Selasa, 15 November 2016

Surah Al-A'laa ayat 4 dan perkataan rumput


Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak, (Surah Al-A'laa ayat 4)




Selepas selesai tulis makna perkataan ini, anak tegur, "Ummi, rumput bukan abba ke?" Subhanallah, ya, itu di dalam surah 'Abasa. Di dalam surah Al-A'laa kita jumpa another vocab untuk rumput. Mumtaz anak-anak!


Dan buah-buahan dan rumput (Surah Abasa : 31)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 14 November 2016

Surah Al-A'laa ayat 3


Sebenarnya kami memulakan sesi hafazan ini pada akhir bulan Oktober. Ayat 3 dari surah ini kami mulakan 2 hari sebelum saya bersalin. Waktu itu keadaan sudah semakin sarat dan saya memang tidak berapa sihat. Alhamdulillah, sampai juga kami ke ayat 3.


Bagi ayat ini, kami menerangkan bahawa setiap makhluk yang Allah jadikan telah ditentukan-Nya berserta fungsi dan peranan masing-masing. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 13 November 2016

Hafazan Surah Al-A'laa


Kami mulai semula hafazan Surah Al-A'la mengikut permintaan anak. Kali ini dengan sesi tadabbur. Namun suami tidak memberatkan anak belajar lebih dalam. Cukup mengetahui makna dasar sesuatu ayat mengikut kemampuan anak. Yalah, saya setuju sahaja. Saya juga tidak pandai menerangkan lebih lanjut.




Menekuni ayat 1 hingga 2, kami memperkenalkan anak dengan beberapa istilah yang telah biasa kita lakukan sehari-hari.

Tasbih - subhanallah
Tahmid - alhamdulillah
Tahlil - la ila ha illallah
Takbir - Allahu akbar
Istighfar - astaghfirullah

Sekadar pengayaan, anak diminta menyebut dan menulis apakah yang diciptakan Allah.

Terdapat 7 perbendaharaan kata yang dipelajari hari ini.



Kali ini si kakak menyalin ke dalam buku. Saya bantu sedikit-sedikit. Meraikan kegemarannya untuk menulis sekarang.

It's a life long learning.... Moga kita semua kekal menggenggam iman sehingga akhir hayat...Amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homescooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Lapbook Surah At-Toriq



Lama sungguh kami ambil masa siapkan lapbook Surah At-Toriq😄 Sebabnya, fokus anak-anak memang tidak lama. Lagi pula banyak aktiviti menulis, hanya si kakak boleh fokus lama sedikit. Yang lain lebih gemar membantu menggunting dan menampal 😉










Boleh baca mengenai Surah At-Toriq di sini
Semoga bermanfaat 😉

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 11 November 2016

Ulasan buku : Ibu, Kuingin Tahu



Judul buku : Ibu, Kuingin Tahu
Penulis : Nur Khairunnisa Iskandar
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga : RM26.00
Muka surat : 163

Anak yang dianugerahkan oleh Allah adalah unik dan setiap seorang mempunyai personaliti tersendiri.

Ibu bapa adalah guru pertama anak-anak sebelum mereka melangkah ke sekolah dan rumah menjadi madrasah pertama yang menjadi tempat tarbiah anak-anak.

Pakar perkembangan kanak-kanak banyak mengatakan usia seawal dua atau tiga tahun pertama merupakan tahap perkembangan optimum kanak-kanak. Pada masa ini mereka mampu menyerap dan meniru apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka.

Tiga tahun bersamaan dengan 1097 hari. Masya Allah! Bayangkan sekiranya kita dapat memanfaatkan hari-hari tersebut bersama anak kita. Subhanallah.

Buku ini tampil membuat perkongsian cara yang kreatif dalam memperkenalkan Allah dan Islam kepada anak kecil. Ya, ramai yang tidak tahu di usia manakah kita sudah boleh memperkenalkan Allah kepada anak kecil. Adakah semasa baru lahir, 3-4 bulan atau selepas 2 tahun ketika dia sudah petah bercakap? Jawapannya tiada had umur. Bila-bila masa sahaja kita boleh memperkenalkan Allah dan menerapkan kefahaman Islam dalam diri anak-anak kita.

