Sabtu, 14 November 2015

Riadah Di Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu , beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh Azza wa Jalla daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allâh (dalam segala urusanmu) serta janganlah sekali-kali engkau merasa lemah. Apabila engkau tertimpa musibah, janganlah engkau berkata, Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan begitu, tetapi katakanlah, Ini telah ditakdirkan Allâh, dan Allâh berbuat apa saja yang Dia kehendaki, karena ucapan seandainya akan membuka (pintu) perbuatan syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)


Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka

Pagi ini beriadah di sini. Kami pergi bersama anak-anak remaja dari usrah Solehah Team. Dimulakan dengan pembukaan majlis dan tazkirah ringkas. 

Tadabbur Surah Al'Asr dan hadis di atas. 

{Perlu diingatkan bahawa kita dapat berkumpul di sini bukan kerana akak bawa naik kereta tetapi semuanya atas keizinan Allah.}

Jika mendapat nikmat Allah, kita perlu zahirkan dan menyebut-nyebutnya (Surah Ad-Dhuha).

Selesai.

Kami beramai-ramai menyewa basikal dan mereka bersiar-siar untuk sejam setengah seterusnya. Kami singgah sebentar di Kampung Buku di dalam hutan rekreasi ini untuk berehat sambil membaca buku.

Sayang sekali, Kampung Buku yang cantik ini kurang pengunjung. Saya kira admin harus membuat pelbagai aktiviti bagi menarik minat masyarakt bertandang ke sini. Saya percaya masyarakat kita mempunyai ramai pembaca jadi promosi dan aktiviti boleh menjadi pemangkin kepada budaya minat membaca. Wallahualam.

Sebelum pulang, kami makan dahulu. Kami memilih tempat berhampiran Stesen Buggy 1 kerana kurang monyet yang berkeliaran. Namun sempat juga monyet-monyet itu mengambil sebungkus dua nasi lemak kami ^_^

Jom lihat gambar.


Sewa basikal RM5.00. 

Pilihan basikal yang ada.
Sebenarnya ada 2 tempat. Satu, di tempat masuk, yang ini tempat kedua sebelum masuk ke hutan rekreasi.
Basikal kecil sewanya RM4.00

Laluan masuk

Air terjun buatan

Kawasan lapang. Hari ini tidak ramai orang berbasikal.

Ruang dalam Kampung Buku

Rak buku yang menempatkan karya sasterawan, sejarah, masakan, ensiklopedia dan lain-lain

Rak buku kanak-kanak. Semua masih cantik dan nampak baru. Mungkin kerana kurang pembaca. Huhu

Ruang permainan. Sebuah rak kecil.

Antara buku yang menarik perhatian. Malangnya sempat baca satu muka surat sahaja. Anak sudah meragam..

Menarik juga buku ini. Sudoku Huruf.

Bahagian dalamnya.

Tengok buku gajah teringat Yusof Gajah. Lihat penulis, eh, betullah! :)
Kenangan menerima didikan dari Pak Yusof beberapa tahun dahulu.


Pulang dari riadah, ummi dan abi "pengsan" dahulu. Anak-anak terus bertenaga bermain di rumah pula. Haih ^-^


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Khamis, 12 November 2015

Tema : تفاحة




Hari ini bertemakan epal atau dalam bahasa Arab dipanggil تفاحة (tuffahatun). Saya menggunakan bahan dari internet sahaja.

Bahan-bahan yang akan digunakan hari ini

Aktiviti pratulis - kemahiran menggunting untuk anak-anak 5 tahun


 Saya muat turun daripada internet (minta maaf lupa link tersebut) dan padankan huruf hijaiyah dalam bakul yang sama.



Aktiviti menampal buah epal - Kemahiran Motor Halus

Hasil anak berusia 3 tahun 
Tiada dalam gambar ialah penerangan kepentingan buah-buahan sebagai makanan kita :) Tiada yang sempurna melainkan Allah. Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak. Memasak tanpa api seperti menyediakan salad buah, membuat piramid makanan, membuat pai epal dan membuat corak epal.

Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Rabu, 11 November 2015

Tema : موز


Cuti panjang.

Inilah masa berkumpul anak-anak buah. Seronok buat aktiviti bersama. Hari ini adik-beradik saya keluar membuat urusan maka hampir semua anak mereka di bawah jagaan saya.

