Rabu, 16 September 2015

Memperkenalkan huruf hijaiyah : Permainan Jigsaw Puzzle dan Kad Memori


Sudah beberapa hari, kami membuat pembersihan rumah. Mengeluarkan barang-barang lama, barang yang jarang dipakai diberi kepada orang lain ataupun terus ke tempat kitar semula. Banyaklah habuk, kotoran dan lebihan kotak yang ada.

Hari ini juga dua orang anak yang besar mengikut suami saya pergi mengajar maka tinggallah anak buah saya menangis kerana tiada kawan. Umurnya baru 2 tahun 7 bulan. Muhammad Al Fateh namanya. 

Terpandang timbunan kotak, saya pun ambil dan cuba buat dua bahan bantu mengajar untuk Fateh. Hari ini hari kelima saya mengajar huruf fathah kepadanya. Baru kenalkan beberapa huruf seperti :

Ja (seperti janggut)
Ha (orang kepedasan)
Kho (seperti orang hendak muntah)
A (Allah)
Ba (ba ba ba seperti sedang menepuk bola)
Ta (seperti orang menembak)
Sya (isyarat Syyy...)


Jigsaw Puzzle

- Potong kotak kepada beberapa kepingan kecil.
- Tulis huruf bersaiz sederhana.
- Potong kad kepada dua bahagian menegak.





Kad Memori

- Potong kotak kepada beberapa kepingan kecil.
- Tulis beberapa pasang huruf.
- Cara bermain : letakkan semua kad di atas meja / lantai, pilih 1 huruf dan cari pasangannya.
- Ketepikan untuk elak kekeliruan.



Simpan dalam plastik dan labelkan. Boleh guna sebagai busy bag.

Semoga bermanfaat :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Selasa, 15 September 2015

Belajar Bahasa Arab - Pengayaan



Imbas kembali. 

Ini ialah sesi belajar bahasa Arab bersama dengan Khaulah. Sebenarnya ini adalah latihan pengayaan selepas beberapa ketika belajar perkataan di atas ('ala) dan di bawah (tahta).

Saya menggunakan enjin carian internet sahaja untuk mencari gambar yang bersesuaian. Modul 1 ini saya hanya letak perkataan di atas ('ala). Tiada dwibahasa diletakkan kerana melatih ketajaman fikiran mengecam perkataan dalam bahasa Arab.

Perkataan yang diuji ialah :

- Kitabun (buku)
- Kuratun (bola)
- hirratun (kucing)
- fatimah
- 'Ali
- mirsamun (pensel)
- mimsahatun (pemadam)
- qalamun (pen)
- kursiyyun (kerusi)

Cara menggunakan modul ini

1. Anak diberi beberapa keping gambar.
2. Saya memberi satu contoh ayat seperti yang telah dicetak pada kertas : 

'Aliyyun 'alal kursiyyi (Ali di atas kerusi)

3. Tunjuk cara : tampalkan kerusi dan tampalkan gambar Ali di atas kerusi.
4. Begitulah seterusnya. Anak perlu baca ayat pada kertas dan tampalkan gambar yang tepat.


Saya menggunakan gambar berwarna sebab Khaulah tidak begitu gemar mewarna. Dia lebih suka menggunting dan menampal buat masa ini. Dan tiada aktiviti menulis kerana Khaulah baru belajar menulis rumi. Masih banyak masa diperlukan untuk tulisan yang cantik :)

Bagi Abdullah Naufal, saya hanya imbaskan kad gambar perkataan bahasa Arab kerana usianya yang baru 2 tahun lebih dan suka bergerak aktif ^_^ Bagi Asma' (1 tahun 1 bulan), saya selalu membuat pengulangan perkataan bahasa Arab asas terutama di bahagian muka dan anggota badan.


Saya menggunakan Buku 3 Lughatul Jannah untuk membuat modul ini


Khaulah menampal gambar Fatimah untuk ayat Fatimah 'alal kursiyyi

Tekun


Ya Allah, berilah kami ilmu yang bermanfaat. Amin...


