Khamis, 12 Oktober 2017

Memulakan dakwah...


Kuliah maghrib hari ini dimulakan dengan lontaran soalan oleh ustaz :

Bila sepatutnya kita perlu beramal?
Jawapannya : Sekarang!

Siapa sepatutnya memikul tugas dakwah?
Jawapannya : Saya! Dan bukan menuding jari kepada orang lain.

Beratkah tuan-tuan sekalian?
Ya. Kerana kerja dakwah ini ialah kerja Nabi Sollallahu Alaihi Wasallam.

Jika tidak, pasti Nabi tidak dibenci.
Jika tidak, pasti Nabi tidak menerima ugutan bunuh.

Fuh, berpeluh mendengarnya....

Sambung ustaz lagi, bagaimana memulakan dakwah? Mulakan dengan diri sendiri dan ahli keluarga. Perkara asas lagi penting ialah mengajak anak menunaikan solat. 

Seawal 7 tahun lagi, berilah nasihat dan ajaklah anak menunaikan solat. Bangun pagi, kejut anak tunaikan Solat Subuh. Meskipun anak masih kecil dan mengantuk, tidak mengapa. Angkatlah anak itu bawa ke masjid. 

Letak dia bersama kita semasa solat. Lama-kelamaan insya Allah dia akan biasa dan mula bersolat. Ini juga amalan para alim ulama dalam mendidik anak-anak mereka. Mudah-mudahan anak akan terdidik dengan menjadikan solat sebagai perkara utama dalam diri mereka.



Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015