Jumaat, 4 Disember 2015

Hidupkan sunnah di rumah - Zikir pagi petang


Zikir pagi petang merupakan amalan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam. Ia seharusnya diamalkan pada masa kini di mana sunnah nabi dipersendakan atau disia-siakan. (Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman).

Buku zikir pagi petang di pasaran ada banyak, Antara yang kami gunakan :

1) Zikir pagi petang yang disusun oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman terbitan Telaga Biru. Ada 2 versi : tulisan rumi (kulit coklat kuning) dan tulisan jawi (kulit hijau). Harganya RM4.00

Sumber gambar : sini

Sumber gambar : sini

2) Jika versi bahasa Indonesia bukunya seperti ini :

Buku Zikir Pagi Petang terbitan Pustaka Ibnu Umar

Versi ini khas untuk anak-anak. Berwarna penuh dan ilustrasi yang menarik.
Anak-anak kami menggunakan buku warna merah jambu ini (terbitan Pustaka Ibnu Umar) cuma di dalamnya ada beberapa zikir yang tiada. Mungkin dimudahkan untuk bacaan anak-anak.

3) Perisai Muslim.
- Himpunan doa yang diambil dari sumber hadis sahih. Asalnya disusun oleh Sheikh Dr Said bin Ali Wahf Al-Qahtani. Kemudian diterjemah dan disusun ke bahasa Melayu oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman.

Versi tulisan rumi terbitan Telaga Biru

Versi tulisan jawi terbitan Telaga Biru


Mulakan dengan secara tidak formal iaitu ibu ayah membaca terlebih dahulu sambil anak mendengar atau di baca semasa bersiar-siar, di dalam kereta, membersihkan rumah lama-kelamaan anak boleh mula ikut dan hafal bersama-sama. Wallahualam :)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Rabu, 2 Disember 2015

Sesi bercerita : Bunyi Itu, Bunyi Ini



Buku Bunyi Itu, Bunyi Ini


Hari ini berkesempatan membacakan buku bertajuk Bunyi Itu, Bunyi Ini yang ditulis oleh Norani Md Salleh dan Ilustrasi oleh Enche Abdullah Abdul Kadir. Buku ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah siri BAWAL (Program Bacaan Awal).

Buku dalam siri ini sangat menarik! Malangnya sudah tiada dalam pasaran. Harap-harap DBP boleh cetak semula. Ada 50 buah buku dalam 3 tahap - Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3.

Kandungan dalam buku 


Antara isi ceritanya

Buku ini bersifat interaktif dan sesuai sekali untuk aktiviti bercerita. Ia memperkenalkan bunyi-bunyi. Misalnya bunyi Amin mandi, bapa berjalan di atas lantai kayu, datuk bersin dan Mak Ngah batuk. Anak-anak boleh mengajuk semula.

Kami bermain "kotak impian" (biasanya panggil kotak beracun). Kad-kad soalan berdasarkan bunyi di dalam buku. Ada lebih dari lapan bunyi tetapi untuk permainan saya hadkan kepada ini sahaja - batuk, bersin, merebus telur, bunyi, ketawa, menguap dan memandu kereta mainan.

Guna kotak tisu sahaja. Masukkan kad di dalamnya. 


Anak-anak bersama kad cabutan. Mereka perlu lakonkan semula :)
Permainan dijalankan dengan memasang lagu, mereka perlu beri kotak kepada kawan di sebelah sehingga lagu tamat. Orang terakhir yang memegang kotak perlu menyeluk kotak dan ambil satu kad. Baca arahan dan lakonkan. 

Lucu sekali melihat mereka melakonkan arahan ^_^ Sampai ke malam bercerita dan meneka bunyi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Selasa, 1 Disember 2015

Tarik minat anak mengaji Al-Quran


Alhamdulillah, hari ini anakanda Abdullah Naufal mula masuk Iqra' At-Taisir modul 3. Permulaan modul ialah memperkenalkan huruf kasrah (berbaris bawah).

