Rabu, 22 Jun 2016

Aktiviti Ramadan : Lapbook Unta


Berdasarkan aktiviti 1 hari 1 perkataan, kami mempelajari perkataan ibili (unta). Teringat yang saya mempunyai sebuah buku berkenaan unta. Tajuknya Bagi Golongan yang Berpemikiran karya Harun Yahya, edisi Bahasa Melayu terbitan Saba Islamic Media. Awal tahun 2000-an saya dan rakan-rakan sangat suka membaca buku beliau.


Dalam buku ini, terdapat beberapa bahagian. Bahagian pertama diceritakan tentang haiwan yang disebut dalam al-quran seperti lebah, nyamuk dan unta. Grafiknya sangat mengesankan menyebabkan saya dan anak-anak suka membaca fakta tersebut.

Perkataan unta ini diambil dari Surah Al-Ghasyiah ayat 17 :



Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan,

Masya Allah. Sehingga Allah menyebut kejadian unta di dalam al-Quran pasti ianya suatu kejadian yang perlu difikirkan. 




Selepas membuat bacaan daripada beberapa sumber, barulah diketahui bahawa ada 2 jenis unta. Ada unta dengan 1 bonggol dan ada unta dengan 2 bonggol. Jenis dan lokasi kedua-duanya adalah berbeza.

Bagi lapbook ini, kami bina secara ringkas sahaja. Mengandungi :

1. Pengenalan ayat
2. Gambar unta dan bahagian badannya
3. Fungsi anggota badannya
4. Banding beza antara Unta Arab dan Unta Bactrian
5. Peta lokasi taburan unta di seluruh dunia
6. Jigsaw puzzle unta

Oh ya, kami lihat video Unta "This Is EmilyYeung Learning About Camels" (klik link)

Insya Allah, gambarnya akan saya muat naik nanti. Semoga bermanfaat :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Selasa, 21 Jun 2016

Testimoni Jurnal Ramadan


Alhamdulillah, Jurnal Ramadan sangat membantu ibu ayah menyusun aktiviti anak-anak semasa bulan puasa. Beberapa orang pelanggan yang membeli Jurnal Ramadan ini telah memberikan respon positif. Masya Allah.. sangat gembira apabila mereka gembira. 

Mari lihat apa yang dikongsikan oleh mereka :

Pn Noorhayati (founder of Azatykids) sangat rajin berkongsi aktiviti anak-anaknya. Gigih sungguh ibu berkerjaya ini mencari quality time bersama anak-anak :)


Rukun Iman



Rukun Islam


25 Rasul



Banner Ramadan yang telah siap diwarna dan digantung

Membuat banner Ramadan

Membuat kolaj pokok kurma

 Alhamdulillah, jumpa lagi ya ;)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Isnin, 20 Jun 2016

Aktiviti Ramadan : Belajar Bahasa Arab


Terjumpa semula bahan yang dibuat awal tahun ini. Jadi boleh gunakan lagi sebagai pengayaan anak-anak.

Perkataan-perkataan ini saya perolehi dari sebuah laman sesawang yang mengajar bahasa Arab online. Boleh guna kata carian medina arabic lesson. Di situ telah disediakan modul yang boleh disimpan dan dicetak. Rupanya ada juga dalam versi cetak tetapi jarang didapati di kedai buku. Namun saya pernah berjumpa naskah tersebut di PBAKL 2016 baru-baru ini.

Apabila dicetak

Setelah digunting

Latihan pengayaan ini hanya bertumpu kepada هذا dan  من هذا . Saya menggunakan templat clipboard dan petals yang digunakan untuk membuat lapbook. Jika tidak silap, saya peroleh templat percuma ini dari laman sesawang www.homeschoolshare.com.

Bukaan petals

Boleh dilipat - tutup

Semalam anak-anak tidak mood mahu mewarna jadi biar sahajalah gambar ini hitam putih ^_^ Latihan ini ditampal dalam buku tulis mereka.

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Ahad, 19 Jun 2016

Aktiviti Ramadan : Permainan Kad Memori (Memory Card Game)


Sudah lama tidak membuat permainan sendiri. DIY (do-it-yourself).



Sempena bulan puasa ini, mahu recall sahaja beberapa perkataan bahasa Arab yang telah dipelajari. Maka dibina permainan ini. Saya hanya bina 10 pasang kad diikuti dengan gambar dan kalimah. Saya tulis pada kad manila dan anak akan warnakannya.

Cara bermain terpulang kepada masing-masing. 

