Ahad, 1 Oktober 2017

Buku cerita bahasa Arab : اين dan في


Minggu lalu, saya membuka kembali buku Lughatul Jannah buku 3 dan mahu mengulangkaji bersama anak-anak. Namun nampaknya saya perlu buat aktiviti lain yang menyeronokkan. Alhamdulillah, Allah beri ilham untuk buat buku cerita. Lalu, saya lakarkan idea dan lukiskan mengikut kemampuan.

Cadangnya mahu buat 2 buah buku tetapi buat masa sekarang saya dapat buat sebuah sahaja.

Cuma, nak mewarna memang saya ambil masa. Saya suka mewarna dengan krayon tetapi ia memerlukan fokus saya. Yelah, terkial-kial lagi nak mewarna ;) Akhirnya surrender dan minta tolong anak warnakan 3 keping lukisan.

Aduh, panjangnya membebel. Baik, ini antara isi kandungan buku ini. Saya buat 8 dialog dan 8 lukisan. Kesemua kalimah arab ini telah dipelajari oleh anak-anak saya. Jadi saya gunapakai untuk buku cerita ini bagi mengukuhkan penggunaannya.



Saya hanya lukis atas kertas A4 yang tebalnya 70gsm. Maka untuk mengekalkan buku ini, saya laminate sahaja. Nanti bila-bila saya letakkan hasil akhir. Insya Allah :)

8 dialog itu ialah :

اَيْنَ اَبٌ؟
هُوَ فِي الْمَدْرَسَةِ

اَيْنَ امي؟
هِيَ فِي الْمَطْبَخِ

اَيْنَ جَدٌّ؟
هُوَ فِي الْمَسْجِدِ

اَيْنَ جَدَّةٌ؟
هِيَ فِي الْبَيْتِ

اَيْنَ اُخْتٌ؟
هِيَ فِي الْحَمَّامِ

اَيْنَ عَيْشَة؟
هِيَ فِي الْغُرْفَةٌ الْضُّيُوْفِ

اَيْنَ مُعَلِّمٌ؟
هُوَ فِي الْفَصْلِ

اَيْنَ الْمُعَلِّمَةٌ؟
هِيَ فِي الْمَلْعَبِ

Maksudnya :

Di mana abi?
Dia di sekolah.

Di mana ummi?
Dia di dapur.

Di mana datuk?
Dia (datuk) di masjid.

Di mana nenek?
Dia di rumah.

Di mana kakak?
Dia di bilik air.

Di mana Aisyah?
Dia di ruang tamu.

Di mana guru lelaki?
Dia di kelas.

Di mana guru perempuan?
Dia di padang.

Semoga bermanfaat.

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015