Terfikir buat sesuatu sebagai meraikan kejayaannya menghabiskan modul 2. Setelah hampir separuh modul 2 belajar menggunakan papan putih (whiteboard), ummi perlu gigih lagi mengajar Abdullah. Namun saya sedar, semuanya aturan Allah. Allah yang melembutkan hatinya mengaji al-Quran, Allah juga yang memberi ganjaran hasil kepada kejayannya ini.

Emosinya cepat berubah dan saya sering berhati-hati dengannya. Hehe.. Namun selalu juga tidak tahan sabar. Astaghfirullah.. apa saya buat? Saya tamatkan sesi tersebut cepat-cepat supaya tiada yang tercedera emosi ^_^

Permulaan

Semakin cekap

Hampir siap

Lengkap. Alhamdulillah :)

Mumtaz!
 Material yang digunakan ialah kepingan kotak terpakai dan cawan kertas saiz kecil. Susunan huruf tidak mengikut aturan.


Saya menggunakan buku Iqra' At-Taisir. Harganya RM19.00 (tidak termasuk kos penghantaran). Jika berminat boleh hubungi saya ya (013-3613516). Boleh klik sini.Terima kasih :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi




Isnin, 30 November 2015

Kamus Bergambar Kanak-kanak


Teruja!

 Menerima kiriman kamus bergambar ini beberapa bulan lalu. Dibelikan adik ketika menuntut di bumi Anbiya'. Masya Allah. Bukunya comel sahaja. Dan yang penting berkulit keras (board book). Cuma tiada baris. Tidak mengapa. Boleh ditambah kemudian :)

Mengapa saya gemar kamus bergambar? Kerana banyak aktiviti boleh dilakukan bersama anak-anak. Bercerita, cari dan jumpa, belajar perbendaharaan kata yang baru, membuat origami dan permainan kecil.

Kamus ini didatangkan dalam 1 set. Ada beg khusus.

Set kamus bergambar

Susunan dalam buku



Sebenarnya ada 8 buah buku tetapi 2 buah sudah diambil anak-anak. Tidak sempat mahu ambil gambar :) Perasan tidak, buku-buku ini menggunakan gambar real bukan gambar kartun. Ini lebih baik!

Alam

Al-malabisu (pakaian)


Bahagian dalam buku


 Perlu kumpul duit lagi untuk kirim adik beli buku di sana ;) Pesta buku di Mesir sangat besar. Kebanyakan buku kanak-kanaknya dijual pada harga yang murah, berkulit tebal dan berwarna-warni. Ada juga buku pop-up.

Jumpa lagi :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Ahad, 29 November 2015

Tema : عنب


Hari ini belajar  perkataan bahasa Arab - عنب - anggur. 


Pengenalan : Bermain kotak misteri. Masukkan tangan ke dalam bekas legap yang diberi oleh saya. Mereka perlu merasa dengan tangan dan meneka benda tersebut. (Sudah pasti semua orang perlu cuci tangan dengan bersih sebelum pernainan!)

Kesemua anak ini dapat meneka dengan betul. Masya Allah!

Aktiviti :

Perkenalkan perkataan  عنب. Sebut beberapa kali.

Aktiviti pratulis - memandangkan semua masih dalam peringkat baru belajar menulis.

Menampal jigsaw puzzle. Dibuat dua tahap kerana ada yang berusia 3, 4 dan 5 tahun.

Semasa aktiviti

Dah siap :)

Ulangkaji semua perkataan yang dipelajari sebelum ini. Alhamdulillah :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Sabtu, 28 November 2015

Malaysia Islamic Children Fair 2015


Alhamdulillah.

Berpeluang ke MICF 2015 di SACC Mall, Shah Alam. Sudah lama berhajat untuk singgah ke pesta buku kanak-kanak ini.

Sumber : Laman web MICF


Kami tiba jam menghampiri 11 pagi. Tempat letak kenderaan sudah penuh. Terpaksa mencari di tempat yang jauh sedikit. Sebelum masuk, kita minum dulu! Ada lori MILO di luar SACC Mall ini. 


