Memaparkan catatan dengan label Buku Kertas-Kertas Yang Merubah Fikir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku Kertas-Kertas Yang Merubah Fikir. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Januari 2023

Rumah Seribu Buku

 Satu untuk kenangan.

Hasrat berkunjung ke rumah buku Jejak Tarbiah telah lama tersimpan sejak Kertas-kertas yang Merubah Fikir terbit tahun 2018. Sebuah buku tentang pengalaman awal pembaca, kenangan mereka dengan buku semasa kecil sehingga kini masih terus menggemari buku. 24 buah kisah yang sangat menarik dan mungkin membangkitkan semula memori anda semasa kecil.

Ia kisah merentasi zaman dan fasa usia dalam kehidupan. Waktu kecil yang seronok bergelumang dengan bahan bacaan tanpa memikirkan sangat masalah harian membuatkan semangat membaca selalu menggebu. Anda harus dapatkan buku ini. Kini KYMF sudah tersedia dalam edisi kemas kini (2021) dan sudah masuk cetakan ketiga (jika tidak silap).

Bersama Kak Ani 


Berbalik kepada rumah buku JT. Apabila terlihat poster mereka membuat karnival pembukaan JT, peluang ini tidak harus dilepaskan. Memandangkan pesta buku JT bulan Februari nanti tidak dapat saya hadiri, maka kali ini mesti pergi juga. Yang paling seronok sudah pasti anak-anak. Bermalam di rumah inap berhampiran lengkap dengan kolam renang sudah memenuhi kegembiraan mereka.

Sampai di JT sudah melebihi pukul 11 pagi, tenang dan lengang. Ada dua orang staf menyambut, selain Kak Ani (salah seorang penulis KYMF) dan dua orang tetamu yang sedang tenggelam dalam lautan buku mereka. Anak kata, "Ni buku umi!" Ya, ada di rak bersebelahan ruang santai JT. 

Tempat yang luas dan selesa. Anak-anak main sebentar di ruang diskusi sebelah kanan sementara uminya mencari buku. Tak sedar sudah sejam sebelum terdengar satu suara menyapa dari belakang. Tak sangka bertemu Pn Saadiah kerana beliau ada mesyuarat sebelum itu. Disebabkan mahu mengejar waktu solat Jumaat, maka dapat berbual ringkas dengan ragam 6 orang anak yang mula menunjukkan tanda tantrum. Minta maaf puan jika nampak kelam-kabut. Haha.




Barisan buku Tere Liye 


Dahulu buku yang saya pegang dikenal sebagai serial anak mamak dan mengandungi empat tajuk. Kini sudah ada beberapa tambahan tajuk baharu menjadikan kesemuanya ada 7 buah dalam siri ini.

Tawaran harga 

✔️Diskaun 50% untuk buku terpilih (antaranya buku Habiburrahman el-Shirazi dan HAMKA)

✔️Diskaun 25% untuk buku keluaran JT

✔️Diskaun 15% untuk buku selain JT

✔️RM10 sebuah untuk buku Jemari Seni. 

✔️Dan ada diskaun 20% untuk buku JS terpilih.

✔️Buku percuma untuk dipilih

Waah, berbaloi amat!


Anak-anak membeli penanda buku dan buku nota memandangkan komik tiada stok. Buku Hilal Asyraf pun tinggal sebuah di rak iaitu Hikayat Satria-satria Sejati 1. Anak-anak mencari Siri Gelombang Baru dan Takdir. Tak mengapa ada rezeki boleh beli nanti.


Apa yang kami beli?

Macam balas dendam pula sebab dah lama tak membeli dalam kuantiti yang banyak. Haha.

Tertegun melihat deretan buku Tere Liye. Namun, saya sedar diri, stamina membaca saya sudah menurun. Dahulu sebuah buku sehari boleh habis baca. Sekarang boleh jadi berminggu-minggu untuk habiskan sebuah buku. Maka, inilah yang berjaya dibawa pulang :

1. Ikhlas oleh Rumah Ripta

2. Yang Paling Patah Antara Kita (katanya novel laris)

3. Leaving Microsoft To Change The World (edisi terjemahan Bahasa Melayu)

4. Murabbi Cinta (kawan punya)

5. Seperti Air yang Mengalir oleh Ust Pahrol Mohamad Juoi

6. Bidadari Bermata Bening oleh Habiburrahman el-Shirazy

7. Si Anak Savana oleh Tere Liye

8. Merchandise : sampul raya JT



Buku anak-anak :


1. Alhamdulillah (Omar Hana)

2. Kiki dan Semut (Didi & Friends) ---> [tercicir di JT]

3. Super Squad

4. Buku nota

5. Penanda buku

6. Pen

Pulang dari JT, singgah menziarahi adik di Damansara. Aduhai, merasalah kami melalui kesesakan jalan raya sepanjang highway. Maklumlah hari pertama cuti sekolah dan orang mahu menyambut tahun baru cina. Tengah malam baru bergerak pulang ke Melaka. 



