Rabu, 14 Oktober 2015

Mengenal Huruf Hijaiyah ~ Santai waktu petang


Langkah kanan.

Semalam bertanya seorang rakan apa aktiviti terbarunya bersama anak. Pantas dia bertanyakan emel saya.

Mengapa?

Dia mahu memberikan salinan lembaran kerja mengenal huruf hijaiyah fathah kepada saya. Subhanallah! Nikamat Tuhan-Mu yang manakah mahu didustakan?

Di kala saya tidak rajin membuat bahan untuk anak-anak, Allah datangkan seorang rakan yang baik hati ini untuk membantu saya. Senyum.

Gigihnya dia membina lembaran kerja ini untuk a hingga ya. Anda boleh hubunginya di Facebook : Yatty Abdul Rahim atau muat turun di Group Homeschooling Genius Syurga di bahagian Files (klik).

Memandangkan hari ini cuti, jom buat aktiviti bersama anak-anak.

Aktiviti hari ini : Lembaran kerja Hijaiyah dan fonik bahasa Inggeris

Bentang tikar di halaman rumah dan mewarna!
Sesekali bertukar angin (",)

Hasil tangan Khaulah

Hasil tangan Ummi Khaulah (keras tangan) ^_<

Semua enjoy hari ini. Alhamdulillah.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Selasa, 13 Oktober 2015

Pendidikan Seks untuk anak-anak


Di dalam Islam sudah ada garis panduan mengajar batas aurat dan pergaulan sedari kecil. 

“Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan)solat pada umur 7 tahun. Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun , dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya.”

(HR Imam Ahmad , Abu Daud dan al-Hakim)

 Peringatan untuk diri sendiri juga ini. Pernah menangani beberapa salah laku di sekolah. Apabila di soal selidik, masih ada antara anak-anak berusia 13 tahun yang masih tidur dengan ibu ayah. Aduhai.

Sejak kecil lagi kita sudah boleh memberi didikan kepada anak-anak mengenai hal ini. Ajar bahagian sulit badan dengan nama yang betul. Jangan sebut nama palsu. Misalnya faraj disebut "bunga", "pepet" dan sebagainya. Tukar kepada nama yang betul.

Mengapa perlu ajar begitu? Menurut Pn Maznah Ibrahim (maznahibrahim.com), kerana nama-nama ini mempunyai makna. Kita lebih cepat peka sekiranya berlaku sesuatu apabila anak mengadu dan menyebut nama yang betul.

Kebiasaan anak-anak, kita perlu ingatkan selalu dan nasihatkan selalu.

Pernah seorang alim memberi nasihat kepada kami supaya membacakan surah At-Tin sebagai pelindung kepada anak daripada berzina atau sebaliknya. Nauzubillah.

Di dalam buku teks Bahasa Inggeris Tahun 5 sudah ada topik mengenai kesedaran Penjagaan Diri (self protection) dan Good Touch, Bad Touch.



 Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Ahad, 11 Oktober 2015

Lapbook Deria


Seronok cuti hujung minggu ini kerana anak-anak buah pulang ke kampung. Namun disebabkan masa yang terhad, anak-anak tidak dapat bermain lama. Seperti biasa, menggunakan kesempatan yang ada untuk mereka sama-sama membuat aktiviti.

Hanya ada beberapa bahan di rumah. Jadi kami membuat Lapbook Deria. Umar sangat seronok dan bertenaga semasa membuat tugasan ini manakala Khaulah nampak sedikit terganggu dengan usikan adik-adik dan sepupu-sepupu kecil yang lain. Haha...

Muka hadapan

Bukaan pertama

Untuk set induksi (mahu tarik perhatian anak sebelum buat buku ini), dilukiskan beberapa keping gambar dan nyatakan deria apakah yang digunakan untuk melihat, merasa atau menggunakannya.

Muka surat pertama : Soalan ringkas.

Bukaan penuh

1- Soalan mudah
2 - Bahagian muka dan deria
3 - Makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat

Proses membuat lapbook
Jumpa lagi!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Sabtu, 10 Oktober 2015

Lapbook Surah Al-Qariah


Alhamdulillah. Teary eyes.

Seorang rakan sekerja menunjukkan lapbook yang dibuat bersama anak-anaknya minggu lalu. Masya Allah tabarakallah. Sangat menarik, berwarna-warni dan kreatif. Katanya anak-anak teruja apabila mengetahui isi kandungan Surah Al-Qariah. Ada anak yang mampu mengaitkan ayat Quran ini dengan situasi yang pernah mereka alami. Subhanallah.