Membaca buku ini membuatkan saya terasa kerdil. Proses pengajaran dan pembelajaran antara ibu bapa dan anak harus berjalan tanpa ada rasa jemu atau putus asa. Banyak situasi yang kita terlepas pandang yang boleh digunakan dalam mentarbiah anak kita. Sebenarnya ia mudah tetapi disebabkan tidak terbuka hati maka ianya terhijab.

Penulis berkongsi panduan :

☆ cara efektif mendidik anak menggunakan pendekatan kreatif
☆ memancing minat anak mempelajari perkara baru berkaitan solat dan ibadah lain
☆ kepimpinan melalui teladan
☆ alternatif mendidik anak dan diri sendiri

(Muka surat xi)

Berpandukan lima kuasa keramat minda (KKM) iaitu mengambil bait dalam azan ;

1. "Tiada tuhan melainkan Allah". Itu pegangan kita.
2. "Muhammad itu pesuruh Allah". Itu cara hidup kita.
3. "Marilah menunaikan solat". Itu strategi kita.
4. "Marilah menuju kejayaan". Itu matlamat kita.
5. "Allah Maha Besar". Itu pergantungan dan talian hayat kita.

...seharusnya ada kesinambungan dalam proses pendidikan anak seterusnya supaya ilmu yang mencukupi dapat dicurahkan kepada anak dalam menjadi muslim sejati.

Sebanyak 17 soalan dikongsikan bersama pembaca dan setiap satunya diiringi penerangan, tip pendidikan anak, mutiara hadis, cadangan bahan bacaan lanjutan dan Nota Untuk Ibu.

Saya tertarik dengan 4 aplikasi memberi jawapan yang boleh digunakan iaitu melalui contoh, aktiviti, fakta dan penceritaan.

Sesungguhnya mendidik anak memerlukan kesabaran dan perlu buang jauh-jauh sifat amarah kita kerana ianya hanya membantutkan perkembangan mereka. Satu muhasabah buat diri saya apabila penulis menulis nota kecil berbunyi :

"Perasaan marah hanya akan menjejaskan emosi dan semangat berkobar-kobar anak yang mahu belajar solat atau mengaji. Jangan mengharapkan mereka betul semuanya, kerana itulah tujuan mereka belajar."

Saya kira pernyataan ini turut boleh diaplikasikan kepada anak-anak didik di sekolah. Kadang-kala watak seorang guru yang menjadikan sifat tegas dan garang muncul demi memastikan anak-anak didik mendapat apa yang diajar. ^_^

Akhir sekali, saya terkesan dengan tip muhasabah penulis :

♡ Berapa orang daripada anak kita yang anda rasa dapat menyelamatkan kita di akhirat nanti?
♡ Berapa orang yang akan mendoakan kita apabila kita meninggal dunia kelak?
♡ Berapa orang yang akan memimpin tangan kita untuk masuk ke syurga?


Daku memohon keampunanmu ya Allah..rabbi habli minassolihin. Ameen...


==========================================

Harga buku : RM26.00
Kos pos laju semenanjung : RM7.30
Kos pos laju Sabah Sarawak : RM12.00

Hubungi kami 013-361 3516 atau PM di IG / FB / emel kami 😊

==========================================

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 9 November 2016

Giant Jigsaw Puzzle


Antara aktiviti kegemaran anak-anak ialah bermain jigsaw puzzle. Namun, dengan usia anak-anak di bawah 5 tahun, jigsaw puzzle bersaiz besar sangat sesuai untuk mereka.

Apakah kelebihan bermain jigsaw puzzle?

🎈 Bagus meningkatkan kemahiran mengenal dan mengecam
🎈 Meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah 
🎈 Menguatkan ikatan (bonding) antara ibu bapa dan anak-anak
🎈 Menggalakkan komunikasi aktif antara ibu bapa dan anak-anak

Jigsaw puzzle bukan sahaja sesuai untuk anak-anak tetapi juga untuk semua peringkat usia. Permainan ini boleh dikatakan permainan untuk keluarga kerana semua orang berperanan menyumbang idea bagi melengkapkan sesuatu jigsaw puzzle, kan?

Saya juga berikan anak-anak bermain giant jigsaw puzzle ini. Selain mengalih perhatian mereka daripada melihat gajet dan kartun di televisyen, saya sebenarnya ingin mencungkil bakat anak-anak selain melatih fokus mereka. Seronok melihat gelagat masing-masing bermain giant jigsaw puzzle ini.