Terima kasih suami, anak-anak ikutkan kehendak umi dan ipar yang membantu menjaga mertua sementara kami bermusafir.


Tahniah Pn Saadiah dan tim JT. Semoga terus maju dan cemerlang!


Aina Dayana Hilmi

21 Januari 2023

Isnin, 7 Januari 2019

Top 7 dalam senarai Y.E.S Jejak Tarbiah



Alhamdulillah, terbaca di status Pn Saadiah Ali :



Alhamdulillah, buku kami tim Goodreads Malaysia iaitu Kertas-kertas Yang Merubah Fikir termasuk dalam senarai di atas. Semoga buku ini berjumpa dengan khalayak yang lebih ramai serta meningkatkan motivasi membaca.

Saya kira setiap orang ada pengalaman sendiri bagaimana mula membaca. Dan bagaimana anda terus meminati buku. 

Bagi yang mula hilang semangat membaca, buku ini saya hulurkan sebagai pemangkin motivasi anda untuk mula membaca :-)

Kertas-kertas Yang Merubah Fikir
Gabungan 21 orang penulis
Dari tim Goodreads Malaysia.
Penyelarasnya Pn Najibah A. Bakar.


Harga buku RM25.00 sahaja.
Kos pos RM8 (SM) | RM12 (SS)

Untuk pembelian, boleh hubungi nombor tertera. Terima kasih.


Aina Dayana Hilmi
ainadayanahilmi@gmail.com
013-361 3516
Melaka

Khamis, 12 Julai 2018

"Hebat kisah para bibliofil ini.."



Alhamdulillah, suatu petang menerima WhatsApp dari bapa saudara. Beliau baru sahaja habiskan bacaan buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir.


Semoga tulisan-tulisan ini menjadi manfaat bagi para penulis dan pembaca 💗 Banyak maklum balas diterima, mereka menjadi semangat dan terinspirasi dengan para penulis yang berkongsi kisah masing-masing dengan buku ini.

Berminat untuk dapatkan buku ini. Boleh hubungi nombor di hujung entri nanti. 

Harga buku : RM25.00
Kos pos Semenanjung : RM8.00
Kos pos Sabah / Sarawak : RM13.00


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 18 Jun 2018

Kunjungan Syawal


Alhamdulillah. Syawal kali ini menemukan saya dengan insan-insan yang selama ini hanya dikenali di alam maya.

Terlebih dahulu, pasti penghargaan buat mak dan ayah saya kerana sudi menerima kunjungan rakan-rakan saya. Malahan, mak bekalkan dengan macam-macam makanan pula tu 😊

Kunjungan Pn Sarah pada petang Syawal pertama serta Pn Farahliza pada hari raya kedua. Dua-dua insan ini saya kenali semasa menjadi agen Pn Sarah di bawah bumbung KedaiBerjaya.com.

Dari kiri : Mujahid, Furqan, Pn Sarah, Fateh, mak dan saya.

Kini, kedua-duanya terus mengorak langkah lebih maju dalam bisnes masing-masing. Pn Sarah hebat memacu Akademi Perniagaan Barangan Kanak-kanak dan Pn Farahliza gigih mengembangkan sayap Ellsee  (LaMamma).

Bersama Pn Farahliza. Dapat cenderahati 2 losyen LaMamma. Terima kasih Farah!

Rezeki dapat hadiahkan dua buah buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir kepada mereka. Malah, Pn Sarah dengan pantasnya sudah selesai baca beberapa bahagian.





Moga ukhwah terjalin hingga bertemu di syurga nanti. Amin..amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 29 Mei 2018

Batch ketiga buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir



Alhamdulillah, tiba juga stok seterusnya dari penerbit. Rezeki di bulan puasa. Siapa kata bulan puasa orang sibuk shopping raya? Ramai lagi yang shopping buku raya 😉

Terbaru, ada seorang anak remaja berumur 17 tahun membaca buku ini. Katanya, "Seronok baca kisah dalam ni kak. Terasa minat nak membaca dan semangat. Sebelum ni saya jarang baca buku selain buku sekolah. Buku ni ubah pandangan saya terhadap buku."

