Memaparkan catatan dengan label Dari Dapur Ummi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dari Dapur Ummi. Papar semua catatan

Jumaat, 12 April 2024

Raya 2024

 Sehari sebelum raya.

Dari pagi baru proses bawang besar, bawang putih dan segala bahan nak buat rendang cili api. Tapi selepas berbuka baru mula masak. Ha, betul pun raya hari Rabu. Sebab ada ura-ura kata hari Khamis. Rendang cili api resipi mak mentua. Kuikutkan sahaja.

Ayam 3 ekor

2kg bawang merah *

5 labu bawang putih *

halia *

segenggam cili api *

 lengkuas *

5 batang serai yang gemuk-gemuk *

Santan 3kg

daun limau purut

gula melaka

garam


* Bahan dikisar halus


Cara buat

Ayam digoreng separuh masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.

Tumis semua bahan kisar sehingga masak. Masukkan gula melaka dan garam.

Masukkan santan.

Masukkan ayam.


Buat rendang memang ambil masa lama. Sentiasa kacau supaya tak hangit dan berketul santannya. 

Entah berapa lama saya  buat sebab selang-seli layan anak kecil. Hee.. Alhamdulillah ada periuk tekanan, bolehlah masak nasi impit 40 minit siappp.


Pagi raya

Bangun macam waktu sahur. Urus diri dan anak-anak, solat, mula goreng bihun dan hidang semua makanan. Ngam-ngam 6.40 pagi semua siap. Sebelum 7.30 pagi semua dah bergerak untuk solat sunat hari raya. Tahun ini abi jadi imam solat raya, maka kami semua ke Surau Kampung Bukit Kecil. Mentua pun ikut sekali. 



Surau tiada tangga landai jadi bantu suami angkat kerusi roda mak dan ayah.

Alhamdulillah,

Selamat hari raya semua.



Ahad, 30 Mei 2021

Nasi Daging dan air asam utara

 Bila memasak, kena sabar. 


Pastikan semua bahan ada baru sedap. 


Memasak boleh jadi ladang pahala kita sebab kita buat (masak) apa yang orang suka makan.


Itu antara kata-kata yang saya ingat selepas baca beberapa buah buku dari Siri Legasi Emak. Buku yang mempunyai 8 buah antologi menghimpunkan cerita di sebalik resipi seorang emak yang dikongsikan oleh penulis.


Jadi, sekarang setiap kali memasak, saya cuba buat dalam keadaan yang terbaik dan mengawal emosi. Maklum, kadang penat mengatasi segala tapi masak tetap perlu dilakukan.


Pagi semalam ternampak emak keluarkan daging dari peti sejuk. Asalnya mahu masak daging masak asam tetapi saat akhir tukar kepada nasi daging. Sebab rencahnya semua ada di rumah dan lauknya air asam. Teringat ayah orang utara, mungkin kena dengan tekaknya. InsyaAllah. Saya gunakan resipi dari Che Nom.


Nasi daging dan air asam 


First time masak ni. Mak kata sedap! Alhamdulillah.


Bahan untuk nasi daging

4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos

500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"

5 cawan air rebusan daging

1 cawan sudu cair

1 helai daun pandan, carik dan simpul

2 1/2 sudu besar rempah kurma

1 batang serai, dititik

3 sudu besar minyak sapi

1 -2 sudu besar minyak sayuran

1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri

Sedikit kismis hitam


Bahan untuk rebusan daging:

1 sudu besar rempah kurma

2 inci halia, hiris nipis

Air dalam anggaran 7 cawan lebih


Bahan untuk ditumis:

1 biji bawang besar, hiris nipis

5 ulas bawang putih, hiris nipis

3 kuntum bunga lawang

2 batang kayu manis

4 kuntum bunga cengkih

6 biji buah pelaga


Bahan untuk air asam :

1 biji bawang besar, hiris nipis

2 biji tomato, potong kecil

6 biji cili merah, potong kecil

1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi

1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat

2 sudu besar sos ikan Thai

3 sudu besar gula

1-2 sudu kecil garam

1 sudu besar kerisik

Sedikit perahan jus limau nipis


Cara memasak nasi daging :

1. Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. 

3. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.

4. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup.

5. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.

6. Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembut supaya tidak berketul.


