan sahaja dengan teknik ini.

Buku ini ada 3 buah. Untuk Buku 1. Modul latihannya bertulis 1-2. Permulaan buku anak-anak perlu suruh huruf a hingga z dan beberapa suku kata.





Hari ini hari ketiga dan kami masih berada pada common words.


Knowing Kak Teh, saya perlu beri banyak pendedahan kepadanya. Maka saya ambil keputusan untuk buat tambahan BBB (bahan bantu belajar). 

Buku Mini "a"

Hanya ada gambar dan frasa nama. Saya lukis dengan pensel sahaja, Kak Teh warnakan.









Buku Mini "an"

Sama konsep dengan buku "a"








Buku Mini "and"

Lain sedikit isinya. Tertarik dengan worksheet yang di"Google" jadi saya cuba buat versi saya sendiri.







Alamak. Tak jelas. Cari perkataan "and" yang tersembunyi.



Buku Mini "am" dan "is"

Buat buku cerita.









Alhamdulillah Allah izinkan ianya membantu anak mengecam dan menyebut dengan betul. Ummi buat berjam-jam, kamu baca tak sampai 5 minit dah dapat 😂 Bertabahlah ummi nak fikir BBB lain lepas ni.

Yeah, ummi akan terus usaha insya Allah.


Khamis, 21 Mac 2019

Surat dari anak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 


Sejak anak-anak memulakan sesi persekolahan tahun ini, jadual mereka semakin padat. Dengan kerja sekolah yang banyak menyebabkan masa membuat kerja itu hampir sepanjang waktu. Hmm..

Masih lagi bergelut untuk jadual hafazan dan bacaan al-Quran mereka. 

Suatu hari, saya nampak si kakak duduk menggunakan "magic pen". Tapi saya biarkan sahaja. Rupa-rupanya ini yang dia buat :





Terharu.

Sudah lama tak dapat surat dari anak-anak. Hihi. Jurnal mereka pun sudah lama tidak berisi. Semuanya perlu bermula semula. 


Beginilah, ummi anak lima mencatat memori :-)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 5 Mac 2019

Aktiviti 1 : Kisah Nabi Ibrahim Mencari Tuhan



Hari ini buka buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran untuk cari idea. Akhirnya anak pilih Aktiviti 1 iaitu kisah Nabi Ibrahim a.s mencari Tuhan. Apabila saya baca terjemahan ayat Surah Al-An'aam ayat 74 - 79, saya sampaikan dalam bahasa yang mudah kepada anak-anak ini. Yalah baru 4 tahun dan 2 tahun, buat gaya yang mereka faham.

“74. dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada bapaknya, Aazar, ‘Pantaskah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.’ 

75. dan Demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (kami yang terdapat) di langit dan bumi dan (kami memperlihatkannya) agar Dia Termasuk orang yang yakin. 

76. ketika malam telah gelap, Dia melihat sebuah bintang (lalu) Dia berkata: ‘Inilah Tuhanku,’ tetapi tatkala bintang itu tenggelam Dia berkata: ‘Saya tidak suka kepada yang tenggelam.’ 

77. kemudian tatkala Dia melihat bulan terbit Dia berkata: ‘Inilah Tuhanku.’ tetapi setelah bulan itu terbenam, Dia berkata: ‘Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaKu, pastilah aku Termasuk orang yang sesat.’ 

78. kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, Dia berkata: ‘Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar.’ Maka tatkala matahari itu terbenam, Dia berkata: ‘Hai kaumku, Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. 

79. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah Termasuk orang-orang yang mempersekutukan tuhan.’” (al-An’aam: 74-79)

Saya tidaklah pergi secara details tafsiran ayat ini. Namun ada sambungannya untuk aktiviti bersama anak. Ada 2 buah buku berkaitan yang dibacakan kepada anak iaitu buku :

1) Look At Me!



Tulisan ummi Shahbatun Abu Bakar. Buku ini merupakan siri 1F dari The Signs Of Allah's Might. Dalam buku ini menceritakan kejadian Allah yang menakjubkan seperti matahari, bukan, bintang, komet dan sebagainya.

2) 5 Minutes Bedtime Reminders.



Saya ambil topik kelima iaitu Love Allah. Mengambil isi penting kenapa kita perlu sayang dan taat kepada Allah.


Untuk aktiviti, Asma' minta untuk melukis. Jadi saya jadikan beberapa keping kertas untuk dia lukis ciptaan Allah. Lukisan ini nanti dimasukkan ke dalam beg misteri untuk aktiviti akan datang. Insya Allah.

Itu sahaja untuk hari ini :-)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook & Instagram : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak

Ahad, 3 Mac 2019

Koleksi Aktiviti Paper Craft


Minggu lepas, Allah izinkan buat beberapa aktiviti seni dengan anak-anak. Ada 2 orang si kecil di rumah. Jadilah berkawan dengan ummi :-) Bahan pun ada, boleh buat sama-sama.

Kak Teh nampak minat dengan Paper Craft jadi ummi bantu dia buat beberapa buah. Ada 6 yang sempat dibuat.

Sebenarnya ummi ada letak dalam sebuah album Kraf Anak di Facebook tapi ummi rasa nak tulis juga di sini. Mana tahu ada yang mencari idea juga.

1) Ladybird



2) Bear



3) Burung


4) Gajah

Tak sempat siapkan template nya. 

5) Siput



6) Ikan


Ummi dah sediakan beberapa templat dalam bentuk fail PDF. Insya Allah akan usahakan muat naik ke sini. Harap-harap laptop abi boleh guna :-)

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook & Instagram : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015