Isnin, 30 November 2015

Kamus Bergambar Kanak-kanak


Teruja!

 Menerima kiriman kamus bergambar ini beberapa bulan lalu. Dibelikan adik ketika menuntut di bumi Anbiya'. Masya Allah. Bukunya comel sahaja. Dan yang penting berkulit keras (board book). Cuma tiada baris. Tidak mengapa. Boleh ditambah kemudian :)

Mengapa saya gemar kamus bergambar? Kerana banyak aktiviti boleh dilakukan bersama anak-anak. Bercerita, cari dan jumpa, belajar perbendaharaan kata yang baru, membuat origami dan permainan kecil.

Kamus ini didatangkan dalam 1 set. Ada beg khusus.

Set kamus bergambar

Susunan dalam buku



Sebenarnya ada 8 buah buku tetapi 2 buah sudah diambil anak-anak. Tidak sempat mahu ambil gambar :) Perasan tidak, buku-buku ini menggunakan gambar real bukan gambar kartun. Ini lebih baik!

Alam

Al-malabisu (pakaian)


Bahagian dalam buku


 Perlu kumpul duit lagi untuk kirim adik beli buku di sana ;) Pesta buku di Mesir sangat besar. Kebanyakan buku kanak-kanaknya dijual pada harga yang murah, berkulit tebal dan berwarna-warni. Ada juga buku pop-up.

Jumpa lagi :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Ahad, 29 November 2015

Tema : عنب


Hari ini belajar  perkataan bahasa Arab - عنب - anggur. 


Pengenalan : Bermain kotak misteri. Masukkan tangan ke dalam bekas legap yang diberi oleh saya. Mereka perlu merasa dengan tangan dan meneka benda tersebut. (Sudah pasti semua orang perlu cuci tangan dengan bersih sebelum pernainan!)

Kesemua anak ini dapat meneka dengan betul. Masya Allah!

Aktiviti :

Perkenalkan perkataan  عنب. Sebut beberapa kali.

Aktiviti pratulis - memandangkan semua masih dalam peringkat baru belajar menulis.

Menampal jigsaw puzzle. Dibuat dua tahap kerana ada yang berusia 3, 4 dan 5 tahun.

Semasa aktiviti

Dah siap :)

Ulangkaji semua perkataan yang dipelajari sebelum ini. Alhamdulillah :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Sabtu, 28 November 2015

Malaysia Islamic Children Fair 2015


Alhamdulillah.

Berpeluang ke MICF 2015 di SACC Mall, Shah Alam. Sudah lama berhajat untuk singgah ke pesta buku kanak-kanak ini.

Sumber : Laman web MICF


Kami tiba jam menghampiri 11 pagi. Tempat letak kenderaan sudah penuh. Terpaksa mencari di tempat yang jauh sedikit. Sebelum masuk, kita minum dulu! Ada lori MILO di luar SACC Mall ini. 


Memasuki pintu utama, kami mendaftar dahulu di kaunter. Dapat hadiah beg, penanda buku, risalah dan belon (anak-anak sangat suka!). Di kaunter ini ada dijual kupon untuk membuat aktiviti di dalam dewan pameran. Boleh pilih mahu memanah, sand art, mencanting batik dan 2 aktiviti lagi yang saya lupa ;) RM5.00 untuk satu kupon. Saya beli dua. Tapi tidak sempat gunakan.

Di kaunter pendaftaran. Khaulah tulis nama sendiri pada kertas bentuk tapak tangan (hi-5)
 Pada kertas ini perlu tulis nama, umur, sekolah dan lengkapkan slogan "Saya akan membantu rakan-rakan .............."