Cara membuat air asam 

Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

πŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œ

Bila dimasak, ayah kata air asam saya cair sangat. Oh baik, lepas ni kena pekatkan. Saya jarang makan air asam. Sebelah sini ada sambal tumis sahaja biasanya. Makan air asam bila balik kampung di Perlis. Itupun dapat sikit sebab orang tua-tua makan lagi banyak. Hehe.


Tambah lagi, cili tu perlu pecah-pecahkan dalam air asam ya. Bukan letak sebiji begitu. Saya tak pecahkan sebab ada anak-anak kecil. Bimbang kepedasan sampai tak boleh makan nanti. Bila letak sebiji, sebiji anak boleh makan air asam tu dengan nasi.



Macam biasa, sayur tak ada pula untuk masak semalam. Apa lagi, petik sahaja ulam raja tepi rumah. Dah merimbun sangat. Ada juga bayam brazil tapi tinggal sedikit. Tak berbaloi buat makan. Tunggu sedikit masa lagi, bagi peluang dia membesar.

Bab ulam-ulaman ini, saya baru sahaja belajar makan. Sebelum ini lebih kepada makan sayur yang dimasak. Tapi tahulah yang nenek suka ulam tenggek burung, ayah suka makan petai, ada yang suka makan salad. Bila kahwin, baru tahu suami suka ulam raja.

Saya hanya menggunakan periuk Noxxa untuk rebusan daging batang pinang. Saya setkan kepada 20 minit. Kemudian keluarkan semua, basuh inner pot Noxxa dan masak nasi pula. Saya setkan kepada 7 minit. Alhamdulillah semua masak dengan baik. 


Alhamdulillah ala kulli hal. Selamat mencuba dan menjamu selera.

Jumaat, 28 Mei 2021

Nasi Minyak

 Badan rasa ok dalam 8-9 hari ini. Jadi hari ini turun ke dapur untuk memasak. Dah lama cuti memasak asbab badan tak sihat. Tapi menjelang tengah malam ini (waktu saya menaip, jam menghampiri 12 tengah malam), asthma saya kembali menyerang. 


Rasa nak marah dengan diri sendiri boleh tak πŸ˜… Sampai bilalah asthma ni nak sembuh. Tak tahan dengan keadaan bawa bayi lagi. Hanya dua kandungan terakhir ini saya kerap diserang asthma (2019 dan sekarang). Bila tak mengandung, ok sahaja asthma ni.


Saya perasan dua keadaan akan menyebabkan asthma datang sekarang iaitu renyah buat kerja dan cuaca sejuk. Takkan mahu diam sahaja melihat rumah tidak berkemas? Memang ada anak dan suami yang bantu tapi kadang datang rasa tak mahu menyusahkan mereka. Masalahnya, sendiri akan merana akibatnya. Padan muka saya kanπŸ€ͺ


Nasi Minyak 


Baiklah, cerita tentang lauk tengahari tadi. Pertama kali masak nasi minyak guna resipi Che Nom. Terima kasih Che Nom! Banyak pahala sebab kongsi cara masakan. Semua orang gembira makan bertambah-tambah sampai malam. Ini resipinya :


Bahan Nasi Minyak

2-3 sudu besar majerin/mentega/minyak sapi

1 sudu besar minyak masak

½ biji bawang besar

1 inci halia

2 helai daun pandan

Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum cengkih, 4 biji buah pelaga)

2 cawan beras

Anggaran 2 cawan air + 1 cawan susu cair

garam secukup rasa


Cara memasak 

1. Hiris nipis bawang besar dan halia.

2. Tapis dan tos beras yang telah direndam lembut selama 1 jam.

3. Panaskan majerin/mentega/minyak sapi dan tambah sedikit minyak masak.

4. Tumis bawang besar dan halia, rempah empat sekawan, daun pandan, dan tuang beras yang telah direndam. Lalu, goreng kesemuanya seketika dalam masa 2-3 minit.

5. Masukkan air dan susu cair mengikut sukatan bersama garam secukup rasa dan kiub ayam (pilihan).

6. Kemudian, pindah masuk kedalam periuk nasi dan masak.

7. Nasi minyak siap dimasak boleh dihidangkan dengan taburan daun ketumbar, bawang goreng dan cili merah bersama ayam goreng madu dan sos ala Thai.


Dalam entri Che Nom, beliau masak ayam masak madu dan sos cili ala Thai sebagai lauk. Tapi saya memikirkan ada pelbagai peringkat umur dalam rumah ini, maka saya padankan dengan kurma ayam dan ulam raja.