Mereka mempunyai pelbagai peringkat umur dan karakter. Jadi sebelum buat aktiviti, perlu analisis dahulu umur, jantina, kecenderungan dan kesukaan masing-masing. Macam cikgu sekolah juga (oh, mak long mereka ini memang seorang cikgu! ^_^)


Dimulakan dengan solat sunat dhuha berjemaah dan mengaji al-Quran. Kemudian asas Bahasa Arab. 1 hari 1 perkataan sahaja. Mengambil tema buah-buahan -  موز - pisang. Ada buah pisang di rumah maka semua dapat merasa makan ;)

Aktiviti kolaj melatih kemahiran motor halus kanak-kanak. Jika ada yang belum pandai mengoyak kertas, kita bantu dan mereka akan tampal pada objek di kertas. Ia juga melatih fokus dan sabar. Dan tidak semua kanak-kanak mampu :)

Fateh 2 tahun 9 bulan

Umar 5 tahun

Khaulah (5 tahun) dan Aisyah (4 tahun)

Bagus sekali apabila mereka berusaha menyiapkan kerja dengan kemas, tidak tergesa-gesa. Inilah yang kita mahu ;)

Bersama hasil kerja masing-masing

Waktu makan tengahari. Makan dalam talam.


Alhamdulillah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Selasa, 10 November 2015

Santai hari ini


Main Logico Primo :)
Keluaran Grolier. Ada banyak set. Untuk permulaan, logico primo (warna biru) disyorkan. Set seterusnya berwarna merah dan hijau.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi




Isnin, 9 November 2015

Jalan-jalan ke perpustakaan


Hari ini cuti. Emak dan adik-adik saya keluar membeli keperluan untuk majlis keluarga akhir bulan ini. Tinggallah anak buah di rumah. Waktu sudah petang ketika kami membuat keputusan membawa mereka keluar berjalan-jalan. 



Tapi definisi "jalan-jalan" kami bukan ke pusat membeli-belah sebaliknya menuju perpustakaan negeri Melaka di Bukit Baru ^_^ Bukan apa, di situ ada papan gelongsor yang agak besar serta ruang yang privacy untuk anak-anak bermain.




Umar (anak buah) kali pertama ke sini jadi dia agak kabur buat seketika. Kasihan. Mujur hari ini tidak ramai pengunjung. Selepas puas bermain di Ruang Santai, kami beralih ke Perpustakaan Kanak-kanak. Anak-anak yang sudah biasa dengan cepat memilih buku dan duduk di meja pilihan.

Eh, sekejap! Mana Umar?



Subhanallah.  Dia tercegat di tengah-tengah perpustakaan. Mungkin tidak tahu apa perlu dibuat. Aduhai, apalah saya ini. Anak buah yang seorang ini perlu guna kaedah yang tertentu untuk tackle perasaannya. Alhamdulillah selepas anak-anak beri "taklimat ringkas", barulah Umar senyum dan mencari buku. Lega... (sambil lap peluh).



Buku pinjaman anak-anak. Tarikh pulang 30 November nanti.

Buku yang dipinjam :

1. 10 Srikandi Penyeri Syurga
2. Masakan ala Puteri
3. Menolong Jiran
4. My Prophet Muhammad
5. Tenggelam dan Terapung

Baru masuk kereta (untuk pulang) sudah 2 buah buku habis dibaca. Erk..



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Sabtu, 7 November 2015

Jadual 'Homeschooling' kami


Ini jadual ketika hari cuti. 


Ada hari yang kami dapat ke masjid untuk solat subuh berjemaah. Biasanya hari Sabtu. Ada kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Datuk Abd Rahim bin Abd Khaliq al-Hafiz di Masjid Al-Azim (Masjid Negeri), Melaka.

Barakallahufik.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Rabu, 28 Oktober 2015

Lapbook Surah Al-Bayyinah


Minggu ini anak mula menghafaz Surah Al-Bayyinah. Umminya ini masih terkesan dengan Kelas Faham Al-Quran Tanpa Asas Bahasa Arab awal Oktober lalu. Jadi kali ini bercadang membaca terjemahannya sekali. Walaupun anak belum dapat memahami tetapi sekurang-kurangnya dapat sama-sama mempelajari bahasa Arab.

Kali ini saya menggunakan kotak terpakai yang lebih keras dan teguh. Balut dengan kertas warna dan plastik supaya tahan daripada terkena air.

Kandungan lapbook :



1. Surah Al-Bayyinah

- Laminate dan ditampal velcro

2. Terjemahan surah.

- Laminate dan ditampal.

3. Replika masjid dengan 5 tiang untuk ajar Rukun Islam.



4. Sediakan aktiviti mewarna. Diambil dari blog A Muslim Child Is Born.

5. Kad Domino Surah Al-Bayyinah. Diperolehi dari https://arabicadventuresdotcom1.files.wordpress.com/ 


Kad ini saya laminate, gunting dan letakkan di dalam sampul. Ada ruang khas (menggunakan plastik buku yang ditampal pada lapbook) sebagai tempat flash card. Dalam laman web ini ada lebih 10 perkataan yang dibina pada kad dominonya. Cuma saya tukarkan kepada bahasa Melayu.

Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015