Selasa, 18 Ogos 2015

Tip kawal marah




The Golden Moment atau usia keemasan anak2 ialah pada usia 0-5 tahun. 
Dalam masa ini jadilah kita ibu bapa yang menyeronokkan. Bagaimana syaratnya?

1. Memiliki kesabaran luar biasa @ sabar yang berkesedaran. Maknanya sedar betapa perlunya bersabar menghadapi kerenah anak.

2. Mengasah sensitiviti kita. Dalam hal ini, tanamkan kesedaran pada diri bahawa semua tindakan positif dan baik anak kita begitu bermakna kepada mereka walau sekecil mana pun.

PAKSA diri beri perhatian yang lebih kepada tingkah laku anak.

Dan cuba proaktif dalam mengamati aktiviti seharian anak-anak.

3. Latih diri ucapkan cinta dan kasih sayang kepada anak.

4. Latih diri supaya tidak meremehkan anak seperti suka bercakap kelemahan dan keburukan anak berbanding menyebut kebaikan dan kelebihannya.


Banyak lagi di dalam buku ini... Recommended!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Isnin, 17 Ogos 2015

Sesi bercerita




Sejak kecil lagi, aktiviti luar rumah jarang saya dapat sertai. Ini kerana ada antara kami yang menghidap lelah dan kerap kena ketika itu. Tambahan lagi, seingat saya emak dan ayah selalu pulang lewat dari tempat kerja walaupun mereka seorang guru. Ya, gigih mereka bekerja dan mengajar. Kami adik-beradik tinggal bersama nenek dan datuk sementara emak dan ayah berkerja.

Aktiviti kami banyak di dalam rumah. Membaca, menulis, mewarna, bermain lego, bergaduh..eh? Gurau-gurau manja sahaja ^_^ Salah satu aktiviti yang menyeronokkan ialah membaca. Kini, tradisi itu diteruskan oleh kami apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Dahulu banyak buku dongeng kanak-kanak yang datang dari negara barat. Cinderella, Puss In Boots, Little Red Riding Hood, Thumbelina, dan Jack and The Beanstalk. Oh, sampai hafal dibuatnya! Masa itu buku islamik kanak-kanak sangatlah kurang.

Namun kini, ada pelbagai pilihan yang ada di pasaran. Masya Allah, semoga Allah memberi ilham dan kekuatan kepada individu-individu ini untuk mengeluarkan cerita yang berkualiti untuk anak-anak.

Jauhnya saya bermukaddimah :) 

Saya ingin berkongsi sebuah kamus bergambar yang selalu saya gunakan bagi sesi bercerita bersama anak-anak. Kamus Bergambar 3 Bahasa - Sayangku Cepat Pandai Perkataan Pertama adalah buku yang berkulis keras. Sebelum ini lama saya mencari buku yang menarik dan sesuai untuk mengajar anak-anak berbahasa Arab.

Alhamdulillah bertemu akhirnya.

Mengapa saya tertarik dengan buku ini? Keistimewaannya :

* Mempunyai 3 bahasa iaitu  Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
* Berkulit keras setiap muka. Tahan lasak dan tidak mudah koyak.
* Gambarnya menarik dan berwarna-warni.
* Mempunyai 18 muka surat termasuk kulit hadapan dan belakang buku.
*Harga : RM15.00 sebuah













Alhamdulillah, untuk anak saya yang jenis kinestetik, pendekatan bercerita menggunakan kamus ini berjaya membuatkan dia duduk seketika dan fokus untuk mendengar dan belajar.

1) Tunjukkan gambar
2) Tanya pengalaman sedia ada mereka
3) Minta mereke bercerita mengenai gambar
4) Ibu sebutkan perkataan dan anak cari
5) Sebutkan perkataan tersebut dalam 3 bahasa
6) Ingat 1 perkataan 1 hari



****************************************
****************************************

Berminat dengan produk ini? Harganya :

RM21 termasuk kos penghantaran (Semenanjung Malaysia) dan 
RM24 termasuk kos penghantaran (Sabah Sarawak).

Boleh hubungi saya Pn Aina Dayana 013-3613516 (",)

Jumpa lagi. Wassalam.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Ahad, 16 Ogos 2015

Kisah Inspirasi : 10 Bersaudara Bintang Al-Quran



Alhamdulillah.

Anak merupakan anugerah istimewa yang Allah berikan kepada umat manusia. 

Dan ketahuilah harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya disisi Allah jugalah pahala yang besar." (Surah al-Anfal ayat 28)

Semakin banyak membaca semakin banyak yang ingin dibaca. Sungguhpun bahan bacaan perihal keibubapaan semakin banyak di pasaran namun kisah setiap satu pasangan itu berbeza antara satu sama lain. Besarnya rahmat Allah yang memberi ilmu dan ilham kepada penulis-penulis ini.

Ya, kali ini saya membaca mengenai sepasang suami isteri yang berjaya mendidik kesemua anaknya menjadi penghafal Al-Quran. Anaknya bukan seorang, dua orang atau empat orang tetapi sepuluh orang. Masya Allah! Luar biasa sekali.