 Ini kes sudah tak larat nak berdiri masak sayur pula. Sambal belacan pun jauh sekali nak buat. Saya perlu mencari masa untuk buat stok pes dan sambal untuk akan datang. Oh sebenarnya di rumah sudah kehabisan gas. Jadi saya mengulang pakai Noxxa πŸ˜… Alhamdulillah Ya Allah, besar rahmat ada periuk ini.


Minum petang

Sebelum Asar tadi sudah terasa badan penat (baca : asthma dah mula nak menyerang). Selepas ambil wuduk saya sudah berkira-kira mahu baring selepas solat. Tiba-tiba dapat permintaan buat pengat pisang. Gulp! Allah jualah bagi kekuatan. 


Lepas solat, perlahan-lahan saya buat kerja. Alhamdulillah Allah izin Noxxa buat kerja sekejap sahaja sudah masak. Resipi Pengat Pisang boleh ambil di sini. 


(Ini sahaja gambar masa anak makan)


Doakan saya sihat dan dipermudahkan perjalanan mengandung kali ini. Terima kasih! Semoga yang lebih baik untuk anda sekeluarga.


Aina Dayana Hilmi

t.me/ainadayanadotcom

Rabu, 22 April 2020

Onde-onde


"Uish.. mak long main Play-Doh ke?"


Saya menoleh bila ditegur oleh anak buah. Haha .. meletus juga ketawa saya. "Bukan, mak long nak buat kuih."

"Uish.. tapi Macam Play-Doh la!"

Dia masih tak lepas lagi rasa kagum tu. Yelah, anak-anak ini dah lama tak main Play-Doh. Ummi / mak long ni malas nak buatkan. Huhu.

Hikmah PKP, mereka telah berada di kampung beberapa hari sebelum PKP diumumkan. Jadi sudah lebih sebulan mereka berada di sini. Mujur juga dua beradik. Ada kawan di samping sepupu-sepupu di sini.

Petang itu saya buat onde-onde gula melaka untuk minum petang. Disebabkan pertama kali buat, sudah pasti saya try and error dalam membancuh adunan. Hehe. 

Saya ikut resipi dari Azie Kitchen cuma saya perbanyakkan daripada sukatan yang beliau beri. Bahan-baham semua ada di dapur. 

Lega banyak bila ada pokok pandan. Meskipun pakai hanya sehelai dua dalam masakan tetapi sangat berbaloi bila ada tanam di rumah. Setiap kali nak ambil daun ini pasti saya teringatkan sahabat yang beri pokok ini. Barakallahu fik Kak Suzani ❤️


Onde-onde gula melaka

Bahan 

Setengah peket tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
6 helai daun pandan 
Gula melaka dipotong dadu saiz kecil
Setengah biji kelapa parut digaul dengan sedikit garam
Air secukupnya

Cara 

1. Kisar 5 helai daun pandan dengan air secukupnya untuk dapatkan warna hijau asli pandan. Tapis.


2. Adunan tepung pulut dan tepung beras saya gunakan nisbah 4 : 1 (4 sudu tepung pulut dan 1 sudu tepung beras). Fungsi tepung beras ialah melembutkan adunan.

3. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan tidak melekat.

4. Cubit adunan, gentel bulat dan tekan kuat sedikit di tengah menjadikannya seperti bentuk piring.

5. Masukkan gula melaka dan gentel tepung hingga bulat seperti bola.

Haha.. comel sangat gula melaka ni. 

6. Didihkan air bersama sehelai daun pandan yang disimpul (nak beri bau harum). Masukkan semua bebola tepung tadi.

7. Tunggu ia timbul dan angkat dengan tapis. Golekkan dalam kelapa parut.

8. Siap dihidang.


Ianya mudah. Tetapi saya mengambil masa kerana memberi tunjuk ajar kepada anak sulung. Semoga kakak dapat belajar kemahiran ini sebaiknya. 

Mana tahu ada gudang pahala yang dapat kakak buat dengan kemahiran memasak yang asas seperti ini. Nanti ajar adik-adik pula. Insya Allah.

Aina Dayana Hilmi,
Merenung masa yang berbaki. Tidak tahu bila dipanggil pulang.

Jumaat, 17 April 2020

Pengat Pisang Nipah

Alhamdulillah sehari dua ini rasa semakin sihat. Jadi bolehlah fokus kepada masak-memasak. Saya bukan orang yang mahir tetapi jika cukup bahan dan kuat semangatnya, saya usahakan sebaiknya insya Allah🀭

Pisang nipah

Minggu ini memang "tema" pisang sahaja. Banyak pisang nipah di rumah. Asyik goreng sahaja, tekak orang rumah nakkan kelainan juga, kan? Mak mertua pun menyebut mahu makan pengat.

