* Gambar : koleksi peribadi
Cuaca panas sekarang ini. Jika ada hari nampak redup, saya suka menjengah ke luar rumah. Nyaman sahaja rasanya. Tapi hujan masih belum menunjukkan tanda mahu turun.
Sesekali bercerita dan mentadabbur al-Quran bersama-sama anak memang seronok.
Teringat buku cerita anak yang bertemakan hujan. Kami capai buku Safeeya and Kitty Playing in The Rain karya Dr Anayasmin Azmi. Buku berbahasa Inggeris ini bersaiz A4 dan tulisannya agak besar.
Kali pertama, saya bacakan dalam bahasa Inggeris. Kali kedua, saya ulang baca dalam bahasa Melayu. Layan sahajalah permintaan anak-anak. Ketika mahu bercerita saya memang teringat gaya bercerita Pn Hazi dan Pn Siti Zubaidah Md Nasir ketika program Quranic Homeschooling pada bulan Ogos lalu. Mereka berdua ada bakat bercerita. Kami yang mendengar pun sangat tertarik.
Baik, apabila tiba pada ayat Quran tentang kejadian hujan, saya minta anak-anak cari di dalam al-Quran. Alhamdulillah, mereka bergilir-gilir membacakan surah An-Nahl ayat 64 - 65.
Allah Maha Baik mencampakkan minat anak-anak mendengar cerita kanak-kanak Safeeya and Kitty Playing In The Rain ini dan minat membaca al-Quran.
Saya mengulas sedikit tentang ayat di atas dan sama-sama mengajak anak bermuhasabah. Kita harus insafi kejadian diri sebagai makhluk yang lemah. Hanya Allah berkuasa menjadikan hujan, awan, air sungai dan seluruh alam. Anak-anak turut semangat apabila diceritakan bagaimana Allah menjadikan hujan berserta kitarnya.
Selepas bercerita, mereka mahu aktiviti mewarna. Alhamdulillah, saya gunakan helaian aktiviti yang diperolehi daripada Mama Q satu masa dahulu (percuma bagi sesiapa yang membeli buku 50+ Aktiviti Seronok Belajar Di Rumah).
Di sini saya nak kongsikan beberapa lagi idea yang boleh dibuat berdasarkan buku Safeeya and Kitty Playing in The Rain :
1) Perhatikan hujan bersama-sama anak (observe - salah satu ciri ulul albab - orang yang berfikir)🌟 Main hujan pun best! Hands-on activity 😉
2) Perhatikan --- hujan turun dari langit. Menakjubkan.
3) Buat eksperimen mencipta hujan. Aha, nantikan terbitan buku terbaru Dr Ana ni ya! TUNGGU PENGUMUMANNYA
#ejenAuladReadPlay
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan