Memaparkan catatan dengan label Lapbook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lapbook. Papar semua catatan

Isnin, 3 Disember 2018

Lapbook Sirah Tahun 2


Cuti sekolah ini, ada anak buah yang pulang ke kampung. Duduk lama di rumah mak (nek ummi). Umurnya sebaya Khaulah, jadi ambil kesempatan untuk ulangkaji / belajar bersama-sama.

Bagi mata pelajaran Sirah, nampaknya perlu lebih perhatian memandangkan peperiksaan akhir lepas markahnya perlu diberi peningkatan. Hehe.

Saya fikir, anak lelaki perlu lebih visual atau banyak pendekatan lain. Sebabnya subjek berfakta kan. Saya pun kurang tahu anak buah ini jenis audio, visual atau kinestetik.

Kami bercadang buat lapbook bagi setiap bab. Sebenarnya membuat lapbook merenyahkan bagi saya sebab anak-anak perlu berusaha lebih menulis, menggunting, menampal dan sebagainya. 

Tak mengapa, kita buat perlahan-lahan ya.

Dalam bab 1 Sirah Tahun 2 ini dimulakan dengan Zaman Remaja Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam. Antara isi kandungan bab ini ialah :

# Kisah Baginda berniaga ke negeri Syam
# Pengenalan kepada Saidatina Khadijah binti Khuwailid
# Gelaran Al-Amin yang diperoleh oleh baginda
# Sifat terpuji baginda sollallahu alaihi wasallam
# Ada dalil Quran dan hadis baginda tentang kemuliaan akhlaknya

Anak-anak mengambil masa 2 hari menyiapkan lapbook ini. Disebabkan tiada printer dan laptop, semuanya dibuat secara manual. Insya Allah ada rezeki lepas ni ummi cuba sediakan bahan bercetak.


Maaf, senget pula. Tak dapat nak betulkan rotation. Hee
Bab 2 belum mula. Masih merangka susunannya. Jumpa lagi.


Ahad, 24 Jun 2018

Lapbook mini bahasa Arab


Kali ini belajar bahasa Arab dari buku teks Tahun 2. Kami buat lapbook versi mini. Buat bentuk rumah. Ada 12 kosa kata baharu yang dipelajari.

Kali ini kami guna 2 helai kertas A4.


Pandangan penuh

Kertas merah - kertas tambahan

Buku mini untuk latihan menulis

Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 5 Ogos 2017

Lapbook Bahasa Arab الطَّعَام الَّلذِيذ



Lapbook ini adalah berpandukan topik makanan dalam buku teks Bahasa Arab Tahun 3. Ini adalah draf untuk guru sebagai panduan.

Lapbook ini menggunakan dua helai kertas A4 yang diselotep sedikit supaya boleh dibuka dan ditutup.


Dalam topik ini ada disentuh bahagian Piramid Makanan. Ada beberapa perkataan terpilih diletakkan. Untuk kertas pertama ini ada 3 bahagian. Dari kanan :

1. Ucapan yang dipelajari.
2. Piramid makanan, perkataan dan gambar yang betul.
3. Pengenalan kepada huru 'ain fathah. kasrah dan dhommah.

Pandangan penuh 1

Pandangan penuh 2 - apabila kedua-dua kertas dibentang

Kertas 1


Huruf 'ain fathah, kasrah dan dhommah. Saya buat seperti bentuk heksagon yang boleh dilipat 3.

Buku mini ini sebenarnya dialog perbualan yang ada di dalam buku teks. Saya buat seperti mini tab book. Templat nota dan pen itu untuk murid letakkan nombor yang betul.








Semoga bermanfaat.


Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak 

Isnin, 10 April 2017

Lapbook Huruf Hijaiyah


Setelah beberapa tahun, saya guna kembali templat huruf hijaiyah ini yang diambil dari blog A Muslim Homeschool. Boleh jenguk di sana ya. Empunya blog ada berikan 5 siri free printable huruf hijaiyah.

Saya potong kad manila mengikut saiz kertas A4 dan boleh dilipat kepada tiga bahagian. Buku ini untuk Asma' sebagai ganjaran atas usahanya mengaji Iqra' At-Taisir.



Boleh belajar Bahasa Arab dan menulis


Pandangan penuh : bahagian dalam


Asma' sudah tiba huruf syim berbaris atas. Meski sebutannya belum begitu sempurna, tetapi dia boleh mengenal pasti kebanyakan huruf. Alhamdulillah 😊


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 13 November 2016

Lapbook Surah At-Toriq



Lama sungguh kami ambil masa siapkan lapbook Surah At-Toriq😄 Sebabnya, fokus anak-anak memang tidak lama. Lagi pula banyak aktiviti menulis, hanya si kakak boleh fokus lama sedikit. Yang lain lebih gemar membantu menggunting dan menampal 😉










Boleh baca mengenai Surah At-Toriq di sini
Semoga bermanfaat 😉

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 22 Oktober 2016

DIY Folder Game 1


Dahulu, gigih buat busy bag untuk anak-anak. Kali ini berusaha bina folder game pula. Harap Khaulah dapat bantu membimbing adik-adiknya dengan aktiviti ini semasa minggu awal saya berpantang nanti :)

Folder game bahagian 1


Folder game bagi saya ialah satu bentuk kit pembelajaran dan permainan untuk anak-anak yang menarik dan mudah dibina. Jika anda anda pencetak, senang sahaja, buat carian di internet dengan kata kunci seperti free folder game printables, folder games for toddlers, folder game for preschool dan sebagainya. Akan keluar ratusan jika tidak ribuan laman sesawang yang menawarkan aktiviti ini. Save and print!

