Selasa, 10 Oktober 2017

Meminjam e-book dari web PNM


Suatu hari, seorang rakan (Pn Tuan Suhaini) menghantar iklan tentang peminjaman e-buku dari web Perpustakaan Negara Malaysia. Sebelum ini pernah buka tetapi pilihan yang menarik sangat terhad. Entah kenapa, kali ini buka lagi sekali dan meluangkan masa melihat dengan lebih lanjut.

Alhamdulillah! Banyak betul buku yang menarik dan boleh dipinjam. Sistem pinjamannya menggunakan kaedah automatic returnyang mana sangat bagus untuk saya yang pelupa ini. Tambah lagi apabila buku yang dipinjam itu sangat menarik, sayang pula nak pulangkan. Haha..

Buat rakan-rakan yang mahu tahu kaedah peminjaman di web ini, bolehlah merujuk kepada entri Pn Aishah Hashimee di sini (Sila klik ya) : 

Cara Pinjam E-book PERCUMA di Web Perpustakaan Negara Malaysia


Pn Aishah Hashimee juga antara orang yang mula-mula sekali berkongsi berkenaan homeschooling anak-anaknya semasa kecil dan menghafaz al-Quran sejak kecil. Bolehlah berkunjung ke blognya ya.

e-Book yang kami pinjam

Sudah lebih 5 kali saya meminjam e-book di sini. Kebiasaannya saya meminjam buku santai dan kanak-kanak. Bolehhlah saya bercerita dengan anak-anak sebelum mereka tidur tengah hari atau semasa bermusafir di dalam kereta.

Subhanallah, kebanyakan ilustrasi buku cerita ini sangat menarik sehinggakan saya rasa mahu dapatkan versi fizikal yang boleh dipegang dan disimpan. Insya Allah.

Antara tajuk yang pernah kami pinjam :



1. Kampung Aman 

- tidak tahu siapa penulis dan penerbitnya tetapi buku ini ada sedikit animasi. Ada beberapa muka surat yang mempunyai animasi bergerak dan interaktif. Paling disukai anak-anak kerana mereka boleh bermain jenis pakaian dan jigsaw puzzle di bahagian akhir cerita.

- Ia mengisahkan tentang Kampung Aman yang bahagia dan penduduknya sentiasa bantu-membantu di antara satu sama lain dan anak-anak yang sihat dan rajin belajar. Namun, ada pihak jahat yang mengganggu ketenteraman kampung dengan menyebarkan virus malas dan pengotor. Apabila mereka dijangkiti dengan virus ini, ada sebahagian penduduk yang menyedari dan berusaha memerangi pihak ini. Alhamdulillah, kisah ini happy ending. Dan ia memberi kesan kepada anak-anak saya iaitu lebih peka dengan kebersihan dan rajin belajar.

2. Aku Tiung Mas

- Sebuah antologi cerpen dan puisi untuk kanak-kanak. Saya pinjam kerana logo Pengkarya Guru yang ada pada muka buku ;) Pengkarya Guru 2012, kumpulan yang bersama-sama kami berkursus selama 3 bulan dahulu. Seronok membaca hasil tulisan mereka.

- Buku ini untuk sasaran pembaca murid sekolah rendah dan pembaca mahir kerana susunan ayat yang lebih panjang dan kompleks. Dan anak saya suka membacanya. Cuma saya perlu dapatkan versi fizikal (insya Allah) kerana anak gemar dengan cerita dan ilustrasi dalam buku ini.



3. Planet Biru

- Saya yang teruja meminjam e-buku ini sebenarnya. Sebab buku Ummi Shahbatun yang kami ada semuanya dalam bahasa Inggeris (Siri Obeys Allah, Look Mummy! Look Daddy! Series dan The Signs of Allah's Might).

- Buku ini ayatnya lebih panjang dan kompleks. Menerangkan tentang kitar air di bumi dan penulis bijak mengaitkan dengan kekuasaan Allah.

- Ilustrasinya yang menarik membuatkan saya boleh bercerita dengan anak tanpa bergantung sepenuhnya dengan teks. Alhamdulillah.



4. Usaha Burung Pipit dan cerita-cerita lain

- Saya suka buku ini. Gaya bahasanya menarik. Penceritaan semula sirah Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wasallam.






5. Aboi Dikejar Angsa

- Terpegun dengan latar lukisan dalam buku ini. Saya belek semula nama penulis dan pelukis. Wah, seorang perempuan. Cikgu Kamariah. Sekali lagi, buku ini dipinjam kerana tertarik dengan lambang Pengkarya Guru di kulit e-bukunya ;) Terbitan Cerdik Publication.

Menarik tau hasil karya cikgu-cikgu kita. Lepas ini jika nampak lambang Pengkarya Guru silalah beli dan baca ya ;)

 Aboi Dikejar Angsa mengisahkan seorang anak lelaki yang terpaksa tinggal bersama datuknya di kampung kerana ibu bapanya terpaksa ke luar negara atas urusan kerjaya.
 Aboi, anak bandar yang kebosanan di kampung kerana tiada talian internet dan akses yang terhad terhadap penggunaan gajet.

Suatu hari, Aboi mengambil keputusan duduk di luar rumah datuknya. Bermula dengan niat mengusik sekumpulan angsa (dia baling batu pada seekor angsa, tak baik tau, jangan tiru), maka angsa-angsa yang marah itu bertindak mengejar Aboi. 

Aha, puas Aboi berlari. Sempat pula Aboi masuk sungai dan mandi, berkubang dengan kerbau, panjat pokok jambu air, makan jambu air dan mengusik angsa lagi sehingga datuknya akhirnya membantu menghalau angsa-angsa itu 😉

Secara tidak langsung, Aboi dapat merasai suasana dan melihat pemandangan kampung yang cantik dan damai.





6. Ambun

Another lovely children e-book published by Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Ambau by Jainal Amambing. Awarded as First Prize Children's Picture Book Contest 2012.
Anak-anak teruja mendengar cerita ini. Lupa sekejap tekanan berada dalam kesesakan lalu lintas di Jalan Duta tadi.
Lukisannya juga masya Allah, terpikat melihatnya.
Bahasanya juga sesuai amat untuk anak-anak. Kisah Uku dan haiwan kesayangannya, seekor kerbau bernama Ambau.
Dijaga dengan baik, jinak dan rajin membantu Uku mengerjakan sawah dan membawa buah-buahan.
Suatu hari selepas membawa Ambau mandi di sungai, Ambau digigit lintah dan menjadi lemah keesokannya. Uku menjaga Ambau sehingga Ambau kembali sihat dan segar.

===============================

Demikianlah sedikit-sebanyak tentang e-buku kanak-kanak yang pernah kami pinjam.

Selamat membaca!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015