Memaparkan catatan dengan label 0 - 2 tahun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 0 - 2 tahun. Papar semua catatan

Rabu, 18 September 2024

Modul Huruf Hijaiyahku

Tahun ini ada beberapa orang anak kecil mendaftar masuk kelas mengaji kami. Umur baru 3 dan 4 tahun. Tersedar yang anak bongsu pun menghampiri 3 tahun, saya perlu mulakan semula pengenalan huruf hijaiyah dan mengajar anak al-Quran. 

Modul ini dibina mengikut tahap anak-anak kami. Jika ada kebaikan, jemput gunakannya.

Ia terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian 1 untuk kolaj dan bahagian 2 untuk aktiviti pengayaan. Antara isi kandungan modul :






Boleh dapatkan di sini. Hanya untuk kegunaan peribadi sahaja ya bukan untuk jualan. Doakan kami sekeluarga.

https://shorturl.at/Fm2WT 

Aina Dayana Hilmi

Blog Fitrah Homeschooling

Melaka

31 Ogos 2024

Selasa, 31 Januari 2023

Aieesyah buat apa hari ini

Dalam kesibukan umi abi mengejar masa menyiapkan tugasan sekolah, ada anak-anak riang ribena yang hoora hooreyy bermain di halaman rumah terutamanya si bongsu.

Aieesyah Buat Apa Hari Ini?


Pantang pintu terbuka terus laju menuju halaman rumah. Laman hadapan memang bersimen sejak dahulu memudahkan aktiviti, maka seronoklah dia berjalan ke sana sini. Adakala sampai menuruni bukit! Memang bahaya sebab jalan kampung sibuk dengan kenderaan lalu-lalang. Allah, berderau darah.

Dalam tak sedar, dia boleh bermain rumput dan makan batu dan pasir yang ada. Tahu-tahu mulut sudah comot dengan kesan pasir. Huhu. Ini nak lawan Aman agaknya. Aman semasa kecil suka sangat makan habuk kayu. Pernah dia duduk di depan pokok di rumah nek ummi, makan sampai licin habuk kayu pada batang pokok bunga tu. Huwaa..

Bila diletak di dalam rumah, jadi Dora The Explorer pula. Habis diselongkar tisu dalam bilik abang, keluarkan buku dari rak, memanjat katil dua tingkat kakak dan makan susu pekat manis di dapur. Sudah pasti dia memanjat kerusi dan mengambil bekas tin susu di situ. Ya rabbi anak ini.

Sebenarnya Aieesyah, Ahla dan Aman tak sihat seminggu ini. Tapi aktifnya ya ampun. Haha. Sudah dua kali ke klinik. Hari ni kerana mata mereka semua mengeluarkan tahi mata yang banyak. Orang tua dulu-dulu kata panas dalam. Tapi doktor khabarkan ini ialah sakit mata tapi tidak serius. Mata mereka masih putih dan tiada timbul kemerahan. Diberi ubat titik dan paracetamol. Harapnya semua sihat segeralah. 

Umi abi tak dapat nak cuti. Kami pun cuti sakit.
Doakan kami sekeluarga ya. Semoga urusan kalian juga dipermudah.

Aina Dayana Hilmi,
31 Januari 2023.

Rabu, 27 Julai 2022

Jigsaw puzzle

Selagi ada anak kecil, selagi itulah syok buat ini. Sebenarnya kali terakhir sibuk buat aktiviti ini ialah 5-6 tahun lepas agaknya. Selepas itu hanya guna apa yang ada. Kini, saya kira sudah tiba masanya buat yang baharu.

Mula sedikit demi sedikit. Usia pun dah hampir 40, tak daya sangat macam dulu-dulu. Semangat mungkin ada, kudrat sahaja kurang. Hee.. ku syok je tengok ibu-ibu muda sekarang buat aktiviti dengan anak-anak. 





Lama tak jenguk blog. Syukur juga pernah mencatat di sini. Bolehlah throwback balik bila nak buat aktiviti dengan si kecil ini. Allah's will, dah enam dah anak saya (plus one in heaven. Total : 7). Macam ada dua group. Satu group anak-anak yang dah bersekolah, satu group lagi masih duduk di rumah.