La haw la wa la quwwata illa billah. Moga anak ini terus maju dalam pelajaran dan jadi pencinta ilmu. Amin..

Jadi, bagi anda yang belum dapatkan buku ini boleh hubungi nombor tertera ya. Jumpa lagi!

Tempahan buku :



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 10 Mei 2018

Ayah dan Buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir :)


Sebumbung dengan ayah semasa zaman sekolah rendah ada banyak rencam kenangan dan pengalaman.


Namun, biarlah saya kisahkan ia pada waktu yang lain.

Imbas kembali ketika kecil dahulu, ada dua peristiwa diceritakan kembali oleh mak. Dan kedua-dua peristiwa ini memang tiada dalam ingatan saya.

Pernah adik saya (ketika itu berumur 9 tahun) sedang membuat kerja sekolah di katil tingkat atas dan saya sedang khusyuk membaca buku di tingkat bawah (katil double decker).

Lalu dia turun ke katil saya memohon bantuan menyelesaikan soalan. Tapi saya minta dia tunggu sebentar kerana mahu habiskan bacaan.

Si adik tadi dengan akurnya kembali ke katilnya. Dalam diam dia menangis. Waktu itu pula ayah menjengah ke dalam bilik. "Kenapa menangis?" Erk! Siapa kenal Cikgu Hilmi memang tahu nada suaranya, kan? 😂 

Cepat sahaja saya bantu adik buat kerja rumah. Dan selamat hari itu dari dimarahi 😅 

Di waktu yang lain, saya dan adik nombor dua sedang membaca di katil kami sementara si bongsu (waktu itu berumur 3 tahun) sedang bermain di katil tingkat atas.

Entah bagaimana, kaki kecilnya terperosok ke celah katil. Diusahakan untuk menarik keluar tapi tidak berjaya. Terumbai-umbai kakinya di atas. Saya dan adik kedua masih tidak sedar apa yang terjadi.

Kebetulan juga, ayah menjengah di balik pintu. Apalagi, kena marahlah kami sebab tidak peka dengan keselamatan adik. Gulp! Pucat muka kena marah dengan ayah 🙈 Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius terjadi.

Aduhai, banyak lagi peristiwa jika mahu dikenang. 

Apa pun, ayah memang seorang pemberi motivasi nombor 1 kami. Meskipun agak serius, namun butir kata yang keluar dari mulut terasa bernas sekali. 

Sudah lama bersara dari dunia perguruan, kini beralih minat kepada sukan lumba basikal. Dan inilah satu dari dua perkara yang tidak saya warisi dari ayah 😂 Iaitu bersukan dan melukis mural. Sungguh, saya rasa saya tiada bakat dalam dua bidang ini.

Semoga ayah dan mak diberi kesihatan dan diberkati Allah SWT. Amin..amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 9 Mei 2018

Pengalaman Awal Membaca


Setiap orang pasti ada pengalaman awal bagaimana mereka mula membaca.


Bahagia di hati apabila menerima maklum balas dari seorang pembaca yang mendapatkan buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir :

"Akak tak ingat macam mana akak boleh membaca. Tapi, masa di sekolah menengah akak sekolah di bandar. Jadi tinggal bersama makcik sepanjang masa persekolahan.

Tapi akak akan balik kampung (rumah) setiap hari Khamis selepas habis waktu sekolah. Jadi dah bagitau awal-awal pada makcik yang akak tak balik rumah dia.

Masa tu, anak-anak makcik beza dalam tujuh ke lapan tahun dengan akak. Akak tingkatan 5 dan anak-anaknya masih di sekolah rendah. Ada yang kecil lagi.

Satu perkara yang membuka minda akak ialah dia memang biasa bawa anak-anaknya ke perpustakaan awam. Bila dia nak ke pasar, dia akan bawa dulu kami ke sana dan ditinggalkan membaca buku sementara makcik ke pasar minggu beli barang dapur.

Waktu itu, rasa Ya Allah macam ketinggalan pun ada 😂 Apabila melihat anak-anaknya berdikari, ambil buku, baca dan meminjam buku!