Nama : Khaulah binti Ahmad Kamalarifin (berpeluh-peluh dia menulis nama sendiri)
Umur : 5 tahun
Sekolah : Fitrah (=^_^=)

Hehe..
Tampal pada pokok. Yeay!!
Bermulalah kami berjalan-jalan sekitar reruai (booth) yang ada. Pada masa yang sama, perasmian sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia sedang berjalan di pentas utama :) Banyak reruai pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti Brainy Bunch Motessori, Genius Aulad dan Little Caliph. Tak sempat ambil gambar sebab dukung baby :D 

Reruai lain menawarkan pakaian dan hijab kanak-kanak, produk pendidikan awal kanak-kanak, permainan, kad imbas felt, kinetic sand, cd pendidikan, makanan, susu kambing pelbagai jenama, buku kanak-kanak dan buku untuk keibubapaan.



Tip ke pesta buku (cara saya) :

1. Google terlebih dahulu gerai mana mahu dituju.
2. Senaraikan barang yang mahu dibeli dan bajet. 
- Jadi harapnya dapatlah menjimatkan masa dan kos. 
3. Jangan lupa makan dahulu sebelum ke sana. 
4. Siapkan bekalan air dan makanan ringan dalam beg untuk persediaan waktu kecemasan ;)
5. Siapkan juga tisu basah, pampers, tuala kecil jika membawa anak kecil.

 Kami menuju Karangkraf dan baby_edushop_vendor. Selebihnya meninjau-ninjau sahaja. Agak meriah dengan pengunjung. Kami sempat melihat aktiviti Nora dan tim dari Hud Hud Media di pentas utama pada sebelah petang.

Sebelum pulang, sempat pula singgah di reruai Rumah Ngaji. Sangat menarik konsep Rumah Ngaji ini. Idea penubuhannya tercetus apabila melihat keadaan masyarakat semakin hari semakin tenat dan salah satu cara untuk membetulkan keadaan ini ialah kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Besar harapan mereka untuk melihat seorang penggerak dalam setiap keluarga membudayakan Al-Quran.



Kami mendaftarkan nama dengan Rumah Ngaji. Semoga ada manfaat yang dapat disebarluaskan lagi insya Allah.

Hasil belian hari ini :

1. Mia Merah Jambu (Karangkraf)
2. Matahari Janganlah Marah - Karangkraf (ditulis oleh rakan penulis. Tahniah!)
3. 100 aktiviti Siri 1 (Karangkraf)
4. Lembaran aktiviti daripada buku Princess Solehah dan Little Maryam (Little Caliph)

Alhamdulillah :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Jumaat, 27 November 2015

Rekod bacaan @ Reading Log



Salah satu cara nak track bacaan anak. Sebenarnya sudah bermula ketika dia berusia 3 tahun 9 bulan tapi ada yang sudah hilang.

Tampal bentuk rama-rama. Tulis nama buku pada kertas. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ;)



Kini, buat dalam rekod bacaan @ Reading Log. Moga semakin minat membaca buku. Kita pun boleh lihat berapa banyak buku yang dibaca :)



Ada sekumpulan ibu dari Indonesia yang membuat Cabaran Membaca 1000 buku sebelum masuk sekolah tahun 1. Ada pelbagai cara untuk pupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak, bukan?

Selamat membaca!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Khamis, 26 November 2015

Ajar anak membaca menggunakan kaedah fonetik


Reading is the heart of education.

Kata-kata ini selalu diulang oleh seorang kenalan di Facebook. Apabila difikirkan ianya benar :) Teringat ketika kali pertama mengajar anak membaca. Saya menggunakan kaedah fonetik. Buku yang digunakan ialah Bacalah Anakku. Ditulis oleh Pn Nik Eliani. Terbitan Read Network.

Set Bacalah Anakku asas


Ketika cuti sekolah bulan Mei tahun lalu, dalam masa mengajar mengaji kepada anak,saya cuba-cuba mengajar sendiri anak menggunakan kaedah fonetik. Alhamdulillah akhirnya dalam masa dua bulan anak sulung dapat membaca Bahasa Melayu dan diikuti dengan Read Easy yang mengambil masa lebih kurang 2 minggu. Usianya 3 tahun 9 bulan ketika itu.