Menghargai masa dan usia, semoga ia terisi dengan perkara bermanfaat. Dalam usaha berterusan mengajar adab dan skill memasak pada anak-anak. Biar mereka pandai berdikari bila saya tiada. Doakan kami ya.

Jumaat, 22 Mac 2019

Ruam Lampin dan Cara Mengatasi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 


Kulit bayi halus dan lembut. Oleh itu, penggunaan lampin pakai buang haruslah kerap. Kebiasaannya antara 5 ke 8 kali dalam sehari.

Punca ruam lampin

Lampin yang tidak ditukar dalam jangka masa lama akan menyebabkan kulit bayi alah dengan bahan ammonia di dalam air kencing.

Boleh jadi bayi menggaru kerana gatal dan bertindak balas terhadap lampin yang baru dipakai. Sama ada kurang sesuai dengannya menyebabkan bayi tidak selesa.

Ibu ayah harus pertimbangkan juga kesan pemakanan, penggunaan mandian bayi, pengambilan antibiotik atau ubatan lain serta pemakaian lampin yang terlalu ketat.

Kulit bayi akan kemerahan, sensitif dan kadang-kadang timbul bintik-bintik di celah kemaluan, peha dan punggung.

Cara mengatasi

» Pastikan lampin ditukar kerap.
» Disyorkan membasuh punggung bayi dengan air bersih (boleh gunakan spray), tisu pelembap (pastikan baca kandungannya dahulu) atau sabun yang selamat untuk bayi.
» Lap dengan kain bersih, biarkan bayi seketika tanpa lampin untuk keringkan kulitnya dan beri udara segar.
» Sapu krim yang dicadangkan oleh doktor jika teruk.
» Jangan pakai lampin terlalu ketat.

Semoga bayi anda ceria dan sihat selalu.

Aina Dayana Hilmi
www.wasap.my/60133613516
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 15 Mac 2019

5 Tip Potong Kuku Bayi


Alhamdulillah, bertemu hari Jumaat - penghulu segala hari. Hari ini ada banyak sunnah yang boleh dibuat, kan? Antaranya memotong kuku.

Bagi ibu ayah yang pertama kali ada baby, perasan tak kadang-kadang kuku baby cepat panjang? Timbul pula perasaan cuak nak memotong kuku baby kan? ;)

Jari halus, mungil ini sentiasa sahaja bergerak-gerak bila kita nak potong. Huhu. Seram pula jika terketip isinya.

Tak adalah peraturan khusus bila boleh potong kuku baby. Hanya bila kita nampak muka baby dah mula calar terkena kukunya barulah sebahagian kita ambil keputusam merapilan kuku baby :-)

Ok, tip biasa dari ummi :

» pilih ketip kuku yang sesuai untuk bayi
» potong selepas bayi mandi
» potong kuku tangan lebih kurang seminggu sekali dan kuku kaki sebulan sekali

Panduan Memotong Kuku Bayi

1. Sentuh jari bayi supaya menimbulkan keselesaan pada bayi dan moodnya dalam keadaan baik.

2. Waktu yang sesuai.
Masa yang dipilih ialah selepas mandi sebab waktu ini kukunya masih lembut. Hati-hati memotong.

3. Potong kuku.
Ikut sunnah. Mulakan memotong dari kanak membawa ke kiri. Ketika potong, pegang tangan bayi, arahkan jemari tangannya ke hadapan untuk mengelak daripada terkena ketip kuku atau gunting.

Tahan perlahan buku jarinya agar kukunya mengarah ke atas.

4. Gunting
Gunakan yang tajam dan mempunyai hujung yang bundar serta selesa apabila digunakan. Jangan potong terlalu dekat dengan isi jari baby bimbang tercedera.

5. Basuh atau lap tangan dan kaki.
Gunakan air bersih untuk hilangkan kekotoran.

Disesuaikan dari Majalah PaMa Bulan Januari 2019.

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 26 November 2018

Cuti sekolah bermula


Installment group ini paling berbaloi saya rasa ;) Asalnya mahu main 5 orang. Saat akhir dapat 6 orang. 




