Isnin, 7 Mac 2016

Ulasan buku : Mama, Ceritalah Lagi...


Beberapa tahun lepas saya pernah membaca buku Mama, Ceritalah Lagi.. karya Mama Tok @ Puan Hasniah. Buku ini terbitan Ameen Books. Masya Allah sangat berinformatif dan menarik sekali bukunya. Sebenarnya ini adalah buku kedua dalam siri Ceritalah Lagi. 

Saya tertarik dengan buku ini tatkala membaca perkataan Panduan Bercerita... pada waktu itu anak saya masih kecil dan saya dalam fasa bercerita sebelum tidur kepadanya. Maka, buku ini menjadi pembakar semangat saya dan anak untuk sama-sama membaca dan bercerita ;)

Mari saya kongsikan sedikit isinya :










Selamat mencuba!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Selasa, 1 Mac 2016

Takut vs Berani



Hujan. 

Anak sulung dan anak kedua takutkan hujan semasa mereka kecil. Tapi, anak ketiga 
sebaliknya. 

Dia sukakan hujan. Apabila hujan turun, dia akan melihat keluar.

“Adik nak apa?”

Mulutnya muncung mengatakan “Uh..” dan tangan menunjuk ke arah tingkap.

“Adik nak tengok hujan?,”

Dia angguk-angguk.

Lalu saya dukung si kecil ini dan bukakan tingkap. Dia merenung hujan dengan rasa
takjub. Begitulah yang saya tafsirkan. Matanya khusyuk melihat dari mana hujan
itu turun.

“Adik, bila hujan turun, Nabi Muhammad sollalllahu alaihi wasallam ajar kita baca 
doa tau. Kita baca sama-sama ya.” 
Lalu, bersama si kakak dan si abang pun membaca doa turun hujan dengan kuat. 



Mulutnya juga terkumat-kamit “membaca” doa.

Alhamdulillah.

** Untung anak-anak ini, sejak dari kecil sudah tahu sunnah Nabi apabila turun hujan. Ummi umur 20 
tahun baru tahu doa turun hujan. Itu pun baca buku maza ya'ni ^_^ Isk..isk..isk..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Ahad, 28 Februari 2016

Big Bad Wolf (BBW) Sale MITC, Melaka


Alhamdulillah, Allah izinkan ke BBW Melaka tahun ini. Kali ini pergi bersama biras, Radhiah :) Kami keluar jam 11 pagi dan saya membawa anak sulung sahaja. Saya hanya mencari buku di sekitar ruang kanak-kanak dan tidak pergi ke ruang lain. 

Keadaan tidak begitu sesak berbanding tahun lepas. Tahun lepas kami perlu beratur selama 3 jam untuk membayar buku! Tahun ini tenang-tenang sahaja :)

Buku kanak-kanak memang banyak. Dari sekecil-kecil buku hingga ke sebesar-besar buku. Ada jenis jigsaw puzzle book, buku+patung mainan, buku kulit keras (board book), soft book, flip book, buku aktiviti, mewarna, buku memasak untuk anak-anak, buku cerita dan set-set buku yang dipakejkan dalam kotak yang cantik. Cuma harganya sudah semakin mahal >_< Itu sangat ketara.

Gambar-gambar sekitar semalam.

Banyak pilihan buku. Namun perlu teliti satu persatu. Ada buku yang muka suratnya melekat antara satu sama lain.

Buku kain untuk Asma'

Board book - setiap helai ada helaian yang boleh dipusing, di tarik ke atas dan tepi. Konsep yang menarik.

Buku dan 114 keping lego. Oh, sangat mini rupanya lego itu! Buku untuk Abdullah Naufal

Buku, jigsaw puzzle dan watak-watak dalam cerita (dalam bentuk foam). Harga RM25 satu set. Jigsaw puzzle ini ada 2 bahagian - hadapan - dam, belakang - gambar halaman rumah. Boleh guna untuk bercerita.

Buku untuk kawan baik di Kelantan. Anaknya suka haiwan katanya.

