Berniaga adalah sunnah Nabi. Ada banyak perkara yang mengajar kita apabila kita menceburi bidang ini. Ia bukan sekadar mencari pelanggan dan menjual barangan, tetapi ia harus disertai dengan niat kerana Allah diiringi niat membangunkan ummah.
Buat kerja bukan secara semborono sahaja, tetapi perlu ada arah tuju dan panduan supaya kita lebih tersusun dan efektif dalam pengurusan dan menyampaikan maklumat.
Jazakillahu khaira Dr Anayasmin Azmi kerana telah menganjurkan kelas atas talian bagi ejen-ejen Aulad Read & Play. Bagi orang baru seperti saya, tip dan ilmu yang dikongsikan bermanfaat bagi menyusun langkah untuk lebih berjaya.
‘A journey of a thousand miles begins with a single step’.
Asasnya ialah :
1.Sentiasa bersyukur kerana Allah akan selalu menambah nikmat orang yang bersyukur (Surah Ibrahim : Ayat 7).
2.Banyakkan MEMBERI, insya Allah lebih tenang.
3.Bijak menggunakan semua medium yang ada dan menyusun ‘content’ supaya mesej lebih sampai kepada audien.
4.Membina kredibiliti supaya orang lebih percaya. Dengan ini kita dapat menyampaikan sesuatu dengan lebih baik.
5.Paling utama, ialah sifat SABAR dan KONSISTEN.
Teringat kepada pepatah Arab :
“Man jadda wa jadda” yang bermaksud “Siapa rajin usaha, dia dapat.”
Barakallahufik Dr atas perkongsian dan semoga tidak jemu membimbing kami. Terima kasih.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan