Ahad, 24 April 2016

Aktiviti hujung minggu


Buat tiga aktiviti ringkas ini untuk anak lelaki. Tetapi saya cetak 3 salinan juga setiap helai untuk kakak dan adiknya. 







Jika ada yang mahukan versi cetak. Bolehlah hubungi saya di emel seperti yang tertera di bawah. Terima kasih :)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Selasa, 5 April 2016

Seminar Teknik Mudah Bantu Anak "Baca, Lancar & Faham" Apa Yang Dibaca oleh Dr Mahani Razali




Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana saya berpeluang mengikuti seminar Dr Mahani Razali kali ini pada 15 Mac 2016 di Hotel Sentral Melaka.





Pesan beliau sabarlah dalam menuntut ilmu. Apabila mendapat ilmu, kita harus sebar-sebarkan. Jangan kedekut ;) Tapi, saya ambil masa yang sangat lama untuk tulis entri ini ;) 


Baiklah, seminar ini secara asasnya bukanlah seminar mengajar anak membaca mengguna teknik khusus tetapi peserta dibawa kepada prinsip asas iaitu :


* Memberi pendedahan kepada bunyi kepada anak sedari awal. Jika boleh sejak hamil sudah mula bercakap dengan anak dalam kandungan. Kajian menunjukkan minda anak dapat dirangsang sejak dari dalam perut ibu lagi. Subhanallah.


* Banyakkan bercakap dengan anak supaya perbendaharaan kata anak semakin bertambah dan berkembang walaupun ketika itu anak masih belum tahu bercakap.


* Pendedahan kepada bunyi bukan sekadar bunyi haiwan dan kenderaan tetapi percakapan kita juga adalah bunyi :)


* Sebelum ajar anak membaca pastikan semuanya seimbang (fizikal, emosi, kognitif, sosial dan lain-lain)


* Rangsang dahulu hormon "happy" anak supaya lebih bersedia untuk belajar


* Boleh pakai apa sahaja teknik membaca. Tidak terhad kepada satu-satu kaedah sahaja.


* Apabila disebut membaca, ada 4 komponen yang perlu kita ambil tahu iaitu :


1) Perbendaharaan kata

2) Abjad
3) Kelancaran
4) Kefahaman

Antara bahan yang dikongsikan semasa seminar :













Saya suka dengan teknik "picture walk". Kita mungkin sudah biasa buat bersama anak-anak. "Picture walk" ialah kita buka buku bergambar satu-persatu dan bercerita. Tidak kisahlah sama ada kita bertanya pendapat anak-anak akan gambar tersebut atau kita sendiri yang bercerita. Konsep ini dapat menarik minat anak untuk membaca.

Beliau mencadangkan supaya menggunakan sejenis inovasi alat dari pvc untuk mengatasi masalah sebutan. Ia dinamakan "Whisper Phone". Alat ini boleh dibuat sendiri.





Seterusnya. fasa ketiga dalam seminar ialah Dr menunjukkan bagaimana mengajar kefahaman kepada anak-anak kita.





* Menggunakan teknik pelangi iaitu menggariskan isi penting dengan warna berbeza seperti merah, jingga, kuning, hijau dan seterusnya. Ini membantu mereka memahami teks dan menjawab soalan pemahaman.


* Menggunakan kaedah jari - apa, siapa, buat apa, di mana dan mengapa,


* Menggunakan "story map".




Latihan seumpama ini juga sebenarnya adalah salah satu komponen pemahaman. Anak-anak perlu mengetahui objek dan memadankannya. Dan latihan yang lagi satu perlu dibaca ayat demi ayat bagi melengkapkan arahan latihan.




Rasanya itu sahaja perkongsian hari ini. Andai ada lagi yang tidak tertaip, saya mohon maaf. Memori dah lemah >_<; 



Jumpa lagi! :)




Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Ahad, 20 Mac 2016

Origami


Sedikit masa dahulu, aktiviti origami dan lipatan menjadi viral di laman sosial atau sekurang-kurangnya ramai dalam kalangan senarai rakan saya di Facebook yang kongsikan album tersebut. Malangnya apabila dicari semula sudah tiada. Maka terpaksalah ingat-ingat sendiri bagaimana membuatnya.


Kami pilih untuk buat burung, gajah dan bangau.

 Tujuan saya membuat origami ini adalah untuk melihat kecenderunganan anak lelaki beraktiviti. Nampaknya dia sudah boleh semakin fokus. Satu perkembangan yang baik. Namun anak-anak jangan dipaksa melakukannya nanti hilang hormon 'happy' membuat sesuatu aktiviti.


Tiga beradik melakukan aktiviti :)


Seronok membuat lipatan kali ini. Anak-anak memilih watak yang mahu dibuat, menggunting, melipat, mewarna dan menggam pada kad manila. Satu proses yang panjang sekali. Di akhirnya tidaklah siap sempurna 100% kerana setakat itu sahaja yang mereka mahu buat. 


Hasil akhirnya. 

Secara peribadi, saya gembira melihat anak kedua yang seronok melakukan aktiviti kraf ini tanpa disuruh. 



Akhirnya, dalam sesi bercerita diselitkan dengan kata-kata Allah. Subhanallah, Allah telah sebut di dalam surah An-Nur ayat 45 :


Maksudnya :


Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air ; maka sebahagian daripada mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Allahu Allah. Segalanya telah Allah sebut di dalam Al-Quran. 
Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Sabtu, 19 Mac 2016

Lapbook : Mata


 Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan dan ilham untuk buat lapbook mengenai mata kali ini. Meskipun sebenarnya kami meminjam sebuah buku bahasa Inggeris dari perpustakaan pada bulan Januari yang lalu. Bukunya comel sahaja.