Hasil anak


Ada empat jenis yang boleh dipilih :

🎁 Numbers






🎁 Alphabet




🎁 Dinasour


🎁 Animals









Ciri-ciri giant jigsaw puzzle ini ialah :

🚩 mempunyai 28 keping kad
🚩 Saiz 1 keping ialah 8cm x 9cm
🚩 Selepas siap cantum, saiz lebih kurang saiz A3 ~ 51.5cm x 36.5cm
🚩 Diperbuat daripada kadbod berkualiti tinggi
🚩 Didatangkan bersama kotak. Lebih kurang saiz A4 ~ 19.0cm x 25.0cm x 4.5cm. Insya Allah mudah untuk dibawa ke mana-mana. 

Lepas main, kemas dan simpan dalam kotak. Mudah dan efisyen untuk penyimpanan 😉

Ada lagi kelebihan giant jigsaw puzzle ini!

🎇 Material yang amat berkualiti, tidak mudah rosak jika terkena air
🎇 Tahan lama dan boleh diguna berulang kali
🎇 Ilustrasi dan gambar berwarna-warni, terang, jelas dan menarik
🎇 Bagi jigsaw puzzle Alphabets dan Numbers, setiap keping boleh dijadikan kad imbad
🎇 Bagi jigsaw puzzle Animals dan Dinasour, kita boleh jadikannya sebagai kuiz bersama anak-anak.

Harga bagi satu set giant jigsaw puzzle ini ialah RM22.00 belum termasuk kos penghantaran. Boleh dapatkan dengan saya, hubungi 013-361 3516 😊


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 8 November 2016

7 aktiviti anak semasa ummi berpantang


Gambar : Koleksi peribadi

Aktiviti anak-anak semasa ummi berpantang di awal-awal minggu ini..

1. Beri tugasan

- Biasanya saya minta anak ambilkan baju bayi yang sudah kering di ampaian dan masukkan ke dalam bakul pakaian bayi.
- Anak rasa seronok kerana berasa dihargai dan diberi tanggungjawab. Tak mengapalah jika tidak berlipat.

2. Main masak-masak



- Paling mudah nak melayan anak. Saya di atas katil bersama bayi, anak bermain di karpet.
- Waktu ini komunikasi aktif, dua hala, rangsang anak berimaginasi secara kreatif - kakak masak apa? Mula-mula buat apa? Macam mana rasanya?

3. Mewarna dengan krayon


- Pengaruh dari kakaknya. Boleh tahan mewarna berjam-jam 😷
- Boleh bantu anak mengenal warna, mewarna ikut ton yang sesuai, mengenalkan benda dan kaitkan dengan kebesaran Allah.
- Wah, kemasnya kakak warna! Ummi suka tengok.
- Cuba kakak cerita apa yang kakak warnakan ini? 
- Oh, buah-buahan. Siapa beri kita buah-buahan? Allah. Mumtaz!
- Surah abasa ayat 31 : dan buah-buahan serta rumput-rumput.

4. Folder game





- Alhamdulillah, anak berminat dan fokus bermain sambil belajar 😉 Boleh lihat di sini apa itu folder game ☺

5. Jigsaw puzzle

- Yeay 🙌 adanya jigsaw puzzle saiz jumbo ini memang melekakan anak-anak bermain. 
- Ada banyak jenis boleh pilih, nanti tunggu reviu ya... Ada gambar haiwan, dinasor, mengenal abjad dan nombor.
- Jigsaw puzzle yang sudah siap dicantum akan berukuran saiz A3.
- Setiap set ada 28 keping kad dan didatangkan bersama dengan kotak. Senang dibawa ke mana-mana.
- Malahan, mudah dikemas sebab ada kotaknya sendiri.

Jigsaw puzzle Animals


6. Buku mewarna magik

- Warna guna berus khas. Jangan risau, air tak tumpah dan tak risau baju anak kotor.
- Boleh sahaja sediakan air dalam bekas kecil. Anak celup air bila sudah kering dan berus pada gambar di buku.
- Buku berharga RM35 sebuah. Ada 5 tajuk - numbers, transportation, my first words, alphabet dan animals. Nanti akan reviu juga insya Allah. Sebab buku ini sangat menarik ;)





7. Sesi mengaji dan membaca buku cerita

- Sesi selama 5 minit sahaja. 2 atau 3 kali sehari bagi sesi mengaji al-Quran.
- Sesi membaca buku cerita selalunya saya subkan kepada suami sahaja 😅 Saya tak larat nak bercakap banyak.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015