Selepas 2 minggu menunggu pihak kurier hantar barang, alhamdulillah petang ini baru terima. Terima kasih pihak KTMD. Terbaik!

Petang tadi misi mengurangkan gajet, beri anak-anak ini membaca.



Rupanya Button Nail tu BEST! Ralitnya anak-anak main. Mujur tiada adegan berebut menangis-nangis. Hee. Saiznya BESAR sesuai amat dengan anak kecil 2 tahun ke atas. 



Anak belajar ambil giliran, sabar menunggu, mengecam warna dan memasukkan butang ke dalam lubang dengan betul. Seronok!

Tapi saya rasa kena pantau. Bimbang dibaling-baling butang itu. Haha.

Antara set yang dibeli ini :


Button Nail 10 template dengan 46 biji butang berwarna

Siri Seronoknya Membaca Set 2


Cuti sekolah yang happening kali ini.

Ahad, 18 November 2018

Anak dan perkembangan bahasa.


17 November 2018.

Ummi baru teringat nak senaraikan perkataan yang Abdurrahman 'Arefee boleh sebutkan. 

Kenapa nak senaraikan?

Sebab dalam semua anak ummi, ummi rasa si kecil inilah yang baru nak bercakap dengan betul di usia sudah melebihi 2 tahun.

2 hari ini nampak ringan mulut mengikut apa yang orang kata. Alhamdulillah gembira dengan perkembangan positif ini.

Nak 
Kakak
Allah
Adoi (aduh)
Amma' (Asma')
Abang
Abi
Mmi (ummi)
Atok
Nyang (Nek Nyang)
Cu (Mak Su, Pak Su)
Ku (buku)
Aju (baju)
Ce (baca)
Anak (tak nak)
Leh (Soleh)
Wais (Uwais)
Makan
Air
Ain (main)
Kok kok (ayam)
Moo (lembu)
Yaw (kucing)
De (kuda)
Te (kereta)
Tu
Ampu (lampu)
Aji (mengaji)
Pok (keropok)
Buka
Cu aaa (Nak susulah)
Bam (balm)

Ada lagi yang belum masuk senarai. Abi kata ummi kena banyak bercakap ni dengan adik. Ya kan. Insya Allah.

Sumber gambar : Telegram Let's Talk, Mommies!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 2 November 2018

Hari lahir si kecil



31 Oktober lepas ialah hari lahir anak keempat saya. Sudah 2 tahun umurnya. Dan dua tahun sebulan juga saya sudah kembali ke rumah (sebab dapat cuti sakit hampir sebulan sebelum bersalin).

Pada usia ini, dia baru nak mula bercakap. Baru nak dengar butir, orang kata. Tetapi sudah beberapa waktu menunjukkan minat terhadap buku selain sudah ikut pergerakan solat, alert dengan azan, selalu "menyanyi" doa khatam Quran, membaca "dengan bahasanya" Surah Ar-Rahman dan Al-Mulk.


Sesekali pandai berlakon dan buat lawak. Kalau bab lawak, abang ngah lebih juara lagi. Haha. Sejak kecil banyak aksi kelakar. Anak yang keempat ini lebih banyak memerhati.


Tiada sambutan hari lahir, tetapi adik-beradik pakat beri hadiah buku buat si kecil ini. Sebuah buku board book bertajuk Animal Snap. Ada kad kecil yang boleh dibuat main. Habis semua orang ditunjukkan buku itu - minta dibacakan.


Nampaknya sudah ada buku kegemaran yang baru buatnya :-)

Abdurrahman 'Arefee, moga jadi anak dan hamba Allah yang SOLEH. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 20 Oktober 2018

Buku 8 : Colours


#10HariKembaraBukuBergambar


Buku bergambar. Jadi kegemaran anak-anak. Buku seperti ini boleh jadi modal berbual dengan anak-anak. Terutama anak kecil berusia 3 tahun ke bawah.


Ha, ada sikatlah dik.
Adik kan suka sikat rambut. 
Cuba tunjuk ummi mana sikat?