Tajuknya The Eyes. Berkulit warna ungu dan berwarna-warni penuh.



Pada waktu itu, kami baru sahaja selesai mengikuti kuliah tafsir Surah Al-Balad. Si anak menyebut, "Ummi, macam dalam surah al-Baladlah. Ada pasal mata." Saya agak terkejut. "Yakah? Ayat yang mana ya?" Lalu dibacakan ayat 8 dari surah Al-Balad.


Bukankah kami telah menjadikan untuknya sepasang mata.

Ha, mengapa ya Allah sebut pasal mata dalam al-Quran? Mesti ciptaan mata ini satu ciptaan Allah yang hebat, betul tak? Mari kita baca buku ini.

Konsep mengenai mata diterangkan secara ringkas dan mudah difahami oleh anak-anak. Akhirnya kami buatkan lapbook seperti di bawah :

Ayat Quran 
Gambar rajah mata secara ringkas
Enam warna mata utama di dunia
Allah cipta mata untuk kita ...
Jom Jaga Mata







 Apabila adik yang berkerja sebagai optometri balik kampung, dia terangkan dengan lebih lanjut mengenai mata ini. Seronok! Buat eksperimen ringkas. Insya Allah akan kongsikan nanti.



Semoga bermanfaat :)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Jumaat, 18 Mac 2016

Berkreatif dengan warna air dan 'cotton bud'



Sudah lama tak bermain dengan warna air. Awal tahun ini pernah juga mencari kelas lukisan untuk anak kecil. Alhamdulillah jumpa. Ada di Bukit Baru, Melaka. Cuma hingga kini belum daftar kerana beberapa kekangan. Tambahan lagi, yurannya ... ummi kena menabung dahululah. 

Sementara belum masuk ke mana-mana kelas formal, saban hari selalu bertanya tip dari seorang guru pendidikan seni di sekolah. Cikgu yang seorang ini sangat kreatif dan cantik sungguh hasil seninya :)

Aktiviti warna air dan 'contton bud' ini sudah lama buat. Awal Mac lagi. Baru hari ini dapat kongsi di sini. Aktiviti ini dibuat pada waktu malam. Memang sudah janji untuk buat. Salah satu cara mahu tarik minat mereka tidur awal.


Tekun


Si adik pun mahu cuba juga


Kali ini anak-anak lebih bersedia dan sudah nampak 'hala tuju' semasa mewarna ;)


Hasil akhir. Alhamdulillah.


Seronok! Cubalah..



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Khamis, 17 Mac 2016

Pinjam buku



Awal-awal bulan Mac ini, kerja semakin hari semakin bertambah. Hingga satu tahap saya hilang suasana membaca. Cuti sekolah ini sekali lagi ke Perpustakaan Negeri. Apabila berada di bahagian kanak-kanak, saya suka meninjau koleksi buku cerita lama seperti siri Enid Blyton, kisah Noddy dan siri buku kanak-kanak yang lain. Mengimbau kenangan semasa kecil :)




Berjaya pinjam 5 buah buku iaitu Mengenali Imam Asy-Syafi'i karangan Ustaz Umar Muhammad Nor, Deme Wasap Ambe Reply oleh Ustaz Azhar Idrus, Buat Pahala 'Free' Gaya Rasulullah oleh Dr Mohd Khairul Nizam, Tanyalah Diri oleh Pn Roza dan Wanita Solehah oleh Hikmatul Islam. Buku House At The Corner itu saya pinjam menggunakan kad perpustakaan anak :) Rasanya kami pernah ada buku ini dahulu. Versi kulit keras tapi ya, ke mana sudah buku itu. 



Buku pinjaman anak-anak. Sebahagian dipilih oleh mereka dan sebahagian lagi saya pilih secara diktator ;p Khaulah pemegang kad Ahli Kelab Kancil maka boleh pinjam 8 buah buku dalam satu masa. Majalah dan cakera padat juga boleh pinjam cuma saya tidak pasti bilangannya. Kali ini kami pinjam sebuah cakera padat matematik prasekolah tapi belum tonton lagi.

4 daripada 6 buah ini sudah habis dibaca. Dan saya tidak sangka anak sanggup membaca buku cerita mandarin itu satu-persatu (ada subtitle sebutan.) Andailah saya ini boleh ajar anak Mandarin ^_^ Beria dia membacanya.

Jom baca buku!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Rabu, 16 Mac 2016

I Spy Bottle versi kami



Minggu lalu, usai mesyuarat PIBG sekolah, saya lihat ada banyak botol air mineral yang kosong. Diam-diam memikirkan apa yang boleh dibuat dengan botol kosong ini. Teringat I Spy Bottle yang banyak dilihat di internet suatu masa dahulu.

Baru ini berkesempatan untuk buat. 

Bahan-bahan :

Botol kosong lutsinar
Sepit baju berwarna dan ada watak kartun
Ladybird 
Butang baju
Sudu mainan
Duit syiling (tiada dalam gambar)
Beras (yang sudah tamat tempoh ;p)
Kertas yang sudah laminate menunjukkan benda-benda yang perlu dicari




Cara-caranya :

Masukkan sedikit beras terlebih dahulu, masukkan benda-benda mini ini dan beras sekali lagi.
Goncangkan.
Tutup dan seal terus.


Untuk anak yang lasak perlu cari bekas yang lebih tahan lasak. Ada orang yang tidak gemar menggunakan makanan sebab membazir. Tidak mengapa, boleh sahaja ganti dengan sabun cuci pinggan, gel rambut atau seumpamanya :)


Banyak laman web yang berkongsi idea I Spy Bottle mereka :



Selamat mencuba.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015