Masya Allah. Akak ni orang kampung. Persekitaran juga tak ada yang terdedah dengan membaca dan perpustakaan ini. Selama ini memang hanya tahu perpustakaan sekolah sahaja.

Sejak itu, memang terbuka minda dan celik fikiran la pasal budaya membaca ni."

Masya Allah. 

Beruntung sekali anak-anak yang ada pengalaman manis seperti ini. Moga pahala berpanjangan buat insan-insan yang mencetuskan minat membaca pada anak-anak.

Sungguh, membaca itu membina ketamadunan manusia. Insya Allah, tidak rugi membaca. Dan pilihlah bacaan yang baik dan bermanfaat 😃

#bilaummiambilcuti
#KertasKertasYangMerubahFikir
#JejakTarbiah
#Booth4050
#PBAKL2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 6 Mei 2018

Kedudukan buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir dalam carta


Maaflah ya jika entri asyik berkisar buku ini 😉 

Hari ini hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). 

Mengikuti rapat Facebook Pn Saadiah Ali, CEO Jejak Tarbiah yang rajin berkongsi carta top seller setiap hari. Dan akhirnya, pada hari ke-9 (Sabtu), buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir berjaya menempatkan diri di 10 tangga teratas.




Terima kasih atas sokongan anda!

Beberapa hari ini sejak stok buku berada di tangan, saya sudah selesai mengedarkannya kepada mereka yang membuat pra pesanan tempoh hari.

Untunglah dapat harga diskaun masa tu (harga pra pesan sehingga 26 April 2018 ialah RM20. Jimat RM5 dari harga asal).


Sekarang pun boleh beli 😍 Harganya RM25 senaskah. Belum termasuk kos pos ya. Tekan link di bawah :

www.wasap.my/60133613516/BukuKertasKertas

Jumpa lagi!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 5 Mei 2018

Hari Pelancaran Buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir



1 Mei 2018 mencatatkan beberapa momen penting.

Pertama, saya merasakan doa dari mak ayah menjadi asbab saya berjaya (dengan izin Allah) 😭 Tidak pernah terbayang mempunyai buku sendiri (walaupun ia sebuah antologi).


Kedua, pengorbanan ahli keluarga (terutama suami) yang berusaha memenuhi hasrat si isteri untuk hadir ke sesi pelancaran. 

Ketiga, kesungguhan para pencinta buku yang merealisasikan terbitnya naskah ini. Sekalung penghargaan buat Penyelenggara - Kak Najibah A. Bakar (mantan pustakawan ISTAC) dan Tuan Nazmi Yaakob (Wartawan Berita Harian) serta rakan-rakan dari Goodreads Malaysia.


Keempat, buat Pn Saadiah Ali dan tim Jejak Tarbiah, editor, pereka kulit buku dan lain-lain, kami sangat hargai sokongan dari pihak Jejak Tarbiah. Semoga terus maju dan menyebar kebaikan buat ummah.



Sejujurnya, jatuh hati dengan grafik buku ini saat kali pertama dimaklumkan. Terbaik graphic designer nya 😍
Bersama Ustaz Ruzain Syukur, atase pendidikan yang turut menyumbang di dalam antologi ini

Kelima, sudah pasti buat para pembaca atau bakal pembaca yang mendapatkan buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir ini.

Apa yang ada dalam naskah ini?

21 orang penulis pelbagai latar belakang berkongsi pengalaman awal bagaimana mereka mula membaca. Dari mana datangnya minat membaca, bagaimana usaha yang dilakukan bagi memenuhi kesungguhan mahu membaca, sehingga membawa kepada impian-impian besar yang akhirnya sebahagian dari mereka telah gapai di kemudian hari. Masya Allah!

Seribu langkah ke hadapan pasti bermula dengan satu langkah. Begitu jugalah dengan karya saya di dalam naskah ini. Karya sulung saya yang saya akui banyak kelemahan akan cuba diperbaiki dalam karya mendatang. Doakan ya!

Saya pasti anda juga ada kisah sendiri. Bagaimana pengalaman awal anda membaca?

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 1 Mei 2018

Sesi Pelancaran Buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir


Insya Allah pagi ini bermusafir bersama keluarga ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PBAKL untuk Sesi Pelancaran Buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir.



Jom jumpa bagi yang berkesempatan 😊 Reruai 4050 Jejak Tarbiah jam 2.30 petang. Doakan kami selamat sampai dan pulang.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015