Buku yang digunakan semasa ajar anak membaca cuti sekolah Mei - Jun tahun lalu


Terpulang kepada ibu bapa mahu mengajar anak menggunakan kaedah yang bagaimana. Sebenarnya ada banyak kaedah membaca yang ada dan janganlah dihadkan kepada satu-satu kaedah sahaja. Anak kita ini anugerah Allah. Istimewa. Lain anak, lain caranya :)



Anak saya juga tidaklah terus dapat membaca ketika kali pertama diperkenalkan dengan n....a na. Saya mengambil masa lebih sebulan untuk membantunya mengecam sebutan fonik N. Salah satu cara ialah saya menggunakan teknik jigsaw puzzle seperti ini :



Saya turut membuat buku mini huruf N, memory game dan permainan kecil.

Antara tip ajar anak membaca awal yang dipraktikkan :
1. Niat kerana Allah.
2. Pilih lokasi membaca yang sesuai ; jauh dari alat permainan yang disukai, gajet, televisyen dan bunyi bising.
3. Setiap sesi membaca 5-10 minit sahaja atau anak sukarela membaca lagi.
4. Tidak memaksa anak. Biasa saya tanya dahulu, “Khaulah dah penat? OK, kita berhenti sampai sini dahulu.” Walaupun dia baru membaca 1 baris.
5. Murah dengan pujian. Kanak-kanak suka pujian kerana memberi ia rangsangan untuk membaca. Pujian boleh dalam bentuk kata-kata, high five, stiker dan lain-lain.
6. Bantu dengan gambar (bagi cerita pendek) untuk membantu anak membaca.



7. Buat carta atau catat perkembangan membaca anak. Kita boleh lihat kekuatan dan kelemahan anak.
Saya sering ingatkan diri sendiri supaya tidak marah jika anak tidak dapat menyebut dengan betul. Tarik nafas panjang atau saya hentikan sesi membaca dan buat aktiviti lain. Terkadang terbawa watak “guru” di sekolah di hadapan anak :)
(Sedutan testimoni kami yang disiarkan oleh KedaiBerjaya.com)
Semoga bermanfaat.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Rabu, 25 November 2015

Perjalanan anak membaca al-Quran


Sudah lama saya berfikir mahu menulis tentang topik ini. Hari ini mahu menulis di sini. Buat catatan peribadi.

Selepas anak sulung lahir, ada usaha dari kami suami isteri menayangkan kad imbas kepada bayi namun usaha ini tidak konsisten sehinggalah ketika menyambut ramadan kedua, anak sulung kami mampu membaca Furqan 1 dengan lancar. Masya Allah. Allahu akbar.

Ketika berusia 2 tahun lebih


Bermula dari situ, rutin kami berubah dan automatik perlu istiqamah dalam membaca al-Quran juga. Sesungguhnya ini peringatan yang cukup mendalam bagi diri saya (secara khususnya).

Kami menggunakan banyak kaedah dan buku semasa mengajar anak mengaji. Antaranya Set Furqan terbitan Read Network Sdn Bhd, Kaedah Al-Matien oleh Ustaz Zamri terbitan Telaga Biru dan Iqra' At-Taisir terbitan PTS. 

Iqra' At-Taisir disusun oleh Ustaz Rizal yang merupakan Guru J-QAF di Johor. Subhanallah besar pahalanya membantu orang membaca al-Quran.

Sudah hampir lunyai buku ini :)


Anak saya sangat menyukai Iqra' At-Taisir kerana ianya berwarna dan disediakan panduan membaca di setiap modul. Buku ini mempunyai 5 bahagian (yang saya panggil Modul 1 hingga 5). Ketika membaca Modul 4, dia sudah boleh membaca al-Quran namun kami suami isteri tetap mahukan dia menghabiskan modul 5. 