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Isnin, 14 September 2015

Buku mini Sarapan Pagi Saya











Picture credit to :

Pudding : How To Make Custard Pudding 爱情甜蜜的甜品/ 焦糖布丁Crème Caramel Recipe
Betik : Credit Picture: http://healthweightandfitness.com/wp-content/uploads/2014/02/Super-Green-Chlorophyll-drink.jpg http://www.industryleadersmagazine.com/wp-content/uploads/2011/03/841bananas.jpg
Jus : pngimg.com

Jumpa lagi :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Ahad, 13 September 2015

Lapbook Sunnah Sebelum Tidur dan Selepas Bangun Tidur


Inilah lapbook pertama yang dibuat tahun lepas. Ianya istimewa bagi saya kerana banyak usaha sebelum lapbook ini disiapkan dan dua hari selepas itu saya bersalinkan Asma' ^_^

Semasa lapbook ini dibuat, Khaulah baru sahaja selesai Set Bacalah Anakku dan ini agak membantu saya ketika sesi berpantang. Khaulah dan Abdullah Naufal ada aktiviti sendiri. Khaulah bacakan lapbook dan adiknya duduk mendengar.

Saya hanya menggunakan kad manila yang dipotong mengikut saiz kertas A4. 


Kulit hadapan

Bukaan pertama : Sebelah kiri - set induksi yang manakah perbuatan yang baik. Sebelah kanan - susunkan jigsaw puzzle

Zoom in jigsaw puzzle yang telah disusun

Bukaan di dalam. Mengandungi buku mini sunnah sebelum tidur, carta alir sunnah selepas bangun dari tidur dan sampul untuk permainan.

Zoom in buku mini Sunnah Sebelum Tidur. Ada 9 sunnah.

Zoom in Sunnah Selepas Bangun Tidur.

Saya menggunakan buku Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Dalam Sehari Semalam karangan Khalid Al-Husainan terbitan  Pustaka Imam Asy-Syafii.

                                         

Jika berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah hubungi saya di 013-361 3516. Harganya RM24.00 termasuk kos penghantaran (Semenanjung) dan RM28.00 termasuk kos penghantaran (Sabah dan Sarawak).

Kini, buku ini masih digunakan dan dibaca setiap malam sebelum tidur. 

Semoga berrmanfaat :)

 Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Sabtu, 12 September 2015

Wasiat Tarbiyatul Aulad


Semasa majlis penutupan Kem Anakku Soleh dan Solehah beberapa tahun lepas, kami menjemput Al-Fadhil Ustaz Datuk Abd Rahim bin Abd Khaliq al-Hafiz memberi ceramah berkenaan keibubapaan kepada para ibu bapa dan anak-anak peserta kem. 


Selamat membaca dan semoga bermanfaat :)




WASIAT TARBIYATUL AULAD

(Ringkasan ceramah tabiyatul aulad oleh alfadhil Ustaz Datuk Abd Rahim b,Abd Khaliq alhafiz - lulusan Universiti Islam Madinah sempena Majlis Penutup Kem Remajaku Soleh Solehah 2012, Kg Bkt Pegoh Melaka)


Buat ayah dan ibu,benarlah kata Nabi Sollallahu’alaihi wasallam,anak itu buah hati,pada masa yang sama anak-anak ini amanah besar buat ibu dan ayah.Padang mahsyar akan menanti ibu dan ayah bagi menjawap segala amanah tarbiyah anak-anak ini.Ibu dan ayah yang dirahmati Allah,anak-anak bukan sahaja perlu Ri’ayah(keperluan/jagaan) tetapi perlu juga Tarbiyah.Mari kita mulakan perbanyak istighfar dan amal soleh,insya Allah Allah akan beri berkat pada Anak.


11 Tips tarbiyah melahirkan anak Soleh Solehah:


1-      Cari pasangan yang Soleh Solehah, andaikata sudah berkahwin, usahakan sedaya mungkin, jadilah pasangan  yang baik soleh solehah. Pasti terbina anak soleh solehah


2-      Amalkan sunnah Nabi antaranya membaca doa setiap kali bersama (jima’):
Jika salah seorang di antara kalian membaca :
اللّهُمَّ جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Bismillah, allahumma jannibn asy-syaithana wa jannibi sy-syaithana maa razaqtana
Ertinya : “Bismillah, ya Allah jauhkanlah syaitan dari kami, dan jauhkanlah syaitan dari rezeki yang engkau berikan kepada kami”, maka keduanya diberikan seorang anak yang tidak akan diganggu oleh syaitan selama-lamanya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari no.141 dan Muslim no.1434).

3-      Aqiqah - laksanakan aqiqah buat anak semasa mereka berumur 7 hari atau selewat-lewatnya sebelum baligh.


4-      Ajarilah anak-anak  Solat, doa-doa serta zikrullah. Banyakkan memberi nasihat berunsur aqidah.Contohi nasihat luqman kepada anaknya: Wahai anakku, janganlah kamu mensyirikkan Allah!