Namun jelas sekali, pasangan Mas Tamim dan Ibu Wiwi ini telah sepakat mempunyai visi dan misi yang sama. Maka mereka bergerak memajukan perancangan mereka sehingga lahirnya permata-permata Hafiz dan Hafizah Quran dalam rumah mereka.


Bagaimana ia bermula?

Ia bermula semenjak mereka belum berkahwin lagi. Kedua pasangan ini datang dari keluarga yang utuh kepada pegangan agama.

Ada lima tanggungjawab kita terhadap al-Quran :
1. Membaca
2. Mempelajari maknanya
3. Menghafal
4. Mengamalkannya
5. Mendakwahkannya

Sejarah generasi awal tertulis ramai ulama yang telah khatam dan menghafaz al-Quran sejak kecil lagi. Sedangkan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam turut mengutamakan para sahabat yang menghafal al-Quran.

Allah sudah memberi jaminan kemudahan : "Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?." (Surah Al-Qamar ayat 17).

Secara ringkasnya Al-Quran mengandungi :

◇ 114 surah
◇ 6236 atau 6666 ayat (perbezaan pendapat sama ada bismillah di awal surah dikira atau tidak)
◇ Dua jenis ayat ; makkiyah dan madaniyah
◇ Surah terpanjang : Al- Baqarah
◇ Surah terpendek ; Al-Asr, An-Nashr dan Al-Kautsar

Antara usaha pasangan ini dalam melahirkan anak-anak penghafal Al-Quran ialah menetapkan beberapa peraturan utama iaitu :
1. Tiada televisyen di rumah
2. Tiada gambar syubhah yang menyebabkan malaikat tidak masuk ke rumah
3. Tiada lagu yang lagha
4. Ucapkan kata-kata yang baik sahaja

Tatatertib urusan di rumah dari sekecil-kecil hal sehingga sebesar-besar hal turut diajar kepada semua ahli keluarga termasuklah prinsip asas, makan minum, adab menerima tetamu, ketentuan tanggungjawab, pakaian, peraturan menggunakan elektrik dan sebagainya.

Agak menarik perhatian apabila Mas Tamim mengaplikasikan cara ini dalam mendidik anak. 

6 tahun pertama (0-6) : Memberi motivasi kepada anak-anak untuk menghafal.

6 tahun kedua (7-12) : Teknik disiplin dan mewujudkan keadaan yang kondusif untuk anak menghafal.

6 tahun berikutnya (13-18) : Mengikut perkembangan kecenderungan ilmu anak-anak.

Bagi Ibu Wiwi pula beliau sentiasa membaca al-Quran dekat dengan anaknya, dan menyediakan bekalan anak ke sekolah. Seawal jam 3 pagi sudah bangun untuk solat malam dan seterusnya menyediakan makanan untuk ahli keluarga seramai 12 orang. Masya Allah.

Turut dilampirkan biodata kesemua anak mereka meliputi umur boleh membaca al-Quran dan mula menghafalnya. Kesemuanya boleh membaca al-Quran ketika usia 5 tahun dan kebanyakannya mula menghafal al-Quran sejak usia 5 dan 6 tahun. Paling mengagumkan putera kelapan telah selesai menghafal semasa di sekolah dasar (saya kira mungkin sekolah rendah jika di Malaysia).

Masya Allah tabarakallah. Moga mereka membesar menjadi penolong agama Allah.



* Teks asal asal daripada blog penulis 




Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Sabtu, 15 Ogos 2015

Tip homeshooling : Panduan memilih permainan anak




Rasa-rasanya jika dikumpulkan semua mainan anak, berapa bakul agaknya ya? Saya pun, hingga satu tahap rasa rimas dan sedikit kesal kerana tidak berkira membeli satu ketika dahulu.

Seharusnya sebelum membeli alat permainan untuk anak-anak beberapa perkara harus diambil kira :

1. Bajet
2. Keselamatan
3. Manfaat yang akan diperoleh
4. Jangka masa ketahanan alatan mainan
5. Mudah / sukar untuk simpan
6. Memerlukan bateri / penyelenggaraan lain
7. Jumlah anak-anak yang boleh bermain dalam sesuatu masa

Semoga saya turut beringat selepas ini ^_^




Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Jumaat, 14 Ogos 2015

Permainan Bahasa : Cari dan Jumpa!



Sesekali dapat bercuti dan berehat bersama anak tentu seronok, kan? Terutama bagi ibu berkerjaya yang sibuk. Apa kata kita main satu permainan bersama anak? 

Cari dan Jumpa!

Permainan ini tidak memerlukan banyak keperluan. Hanya gunakan benda di sekeliling kita. Misalnya kita duduk bersama anak di ruang tamu.