Wah, merahnya strawberry! Siapa cipta buah ni, adik?
Allah.
Masya Allah, betul!


Tengok ni, ada Si Katak Hijaulah. Macam mana katak bergerak?
Yaaa, katak melompat toing..toing..kan?



Yummy..yummy,,sedapnya nampak buah ni.
Warna kuning dia menyerlah, dik!
Agak-agak buah apa ni?

Pisang.

Tepat sekali!

Ummi rasa macam ummi ni teruja sahaja lebih. Haha, anak kecil ini tersengih sahaja lihat lagak ummi bercerita. Apa-apa sahajalah nak. Asalkan anak suka dengan buku. Hihi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 8 September 2018

Ulasan buku : Where Is Your Honey Pot, Bear?


Buku bergambar yang cantik ini saya beli di Big Bad Wolf 2 tahun lepas melalui personal shopper, Kak Nazrah.

Buku ini memang comel dengan material kertas yang agak keras. Ilustrasi yang 'simple' tapi anak-anak sangat faham dengan jalan cerita tanpa melihat teks.

Selepas ini mungkin boleh camkan nama penulis / pelukis buku ini bila ke bahagian Picture Book di BBW. Jom tengok :

Kulit hadapan buku





Bacakan anak buku dengan intonasi yang pelbagai. Insya Allah anak tertarik untuk mendengar kita bercerita.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 5 Ogos 2018

Ulasan buku anak : Words


Buku ini saya temui di barisan rak buku bahasa Inggeris di Perpustakaan Kanak-kanak. Dahulu, saya selalu tinjau rak itu kerana banyak menempatkan koleksi khas perpustakaan. Biasanya buku cerita lama zaman saya kanak-kanak dahulu ada. Tapi kini sukar mencari koleksi sebegitu kerana telah diganti dengan big book dan buku Enid Blyton edisi terkini.

Saya pinjam buku Word ini kerana unik. 1 gambar, 1 perkataan. Kadang-kadang 1 perkataan ada banyak makna. Kita boleh tahu melalui lukisan pada muka surat tersebut.








Kami sangat "enjoy" baca buku ini. Tapi, tak lama lagi perlu pulangkan. Sedih. Ada rezeki boleh cari dan beli buku ini.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 18 Mei 2018

Memberi


Suatu hari, saya hampir terlelap di dalam bilik apabila terdengar pintu bilik dibuka kuat. Pang! Daun pintu terlanggar dinding.

Tapi mata masih tak dapat dibuka. Mengantuk punya pasal.

"A ..a.... A... Nah..nah.."

Dalam kepayahan, saya bagai terdengar orang memanggil dan cuba membuka mata.

Satu tangan kecil sedang menghulur roti ke mulut saya. "Ya Allah adik, masya Allah."

Bagaimana tidak terharu. Si kecil ini datang berkongsi makanan yang diperolehinya di dapur. Subhanallah. Jauh juga dari dapur ke bilik tidur untuk anak kecil seusia 18 bulan ini berjalan.

Ya Allah, saya belajar sesuatu hari ini.

Jangan pernah berkira berbuat kebaikan dengan orang lain.

Jangan kedekut berkongsi rezeki dengan yang lain.

Terima kasih anak kusayang, pelajaran berharga buat ummi.


Salam ramadan kedua. Moga hari ini lebih baik dari semalam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 5 Mac 2018

Melayan si kecil


* Kemaskini pada 16 April 2021, buku ini sudah ada stok. Jom order. RM55 termasuk pos Semenanjung atau RM63 termasuk pos Sabah Sarawak! Klik link di bawah ya.*
 😊*

Sesekali melayan si kecil membaca buku. Akhir-akhir ini baru nampak minatnya kepada buku.







Buku Siri Sayang Nabi memang jadi kegemaran untuk dibelek. Buku ini jika kehabisan stok tidak akan dicetak lagi. Mungkin penerbit Ana Muslim mahu fokus kepada produk lain.

Sayang, kan? Buku bagus sudah tidak dapat dicetak lagi. Untunglah siapa yang dah ada. Yang belum ada, elok grab sekarang.




Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk AnakInstagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015