5-      Tarbiyyahlah anak bagaimana yang diajar oleh Rasulullah sollallahu’alaihiwasallam.


6-       Jangan samakan tarbiyyah & kasih sayang antara anak-anak.


7-      Usahakan jangan bergaduh & bertengkar di depan anak-anak.


8-       Tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak dan ikhlaslah. Kasih sayang kepada anak subur dengan sentiasa memberi salam pada anak-anak


9-      Percayakan anak-anak, yakini kemampuan mereka serta hargailah!


1-  Beri peluang anak-anak bergaul dengan orang yang soleh solehah.
1

-  Banyakkan berdoa buat anak-anak. Antaranya :

Rabbi habb-li minas soolehin  

Ertinya : Wahai Tuhanku, kurniakan kepadaku dari golongan orang-orang yang soleh

JIKA KITA INGIN ANAK SOLEH SOLEHAH KITA IBU BAPA PERLU JADI SOLEH SOLEHAH-ULAMA’                           

 -Kem Anakku Soleh Solehah, Bkt pegoh.

-DOA –DOA MEMOHON ANAK SOLEH SOLEHAH  :
*

  Surah Ali-Imran ayat 38:

Rabbi habb-li min ladunka zurr-rie-ya-tan thoi-yii-ba-tan in-na-ka sami-ud dua’
Ertinya: “Wahai tuhanku! Kurniakanlah kepada ku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Maha Menerima doa Permohonan”

* Surah As-saaffaat ayat 100:

  Rabbi habb-li minas soolehin
Ertinya : Wahai Tuhanku, kurniakan kepadaku dari golongan orang-orang yang soleh

*Surah Ibrahim ayat 40:

   Rab-bij-al-ni muqimas-solah wa min-zurr-rie-yati , rabbana wa taqabbal dua’
Ertinya : “Wahai tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”

*  Surah al-Furqan ayat 74 :


Rab-bana hablana min azwaajina wa -zurr-rie-yatina qurrata a’yuniww waj ‘alna lilmuttaqiina imaama
Ertinya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”.

SELAMAT BERDOA. DOA ITU SENJATA KITA

Dicatat oleh : 
Abu Khaulah Ahmad Kamalarifin bin Hashim,
Bukit Pegoh,
2012

 Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Jumaat, 11 September 2015

Jom melukis


Ada harinya, jika saya pulang lambat dari kerja, ditambah lagi dengan kepenatan dan hal-hal lain dan apabila ditinjau ke dalam kotak aktiviti, bahan-bahan sudah hampir habis. (Bahan-bahan yang dimaksudkan ialah kertas warna, gam dan lain-lain). Alamak...

Saya teringat satu aktiviti yang pernah dibuat oleh pensyarah Pendidikan Jasmani saya ketika di IPIK dahulu, maka saya ubahsuai sedikit. 

Ambil 9 helai kertas A4 putih (menggantikan kertas mahjong) dan selotepkan membentuk bukaan 3x3 kertas A4.

Minta anak baring dan lukiskan luarannya.

Siap!



Buku cadangan :

Dapatkan Buku Projek Seni dan Kraf terbitan Institut Terjemahan Buku Negara (ITBM). Menghimpunkan beratus-ratus aktiviti bersama anak secara umum. Sasaran umur anak tidak terhad maka kita boleh sahaja memilih mana-mana aktiviti yang dirasakan sesuai.




Boleh jadi bahan mengajar.

Terpulang mahu buat apa. Idea :

1) Ajar anggota badan
2) Kenalkan aurat
3) Stamping

dan lain-lain...


Hihi.. jangan stres-stres sangat ya ibu-ibu. Semoga bermanfaat :)

 Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Khamis, 10 September 2015

Adab menuntut ilmu



Mari kita sama-sama budayakan dalam keluarga kita sunnah-sunnah Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam. Ajarkan anak menyebut bismillah terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan. Minum air, pakai kasut, buka baju, siram pokok bunga, buka pintu, belajar dan segala perbuatan yang baik. Sesudah itu kita ucapkan alhamdulillah kerana Allah telah memberi keizinan dan kemudahan kepada kita melakukannya.

Teringat kepada seorang rakan saya yang menekankan kepentingan menyebut taawuz sebelum mengaji al-Quran. Katanya bacaan al-Quran kita akan elok sekiranya melakukan sunnah membaca taawuz sebelum mengaji. Jika tidak, bacaan atau hafazan yang dibaca itu akan ada yang tidak kena. Maka dia akan meminta anaknya mengulang semula bacaan. Masya Allah.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.
Jumpa lagi :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015