Dua, tiga hari ini saya cuba luangkan lebih masa untuk membacakan anak buku. Mereka nampak sedikit stres. Read aloud session seringkali dipilih kerana ia melibatkan semua orang dan waktu ini anak lebih relax dan banyak berinteraksi.
Kami memilih untuk membaca buku Saya Sayang Malaikat. Sebenarnya buku ini didatangkan dalam bentuk set. Tapi kotaknya pun dah tiada. Entah kenapa minat sangat mereka dengan kotak-kotak ni. Pantang jumpa ;)
|
Kulit hadapan buku |
|
Ada panduan bercerita untuk ibu bapa |
|
Permulaan cerita |
|
Ayat yang mudah. Mesej terus sampai kepada anak-anak. |
|
Penerangan tugas malaikat Jibril |
|
Mendorong anak berbuat baik |
|
Ada soalan kefahaman untuk anak imbas kembali apa yang dibaca |
Oh, selepas baca helai demi helai, rasa best pula buku ni. Disebabkan masa ada sedikit lagi sebelum mereka tidur, kami menonton lagu 10 Malaikat yang dinyanyikan oleh kumpulam Raihan. Kemudian masing-masing terus tertidur keletihan kerana separuh hari berada di luar rumah.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan