Rabu, 11 Januari 2017

Surah Al-Buruj II


Semalam masih lagi reviu surah al-Buruj. Ayat 11 hingga 22. Tidak semua ayat saya boleh lukiskan ilustrasi. Maka saya gabungkan dua ayat. Bercerita lagi surah ini dengan anak-anak. Bulat mata masing-masing apabila diceritakan azab neraka. Allahu, polosnya anak-anak ini. Mereka memahami. Allah ya Allah, hadirkan juga rasa itu ke dalam diri kami.




Selepas habis sesi tasmik dan belajar surah ini, saya beri kebebasan kepada anak untuk buat kerja. Dia memilih untuk buat lukisan. Kali ini ajar dia melukis dengan crayon warna putih dan warnakan air. Lihat apa jadi? :) Seronok dia. 


Sudah mula hafazan surah baru - Surah An-Naba'. Insya Allah hari ini mula bercerita mengenai surah ini. Perlu "study" dahulu sebelum mula "kelas" dengan anak-anak siang nanti.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 10 Januari 2017

Aktiviti minggu pertama 2017


Minggu lalu lebih tertumpu kepada hafazan Surah Al-Buruj anak sulung. Anak no 2 sudah hafaz Surah 'Abasa rupanya. Yang satu ini memang berkobar-kobar baca Quran setiap hari walhal baru sampai Iqra' 5 dalam Iqra' At-Taisir. Boleh dipuji ini ;) Anak ketiga masih dalam fasa mengenal.

Bercerita tentang surah ini pada anak-anak. Baru 10 ayat dari surah Al-Buruj. Menariknya di dalam surah inilah ditemui kisah seorang budak yang belajar dengan ahli sihir istana dan pendeta. Insya Allah akan kongsi di lain waktu.


Terharu apabila selepas belajar 10 ayat pertama ini, anak dengan penuh gembira pergi cerita kisah ini pada adik-adiknya, sepupu-sepupu (kami tinggal berjiran), nenek, datuk dan abinya. Allahu anak, ummi pun tak mampu untuk sebar kebaikan seperti itu. Masya Allah, tabarakallah.

Minggu pertama memang dilalui tanpa mahu ada tekanan. Meskipun ada banyak kelemahan namun tidak mahu streskan diri. Just go with the flow. Apa yang penting - pengurusan masa. 

"Masalah" lain ialah mahu mengatasi sikap anak-anak. Sekejap baik, sekejap menangis, sekejap berebut, kemudian bermain bersama semula. Meriah sungguh! Perlahan-lahan diperhatikan sikap mereka dan secara konsisten diri sendiri perlu SABAR dan kami sama-sama mengaplikasikan hadith yang telah dipelajari. Salah satu yang paling anak ingat ialah hadith ini :



Menjaga mutabaah amal harian juga sudah menyeksakan. Hah.. mujahadah sungguh nak solat tepat waktu. Waktu nak angkat takbir itulah bayi menangis kuat-kuat. Tapi bila dicekalkan hati meneruskan solat, elok pula si anak diam sejurus kita selesai beri salam akhir. Allahu..

Tapi di kebanyakan waktu, saya perhatikan bayi adakalanya tidur atau diam sewaktu azan dilaungkan. Selepas 15 minit barulah dia akan menangis minta susu atau diangkat. Diam-diam saya memikirkan. Subhanallah, inilah pertolongan Allah untuk saya solat di awal waktu! 

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah mahu didustakan?

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Mati itu pasti



Beberapa hari lalu, kami sekeluaga menziarahi saudara yang kematian suami. Suaminya bekas bilal di kampung kami. Memang terkenal baik orangnya. Dikhabarkan beliau berada di hospital selama sebulan. 2 minggu di CCU dan 2 minggu lagi berada di wad biasa. 

Sungguhpun lama berada di sana, arwah memang sudah tidak memberi respon namun apa yang mengharukan, doktor memaklumkan mulut beliau sentiasa mengaji dan berzikir. Tetapi, apabila dipanggil beliau tidak memberi respon. Dalam peristiwa lain, jam empat pagi dan subuh setiap hari semasa berada di wad beliau akan mengangkat takbir. Hakikatnya, arwah memang sudah tidak memberi respon. 