~ Cuba cari mana almari?
~ Ada berapa biji kerusi di sini?
~ Tunjuk mama mana cawan biru
~ Cuba teka apa benda bila berpusing kita rasa sejuk dan selesa (Kipas)


dan seumpamanya. Anak dapat belajar bahasa, mengecam warna, mengira, mengasah minda dengan teka-teki dan berfikir secara logik :)

Mahu lebih mencabar, ibu boleh sediakan "Peta Cari dan Jumpa!". Beri ganjaran apabila anak berjaya menemui item di dalam kertas ini. Ganjaran tidak semestinya berbentuk fizikal. Tepuk tangan, memuji atau high five pun sudah memadai.


Boleh muat turun di sini

Ada sebuah buku yang saya syorkan jika mahukan aktiviti yang menarik, mudah dan yang penting percuma (menggunakan bahan di sekeliling atau terpakai)!

Sumber : Laman sesawang ITBM


Selamat mencuba! 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Khamis, 13 Ogos 2015

3 teknik memperkenalkan al-Quran kepada anak kecil


Semasa bayi masih kecil, proses pembelajaran tetap berlaku. Bagaimana? Kita boleh merangsang bayi menggunakan deria pendengaran, penglihatan dan sentuhannya :) Ini hanyalah pengalaman kami dan kami kongsikan di sini :


Penggunaan Kad imbas

Semasa dalam pantang lagi, saya cuba imbaskan kad huruf hijaiyah berbaris atas. Caranya, pilih 3 huruf dan imbaskan di hadapan bayi selama 3-5 saat setiap satu. Hanya lakukan beberapa kali dalam sehari. Lakukan secara konsisten.

Ibu / ayah boleh sahaja membuat kad imbas sendiri. Perlukan marker pen dan kertas atau kad manila atau kotak terpakai. Jika menggunakan kertas boleh laminate bagi tahan lama. Bagi yang menggunakan kotak terpakai, boleh membalutnya dengan plastik dan selotep bagi tahan lama.

Boleh juga menggunakan kad imbas yang dijual di pasaran. Ada pelbagai jenis terdapat di pasaran seperti Kad Imbas Furqan, Kad Imbas Khadijah dan Kad Imbas Alif Ba Ta. Pilihlah yang mana bersesuaian dan kena dengan bajet ibu ayah.

Dicadangkan supaya mempunyai tiga set kad imbas kerana boleh diguna untuk mengajar bayi, menampal di dinding dan satu set lagi diberi kepada bayi untuk dipegang dan diexplore.


Mengaji al-Quran

Membaca al-Quran berhampiran dengan bayi.



Menampal huruf pada alat permainan dan buku cerita anak

Alhamdulillah Allah beri izin teknik ini berjaya digunapakai kepada anak saya yang kedua. Anak lelaki saya ini minat dengan mainan lego, susunan blok, mainan lori, kereta dan sukakan buku cerita. Jadi tulis pada kertas dan tampalkan pada sudut-sudut di dalam buku dan alat permainan mereka. Pastikan jelas dan mereka boleh nampak. Selepas bermain, simpan dalam satu bekas kerana menjaga huruf hijaiyah tersebut.








*******************************
*******************************


Selain kad imbas yang dibuat sendiri, saya juga menggunakan Kad Imbas Bijak Alif Ba Ta.

Apa keistimewaannya?

> Bersaiz besar - 15cm x 23cm
> Tulisannya besar, jelas dan terang
> Ada PANDUAN menggunakan kad imbas
> Mempunyai 52 keping kad yang dicetak hadapan dan belakang.

Berapakah harganya?

RM16.00 bagi 1 set.








Berminat dengan produk ini? Harganya :

RM22 termasuk kos penghantaran (Semenanjung Malaysia) dan 
RM25 termasuk kos penghantaran (Sabah Sarawak).

Boleh hubungi saya Pn Aina Dayana 013-3613516 (",)

Jumpa lagi. Wassalam.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Rabu, 12 Ogos 2015

Kadar penglihatan bayi


Proses mendidik anak mengenal al-Quran boleh dimulakan sejak dari dalam kandungan. Ibu dan ayah mengaji al-Quran atau memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran kepada bayi yang dikandung.

Kini, anak yang dikandung telah pun lahir. Tidak salah jika ibu dan ayah terus menerus memperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran sebagai halwa telinga anak supaya pendengaran anak sentiasa mendengar kata-kata yang baik.

Ketika bayi lahir, kadar penglihatannya amat terhad dan dikatakan bayi mengenal ibunya melalui deria bau dan sentuhan. 

Sebelum ini saya pernah bertanya kepada adik yang bekerja sebagai Optometris berkenaan kadar penglihatan bayi. Ini jawapan yang diberikan. Dia memberi beberapa contoh untuk pemahaman :

Gambar asal

Kadar penglihatan bayi baru lahir
4 minggu

Lebih kurang 3 bulan


Lebih kurang 6 bulan
Jadi barulah tahu kan mengapa orang tua-tua kata "budak dah kenal orang" sebab itu menangis :)

Insya Allah jumpa di entri seterusnya :)



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015