Khaulah yang sudah kepenatan. 
Ada pro dan kontra jika bawa anak kecil bersama. OK, memang banyak kontra ;) Lepas ini berfikir banyak kali untuk bawa Khaulah ke PBAKL 2016. Hmm....

Selain buku-buku di atas, kami beli 2 buah buku aktiviti bersama Dora (buku besar - mewarna dan ada stiker), 1 buku tulis dan padam dan 1 set kit mewarna. Semua ini untuk sebahagian sepupu anak.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Isnin, 8 Februari 2016

12 Tip Mendidik Anak















Jumpa lagi :)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Selasa, 2 Februari 2016

Kemahiran menggunting


Anak-anak sudah besar apabila menyedari saya kurang mengajar kemahiran menggunting. Mujurlah cepat sedar.


Sebelum ajar anak menggunting, haruslah melatih kemahiran motor halusnya. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah :

1. Mengoyak tisu dan kertas.

2. Memicit span, alat permainan getah yang mengeluarkan bunyi seperti mainan itik.

3. Bermain doh.

4. Exercise genggam tangan dan buka beberapa kali.

Pastikan memilih gunting yang selamat. Gunting yang mempunyai hujung yang tumpul atau bertutup seperti ini :


Untuk latihan menggunting, saya tidak cetak dari internet sebaliknya mendapat idea untuk lukiskan di atas kertas. Buat beberapa salinan, asingkan mengikut corak dan letakkan di dalam bekas.

Untuk templat latihan menggunting boleh juga cari di internet. Antara yang comel :

1) www.dltk-kids.com

2) www.kidslearningstation.com 

3) www.activityvillage.co.uk

4) www.makeoversandmotherhood.com

Sesekali buat aktiviti seperti ini -  membina rumah. Menggunting template rumah dan menampal mengikut bentuk.

Template








Jumpa lagi :)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Selasa, 26 Januari 2016

Jagalah Allah, Allah akan menjagamu




Menjadi ibu ayah merupakan impian sebahagian besar pasangan yang berkahwin. saat disahkan hamil juga merupakan momen indah untuk dikenang.

Menjadi ibu ayah memerlukan ilmu. Bermula dengan ilmu kehamilan, penjagaan makanan, persiapan menyambut bayi, mendidik anak dan senarainya berterusan.

Seperti kata Imam Asy-Syafii, "semakin bertambah ilmuku, semakin kutahu betapa jahilnya aku."

Sebaik-baik model ialah Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam. Bacalah sirahnya, kita akan temui banyak cara yang baginda tunjukkan dalam meladeni anak-anak.

Pernah baginda memanjangkan sujud dalam solatnya sehinga jemaah (para sahabat) menyangka turunnya wahyu. Sedangkan rupa-rupanya baginda memberi peluang kepada cucundanya bermain di atas belakangnya sehingga puas.

Satu nasihat yang cukup baik diberi oleh baginda kepada Abdullah bin Abbas :




‘Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: ‘Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu. Jika engkau memohon (meminta), mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, bahawa seandainya seluruh umat berkumpul untuk memberi suatu manfaat kepadamu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepadamu, kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah untukmu. Sebaliknya, jika mereka berkumpul untuk menimpakan suatu kemudharatan (bahaya) kepadamu, maka mereka tidak akan dapat menimpakan kemudharatan (bahaya) kepadamu, kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.’” [HR. at-Tirmidzi, dan ia berkata, “Hadits ini hasan shahîh.”]

Masya Allah. Subhanallah. Penekanan akidah dalam diri anak-anak seharusnya menjadi keutamaan berbanding ilmu lain. Peringatan untuk diri saya sendiri.

Wallahualam.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Isnin, 11 Januari 2016

Bahan Belajar Bahasa Arab Online!


Saya baru terjumpa blog ini :

http://omarmariam.irsyad.sg/volume1.html


Laman web ini dari Singapura. Buku 1 sangat mudah dan saya terasa seperti Peter and Jane versi Bahasa Arab. Ada disertakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Seronok! Insya Allah akan explore satu persatu :)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015