Khamis, 19 Oktober 2017

Menunaikan umrah.. satu cita-cita..


Pagi ini kami menziarahi kakak suami yang akan berangkat menunaikan umrah bersama suami dan salah seorang anaknya. Entah kenapa, timbul sebak dalam diri. 'Ya Allah, bilakah tiba giliran daku?.'

Dua hari lalu, apabila suami memaklumkan akan ke sana juga pada bulan hadapan, anak nombor dua sudah bertanya, "Abang Ngah nak ikut abi, boleh?" Allahu akbar. Mahu menangis rasanya.

Semasa di rumah kakak, dalam sibuk membuat persiapan terakhir, mereka suami isteri masih sempat menyantuni para tetamu yang datang berziarah.

Suami memutuskan untuk mengiringi kakak sehingga ke hentian Rehat dan Rawat Ayer Keroh kerana kami membantu membawakan beg mereka.

Dalam perjalanan di lebuh raya, anak-anak bertanya lagi :"Bila kita nak pergi Mekah?"

Allahu anak, tidak sedar air mata ummi bertakung. Lalu saya katakan, jom kita doa Ya Allah, murahkanlah rezeki ummi abi dan kami semua untuk bertamu ke rumah-Mu. Berilah kami peluang menunaikan umrah dan haji di sana. Ya Allah, perkenankanlah dan ampunilah kami. Amin..amin..amin..

Doa oramg musafir kan mustajab. Insya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak

Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015