Dalam masa dua bulan, Khaulah khatam Iqra' At-Taisir dan mula membaca al-Quran pada hari terakhir ramadan tahun lepas (2014). Usianya 3 tahun 9 bulan. Perasaan ketika dia membaca mushaf al-Quran tidak akan saya lupakan. Insaf atas rahmat Allah. Sujud syukur.

Bacaannya di pantau supaya sempurna dari segi tajwid. Kelebihan pada masa itu ialah wujudnya kelas mengaji al-Quran di rumah yang membantu persekitaran yang baik untuk anak bermotivasi membaca. Wallahualam.

Awal Januari 2015 saya mengikuti perkembangan Adik Naeilah Al-Farafisya melalui laman sosial Facebook bapanya. Subhanallah, hebat sungguh keluarga ini. Adik Naeilah sangat suka membaca al-Quran dan cepat mahir membacanya. Beliau khatam di usia 3 tahun 4 bulan dan mengambil masa selama tiga bulan sahaja. Masya Allah. Mufti Wilayah, SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada menyebutnya di dalam buku beliau, Puteriku Nasihat Abah Untukmu.


Sumber gambar : Laman sesawang Pustaka Cahaya Kasturi

Khaulah khatam pada April 2014 di usia 4 tahun 6 bulan dan insya Allah sedang menghafaz al-Quran. Apabila anak menghafaz, secara langsung ini memberi saya motivasi dan gesaan supaya turut sama menghafaz! :)

Kini anak kedua, Abdullah Naufal juga sedang menggunakan Iqra' At-Taisir. Namun, pendekatan yang digunapakai sangat berbeza berbanding kakaknya. Saya perlu lebih kreatif dan SABAR mendidiknya. Fasobrun jamil :D




Semoga Allah memberkati.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Isnin, 23 November 2015

Majlis perkahwinan :)


Semalam, Ahad 22 November 2015 adik yang bongsu melangsungkan perkahwinannya. Majlis akad nikah diadakan di rumah dan alhamdulillah majlis berjalan lancar hingga ke akhirnya.

Jadi anak-anak cuti dari kelas #FitrahHomeschooling kecuali waktu mengaji. Hehe.. Tak kira, yang ini wajib ada ;)

Doa kepada pengantin

Saudara-mara yang datang dari Perlis dan Johor :) Jazakallahu khaira

Keluarga Pak Tam dari Kedah. Orang terawal sampai :)

Namun, ada dua perkara menarik perhatian saya. 



Berbahagialah ibu dan ayah anak-anak ini kerana dua beradik ini meminta untuk mengaji al-Quran sebelum majlis bermula. Masya Allah! Allahumma faqqihhum fiddeen wa 'allimhuttakwil. Amin..

'Kids Corner'


Kedua, di rumah mak ayah saya memang tersedia beberapa buah rak buku mereka. Terdapat buku kanak-kanak juga untuk bacaan dan aktiviti cucu-cucu mak ayah saya yang seramai lapan orang ini. Ketika majlis sedang berlangsung kelihatan anak-anak ini mendominasi ruangan dan duduk diam membuat kerja masing-masing. Tertarik sekali dengan anak-anak berbaju hijau itu. Tekunnya membaca buku! Buku yang dipegang ialah daripada siri #100 buku karangkraf.

Ayuh, semarakkan budaya minat membaca dalam diri kita dan anak-anak! :)



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Ahad, 15 November 2015

Iqra' At-Taisir


Hari ini mahu berkongsi iqra' yang digunakan oleh anak-anak saya. Bermula dari Khaulah yang dapat khatamkan modul ini dalam masa dua bulan, dan kini anak kedua sedang menggunakannya. 

Iqra' At-Taisir berwarna-warni penuh dan setiap bab di sertakan panduan mengajar. 





















Harganya RM19.00 (tidak termasuk kos penghantaran). Bagi orang Melaka, boleh COD dengan saya (Melaka Tengah, Serkam, Pulai, Merlimau)

Hubungi saya di 013-361 3516.

Terima kasih :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015