Makanya, menantu yang ini pun dok Google resipi πŸ˜‚ Alhamdulillah syukur kejadian dan hasilnya sedap. Tak cukup pula tuπŸ˜… Semalam buat, hari ini pun saya buat lagi. 

Pengat pisang



Bahan :

Sesikat pisang nipah
2 helai daun pandan
2 buku gula melaka
Sedikit gula pasir (saya masukkan 2 sudu gula organik)
Air secukupnya
Biji sagu (Saya guna 5 sudu. Tapi lihat kepekatan kuah anda)
Sedikit garam
1 cawan santan segar (lebih kurang 250ml atau sekotak santan)

Cara

1. Didihkan air, daun pandan dan gula melaka sampai gula larut.



2. Masukkan santan dan pisang yang telah dipotong kecil. Kacau sebati.



3. Masukkan sedikit garam.

4. Masukkan biji sagu (Saya masak asing untuk cepatkan proses memasak pengat). Kacau sebentar hingga mendidih. Tutup api.


5. Siap untuk dihidangkan.

Terima kasih Allah kerana izinkan kejadian elok. Rezeki juga ada pisang banyak minggu ini.

Aina Dayana Hilmi,
Practice makes perfect πŸ‘Œ

Khamis, 16 April 2020

Daging Tetel masak asam pedas Noxxa

Pinjam template dari web saya lagi satu 🀭 


Orang Melaka memang dikenali dengan masakan Asam Pedas Tetel ini. Sungguhpun saya bukan penggemarnya sebelum ini, tetapi selepas berkahwin nampaknya ini adalah masakan yang wajib dipelajari sebab orang tua-tua dalam keluarga favourite betul makan ni. Tambah lagi kalau ada tetamu datang dari luar Melaka, inilah juga menu wajib disediakan selain asam pedas Melaka.

Hikmah PKP, selepas 10 tahun kahwin, baru saya berani masak sendiri 🀧 Selama ini sama ada mak yang masak atau saya beli sahaja di kedai πŸ˜† 

Mak siap tuliskan pada kertas dan hantar melalui WhatsApp! Terima kasih emak 😍


Saya dalam bab memasak, kadang ikut resipi betul. Kadang main belasah je ikut gerak hati sendiri. Hehe. Kali ini saya masak menggunakan Noxxa pressure cooker. Hanya 40 minit dengan fungsi High Pressure.

Bahan

🧑500g daging tetel dan lemak (rebus empuk)

🧑Bahan kisar :
- 2 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup / serbuk kunyit
- 1 inci belacan (saya tak pakai)

🧑Pes :
- 1 senduk cili mesin / lada boh (ikut suka, nak pekat / pedas boleh tambah lagi)
- 1 sudu serbuk jintan manis
- 1 sudu serbuk ketumbar
- 1 sudu serbuk lada sulah

🧑 1 sudu kerisik
🧑5 helai daun limau
🧑 2-3 batang serai (diketuk)
🧑 Garam, gula, air asam jawa
🧑 Minyak untuk menumis
🧑 Halba, 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
🧑 1/2 labu bawang besar yang dihiris
🧑 Tomato, bendi, kentang


Cara :

πŸ”΅ Saya on butang Stir-fry, masukkan minyak masak dan mula menumis. 
πŸ”΅Tumis halba, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bawang besar yang dihiris sampai naik bau.
πŸ”΅Masukkan  bahan yang dikisar.
πŸ”΅ Masukkan serai dan pes. Tumis hingga pecah minyak. {Saya tak buat pes. Hanya guna 3 sudu serbuk kari daging dan 1 senduk lada boh)
πŸ”΅Masukkan daging tetel, air mencukupi, sedikit air asam jawa, kerisek, daun limau, garam, gula.
πŸ”΅ Saya off butang Stir-Fry, tutup penutup Noxxa. Tekan butang High Pressure. Set kepada 40 minit (tekan butang sekali je sampai nombor bergerak ke 40). Tekan on.

Siap.

Alhamdulillah semua dapat rasa. Hantar ke rumah mak dan mertua sekali. Last, saya dapat merasa ni je πŸ˜†



Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi,
Banyak hikmah #StayAtHome.
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015