Subhanallah subhanallah subhanallah, memang semasa hidupnya beliau dikenali seperti itu. Rutin beliau di rumah, akan bangun awal untuk tahajud dan keluar menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Di akhir hayatnya juga beliau sempat mengucap syahadah. Subhanallah. Semoga syurga untuknya.

Mengalir air mata tanpa dapat ditahan. Bagaimana dengan diri saya nanti?

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 9 Januari 2017

Belajar surah Al-Buruj





Kakak masih meneruskan pembelajaran tentang Surah Al-Buruj. Sambil belajar, adik-adik yang lain membuat aktiviti masing-masing. Si abang dan si kak cik bergilir-gilir bermain logico primo, snake button, lacing, padankan objek dengan bayang dan padankan huruf hijaiyah fathah. Cuma, kak cik belum menguasai padankan huruf hijaiyah ini. Insya Allah, proses pembelajaran masih berlangsung.






Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 5 Januari 2017

11 Idea Memperkenalkan huruf hijaiyah kepada anak





- Saya bina untuk anak nombor dua. Hingga kini masih boleh digunakan. Guna kadbod terpakai dan batang aiskrim.








Memperkenalkan huruf hijaiyah ba. Boleh klik sini.

🎁 Aktiviti menampal stiker
🎁 Mencari huruf yang sama
🎁 Kolaj kertas

















Lembaran aktiviti mewarna huruf hijaiyah


Jigsaw puzzle dan kad memori huruf hijaiyah


Semoga bermanfaat 😊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 3 Januari 2017

Buat playdoh sendiri


Semalam ambil kesempatan buat playdoh sendiri bersama anak. Asalnya mahu buat playgroup tapi semua orang ada hal. Yalah, hari ini dah mula sekolah.

Kami cuba resipi doh dari Dr Siti (Facebook : Fauzan N Siti). Ini resipinya :

Bahan :

2 cawan tepung
1/2 cawan garam yang dikisar halus
2 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil cream of tartar
Perisa vanilla / ros / pandan / eo (ada lagi, saya tak ingat)
Pewarna
1 cawan air mendidih

Cara :

Satukan semua bahan kecuali air dan pewarna. Gaul sebati. Masukkan air mendidih. Gaul dengan sudu. Bila dah suam sedikit uli doh dengan tangan. Bahagikan doh dan letakkan pewarna. Uli lagi.



Pengalaman kami hari ini :

Doh agak melekit, maka kami tambahkan sedikit tepung. Di rumah ada pewarna kuning dan oren sahaja jadi kami bahagikan doh kepada dua bahagian.

Lama-kelamaan doh menyerap pewarna dan masya Allah hasilnya memang cantik dan doh sedang elok. Namun, anak kedua lebih menyukai cloud dough yang pernah dibuat dahulu. Insya Allah ada masa saya kongsikan.

Kononnya mahu anak ketiga membuat doh huruf hijaiyah tetapi jadi begini. Bolehlah 😂 Tak ada pelapik, anak-anak ini ambil penutup kotak simpanan. Haha.. lukis atas pelapik plastik ini guna whiteboard marker.


Anak nombor dua memang suka hati dia sahaja mahu buat apa. Saya ikutkan sahaja sebab sebelum ini dia agak sukar diajak main doh sebab penggeli. Mungkin kena latih lagi kemahiran sensorinya.



Si kakak pun mencuba doh yang dibuatnya.


Selamat mencuba 😉

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 2 Januari 2017

Pretend play


Hari ini bersantai di rumah sahaja. Suami set up pencetak baru, anak-anak sibuk main bekas polisterina pencetak dari dalam kotak.

Elok sahaja ada ruang seperti kotak televisyen. Maka, sel-sel otak mereka pun bersambung dan bercambah-cambah idea.

Dalam diam, kami mendengar perbualan anak-anak. Imaginasi tinggi. Sayang sekali saya tidak merekod perbualan mereka. Apa yang pasti memang tergelak mendengar celoteh masing-masing.

Petang - hujan lebat turun. Namun, rutin mengikut abi pergi mengajar tetap tidak lupa 😅 Berbondong-bondonglah tiga beradik ini naik kereta. Bawa bekal makanan, minuman dan beg Quran masing-masing. Untungnya, hari ini ada nek ummi menemani.

Moga mereka baik-baik sahaja di surau nanti.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015