+ Kami terbalikkan kesemua kad. 
+ Susun secara rawak.
+ Buka kad pertama dan kad kedua, jika tidak sama tutup kedua-duanya. Jika sama, letakkan ke tepi.
+ Minta anak sebutkan gambar dan perkataan.
+ Langkah ini diulang sehingga semua kad bertemu pasangannya :)


Perkataan-perkataan itu ialah :

- najmun (bintang)
- ma' (air)
- qalamun (pen)
- sama' (langit)
- farasyatun (rama-rama)
- syamsun (matahari)
- masjid (masjid)
- jibalun (bukit / gunung)
- kitabun (buku /  
Quran)
- tamar (kurma)

Jumpa lagi. Siiru 'ala barakatillah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Sabtu, 18 Jun 2016

Aktiviti Ramadan : 1 Hari 1 Perkataan


Saya mendapat idea membuat kad ini selepas membaca ebook 49 Idea Aktiviti Ramadan untuk Anak-anak. Apabila membuat carian di internet ternyata idea ini telah lama dibuat oleh ibu-ibu di seluruh dunia :)

Malangnya pencetak di rumah rosak, termenung juga mahu membuat sendiri :D Gigihkan jugalah mengukur, menggunting, melukis dan menulis. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Close up

Kesemua 30 keping kad

Pada kad tertulis perkataan bahasa Arab, gambar dan dari surah manakah perkataan ini diambil atau terdapat dalam al-Quran. Cadangnya mahu tuliskan maksud firman Allah berkenaan di belakang kad tetapi tidak mempunyai kesempatan. Maka kami tampalkan perkataan bagi setiap hari puasa. Insya Allah nanti kami kongsikan aktiviti berdasarkan perkataan-perkataan ini pula.

Tema keretapi - kegemaran anak-anak
Ya Allah, apabila dibuat begini barulah nampak seronoknya belajar bahasa Arab dan perbendaharaan kata juga bertambah dari sehari ke sehari. Subhanallah. Apabila membaca al-Quran, minda teringat aktiviti di atas setiap kali berjumpa perkataan yang sama atau seakan-akan :) Saya fikir aktiviti ini masih boleh diteruskan selepas bulan puasa ini.

Barakallahufik atas pencetus idea ini. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Jumaat, 10 Jun 2016

Puding Kastad


Puding kastad ada memori tersendiri bagi saya. Semasa kecil dahulu, setiap kali bulan ramadan, pak long sekeluarga yang tinggal di Kajang akan pulang berbuka bersama kami di Melaka (keluarga saya tinggal bersama nenek).

Suasana sangat meriah. Persiapan berbuka dibuat beramai-ramai. Kami yang kecil ini diberi peluang menolong juga - bahagian teknikal 😉

Paling saya suka kuih lembut berwarna kuning (baca : puding kastad). Tapi kuih ini terhad pada masa itu. Emak saya juga jarang membuat puding ini maka ia menjadi menu istimewa saya (secara peribadi) ketika itu. Hehe.

Meningkat dewasa, pengasuh anak selalu membuat kuih ini dan saya selalu menempah sahaja daripadanya.

Hari ni emak hulurkan resipi puding ini kepada saya. Wah! Saya titipkan di sini :

Puding Jagung Kastad




Bahan :


1 tin jagung manis
1 tin susu cair (saya guna susu pekat manis dengan nisbah 1 : 5 ~~ 1 bahagian susu pekat manis, 5 bahagian air)
1 cawan gula
1 cawan tepung kastad
3 cawan air

Cara membuat :

a) Masukkan 2 cawan air, 1 cawan gula dan 1 tin susu cair ke dalam periuk.
b) Kacau sehingga gula larut (gunakan api yang kecil).
c) Bancuhkan 1 cawan tepung kastad dengan 1 cawan air di dalam mangkuk.
d) Masukkan bancuhan tepung kastad tadi ke dalam periuk.
e) Masukkan 1 tin jagung manis.
f) Kacau sehingga menjadi pekat.


Selamat berbuka semua 😃

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : ainadayanahilmi

Khamis, 9 Jun 2016

Aktiviti Ramadan : Ramadan Board Game 2




Alhamdulillah, baru hari ini permainan ini siap sepenuhnya. (Artikel Ramadan Board Game sebelum ini). Ada 5 kategori soalan dan saya lekatkan sampul soalan pada kotak terpakai yang telah dibalut cantik.











Soalan dalam kad doa



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015