Memasuki pintu utama, kami mendaftar dahulu di kaunter. Dapat hadiah beg, penanda buku, risalah dan belon (anak-anak sangat suka!). Di kaunter ini ada dijual kupon untuk membuat aktiviti di dalam dewan pameran. Boleh pilih mahu memanah, sand art, mencanting batik dan 2 aktiviti lagi yang saya lupa ;) RM5.00 untuk satu kupon. Saya beli dua. Tapi tidak sempat gunakan.

Di kaunter pendaftaran. Khaulah tulis nama sendiri pada kertas bentuk tapak tangan (hi-5)
 Pada kertas ini perlu tulis nama, umur, sekolah dan lengkapkan slogan "Saya akan membantu rakan-rakan .............."

Nama : Khaulah binti Ahmad Kamalarifin (berpeluh-peluh dia menulis nama sendiri)
Umur : 5 tahun
Sekolah : Fitrah (=^_^=)

Hehe..
Tampal pada pokok. Yeay!!
Bermulalah kami berjalan-jalan sekitar reruai (booth) yang ada. Pada masa yang sama, perasmian sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia sedang berjalan di pentas utama :) Banyak reruai pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti Brainy Bunch Motessori, Genius Aulad dan Little Caliph. Tak sempat ambil gambar sebab dukung baby :D 

Reruai lain menawarkan pakaian dan hijab kanak-kanak, produk pendidikan awal kanak-kanak, permainan, kad imbas felt, kinetic sand, cd pendidikan, makanan, susu kambing pelbagai jenama, buku kanak-kanak dan buku untuk keibubapaan.



Tip ke pesta buku (cara saya) :

1. Google terlebih dahulu gerai mana mahu dituju.
2. Senaraikan barang yang mahu dibeli dan bajet. 
- Jadi harapnya dapatlah menjimatkan masa dan kos. 
3. Jangan lupa makan dahulu sebelum ke sana. 
4. Siapkan bekalan air dan makanan ringan dalam beg untuk persediaan waktu kecemasan ;)
5. Siapkan juga tisu basah, pampers, tuala kecil jika membawa anak kecil.

 Kami menuju Karangkraf dan baby_edushop_vendor. Selebihnya meninjau-ninjau sahaja. Agak meriah dengan pengunjung. Kami sempat melihat aktiviti Nora dan tim dari Hud Hud Media di pentas utama pada sebelah petang.

Sebelum pulang, sempat pula singgah di reruai Rumah Ngaji. Sangat menarik konsep Rumah Ngaji ini. Idea penubuhannya tercetus apabila melihat keadaan masyarakat semakin hari semakin tenat dan salah satu cara untuk membetulkan keadaan ini ialah kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Besar harapan mereka untuk melihat seorang penggerak dalam setiap keluarga membudayakan Al-Quran.



Kami mendaftarkan nama dengan Rumah Ngaji. Semoga ada manfaat yang dapat disebarluaskan lagi insya Allah.

Hasil belian hari ini :

1. Mia Merah Jambu (Karangkraf)
2. Matahari Janganlah Marah - Karangkraf (ditulis oleh rakan penulis. Tahniah!)
3. 100 aktiviti Siri 1 (Karangkraf)
4. Lembaran aktiviti daripada buku Princess Solehah dan Little Maryam (Little Caliph)

Alhamdulillah :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Jumaat, 27 November 2015

Rekod bacaan @ Reading Log



Salah satu cara nak track bacaan anak. Sebenarnya sudah bermula ketika dia berusia 3 tahun 9 bulan tapi ada yang sudah hilang.

Tampal bentuk rama-rama. Tulis nama buku pada kertas. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ;)



Kini, buat dalam rekod bacaan @ Reading Log. Moga semakin minat membaca buku. Kita pun boleh lihat berapa banyak buku yang dibaca :)



Ada sekumpulan ibu dari Indonesia yang membuat Cabaran Membaca 1000 buku sebelum masuk sekolah tahun 1. Ada pelbagai cara untuk pupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak, bukan?

Selamat membaca!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015