Namun bagi saya yang sudah kesuntukan masa ini (cepat penat dan sakit pinggang di hujung trimester tiga ini :)), saya memilih bahan yang ada di rumah sahaja. Pencetak pula rosak waktu ini. Alahai.. terpaksalah melukis sendiri, mewarna, menggunting dan menampal secara manual.

Bahan yang digunakan :

Kad Manila
Gam, gunting, pensel, pembaris
Warna - pensel warna, krayon
Selotep
Stiker
Katalog lama
Majalah lama
Lebihan pembalut hadiah

Anda boleh bahagikan folder game kepada beberapa kategori seperti :

* Padankan item - warna, bentuk, objek yang sama
* Jigsaw puzzle - saya gunting dari majalah dan katalog lama 
* Mengkategori - saya lukis dua gambar di darat dan di laut serta 4 objek. Anak akan letakkan kad tersebut pada keadaan yang sesuai.
* Matematik - belajar mengira
* Permainan bahasa 

++++++++++

Mari lihat folder game anak-anak saya :

Padankan objek yang sama - guna lebihan pembalut hadiah 

Letakkan objek yang bersesuaian - di darat atau di laut

Padankan warna butang yang sama

Jigsaw puzzle - gunting dari majalah lama

Padankan perkataan bahasa Arab yang sama

Tempat simpanan foder game kami

Ziplock transparent file ini saya beli di Kedai Buku Tong Hup, Melaka. Saiz A4. Harga RM19.20 untuk 20 keping. Berbaloi-baloi! (^_^)

Saya tiruvasi dari Fail Pengajaran Berstruktur, Makmal Autisme UKM yang selotep permukaan fail mereka. Saya pun selotep kad manila ini untuk tahan lama.

Mungkin kerana anak-anak saya sudah besar jadi saya tidak menggunakan plastik laminate kali ini. Jika anak anda bawah usia 2 tahun, eloklah gunakan material yang lebih tahan lasak :)

Sedang menyiapkan beberapa fail lagi. Insya Allah akan berkongsi dengan anda. Doakan kami sekeluarga.

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 20 Oktober 2016

Inspirasi Lapbook


Hari Isnin lalu, ada seorang rakan maya menyapa di Instagram. Beliau bertanya tentang lapbook. Tak sangka puan ini pantas menyiapkan untuk anak-anaknya. Masya Allah :)

Puan Ros Erwina memang telah lama saya ikuti di Instagram kerana perkongsian aktiviti bersama anak-anaknya yang kreatif dan sentiasa dikemaskini. Adakalanya saya perlukan idea dan semangat dari ibu-ibu lain untuk terus mendidik anak-anak.


Berikut hasil lapbook anak-anaknya :)




Menarik, bukan? Beliau menggunakan fail coklat yang dibeli di kedai buku. Jimat. Jika mengikut Makmal Autisme UKM, mereka memang menggunakan bahan seperti Puan Ros Erwina ini dalam membina Fail Pengajaran Berstruktur untuk anak-anak autisme. Cuma, ditambahkan selotep pada seluruh permukaan fail itu untuk tahan lama.

Semangat pula saya nak menyiapkan lapbook Surah At-Toriq kami. Sudah sangat lama dalam proses. Sebabnya fokus anak-anak sekejap sahaja, jadi tak bolehlah dipaksa :)

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 23 Ogos 2016

Surah At-Toriq


Alhamdulillah, semalam baru mulakan surah baru iaitu Surah At-Toriq. Surah ini mengandungi 17 ayat. Saya mulakan dengan pengenalan ringkas intipati surah kepada anak-anak. Subhanallah, respon mereka mengujakan. Malahan, di beberapa tempat, saya agak sukar menerangkan sesuatu konsep namun anak dengan mudah menerangkan dalam ayatnya sendiri. Ringkas tetapi tepat! Allahu akbar, anak oh anak.

Kami bina sebuah peta minda bergambar pada kad manila. Tujuannya saya mahu bawa ke rumah pengasuh dan mohon jasa baiknya menampal di dinding rumah bagi anak-anak saya mudah melihat carta ini. Moga ada manfaatnya.

Surah At-Toriq

Surah At-Toriq ayat 1

Surah At-Toriq ayat 2

Surah At-Toriq ayat 3

Surah At-Toriq ayat 4

Surah At-Toriq ayat 5

Surah At-Toriq ayat 6

Surah At-Toriq ayat 7

Surah At-Toriq ayat 8

Surah At-Toriq ayat 9

Surah At-Toriq ayat 10

Surah At-Toriq ayat 11

Surah At-Toriq ayat 12

Surah At-Toriq ayat 13

Surah At-Toriq ayat 14

Surah At-Toriq ayat 15 hingga 17

Pandangan penuh
Khaulah sempat bertanya, "Ummi, banyak Allah sebut perkataan air dalam al-Quran, kan?" Mungkin dia teringat dalam Surah Abasa ayat 25 :


Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.

Akan bersambung topik ini. Insya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi 
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak 
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015