Jom tengok hasilnya :

Bukaan penuh

Buku mini terjemahan Surah Al-Qariah

Contoh isi kandungan buku mini

Bahagian kedua : sight word perkataan terpilih, timbangan dosa dan pahala (digunakan dalam ebrcerita), Ciri-ciri ahli neraka dan syurga

Aktiviti susunkan ayat dalam surah ini dengan tepat. Menggunakan velcro.
Ya Allah, kurniakan kami ilmu yang bermanfaat. Amin...

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Jumaat, 9 Oktober 2015

Bento


Kesukaan berbento (menghias bekal makanan) bermula sejak akhir 2011 namun ketika itu anak saya masih kecil. Baru berusia setahun dan dia tiada masalah memilih makanan. Jadinya saya membuat bento untuk suami dan diri sendiri. Apabila mencari di enjin carian internet, rambang mata pula dibuatnya. Macam mahu shopping pula kan? :) Ibu-ibu di Jepun sangat kreatif! Saya hanya dapat mencuci mata sahajalah sambil mengambil idea mereka.

Selepas beberapa ketika saya mengikuti tulisan Mama Fiza di blognya. Tidak lama kemudian beliau ada mengeluarkan buku resipi.



Kini sudah masuk anak keempat, perlu ada perancangan menu jika tidak hari itu akan bermula dengan kelam-kabut ^_^



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Khamis, 8 Oktober 2015

Ajar Anak Solat


"Kepimpinan melalui tauladan".

Kita sering dengar frasa ini. Kaedah ini boleh diguna pakai kepada anak-anak kita terutama dalam mengajar dan mendidik mereka.

Jika mahu anak yang solat, maka tunjukkanlah kita bersolat di hadapannya.
Jika mahu anak minat membaca al-Quran, wujudkanlah suasana membaca al-Quran di rumah.
Jika mahu anak suka membaca, budayakan membaca buku di rumah pada bila-bila masa.

Dan senarai ini berterusan....

Ketika awal-awal kami mahu mendidik anak mendirikan solat, suami selalu membawa anak-anak pergi solat berjemaah di surau atau masjid. Jika kami bermusafir juga, masjid adalah salah satu tempat wajib kami kunjungi bagi beriktikaf bersama anak-anak. Selain bercerita kelebihan orang yang mendirikan solat berjemaah, tatacara dan adab berada di masjid dan galakan kepada mereka menunaikan solat sejak kecil.

Kami juga sangat suka dengan sebuah buku yang mengajar anak-anak tatacara mengambil wuduk dengan betul dan menunaikan solat dengan tertib menurut sunnah Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam.

Sumber gambar : di sini

Buku ini bersaiz segi empat tepat, berwarna penuh dan menariknya gambar modelnya ditutup wajahnya. Tulisannya bersaiz besar dan menarik anak-anak kami membacanya. Paling penting, bacaannya mengikut sunnah serta diberikan sumber hadis berserta matannya. Masya Allah.

Alhamdulillah, sebelum usia empat tahun, anak sudah boleh membaca semua bacaan dalam solat dan kemudian belajar mempraktikkannya sedikit demi sedikit. 

Saya juga terjumpa sebuah produk keluaran Learningroots iaitu satu set kad bacaan dalam solat yang mengikut sunnah.

Sumber gambar : tarbiyahbooksplus.com

Di dalam set ini mengandungi :

- Kad gambar waktu-waktu yang berkaitan dengan solat dalam sehari. Misalnya, subuh, tengahari dan petang.

- Kad wuduk

- Kad solat

- Bacaan dalam solat dicetak di belakang kad

Saya tak jual. Boleh beli dengan sesiapa yang menjual produk ini. Jika di instagram, saya suka sekali berurusan dengan Sweetlittlefabulos.

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Rabu, 7 Oktober 2015

ALLAH


Awal agama ialah mengenal Allah. Ketika baru pertama kali menimang cahaya mata sendiri, sejujurnya memang saya mencari-cari kaedah mendidik anak dengan didikan Islam. Alhamdulillah, Allah berikan jalan dengan memberi ilham melalui pembacaan dan doa selama ini.

Selalulah berbicara dengan bayi kita meskipun dia baru sahaja lahir dan selalulah menyebut kalimah Allah. Mudah-mudahan kalimah pertama yang keluar dari mulutnya ialah ALLAH.

Wallahualam.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015