Sabtu, 28 Januari 2017

Ulasan buku : Planner Aktiviti Ibu dan Anak


Menjadi ibu bukanlah satu tugas yang mudah. Setiap hari berhadapan dengan aneka ragam anak-anak. Banyak yang tidak terduga namun itulah momen manis yang bakal dikenang dalam hidup 😉 Berbekalkan semangat dan kesabaran yang tinggi, ibu masih mampu tersenyum dan sentiasa berfikir untuk memberikan yang terbaik.

Nah! Di tangan saya ada sebuah naskah istimewa untuk ibu ayah semua. Planner Aktiviti Ibu dan Anak.




Sungguh, saya teruja menerima naskah ini. Ada banyak perkara menarik hati saya. Planner bersaiz sederhana (lebih kurang 19.7 cm x 26.35cm) dan tebal 302 muka surat. Ia dimulakan dengan kata-kata dari pepatah Arab yang berbunyi :



Ibu adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Apabila engkau telah persiapkan mereka dengan baik, maka sesungguhnya engkau telah mempersiapkan sebuah generasi yang baik dan kuat.

Planner ini berwarna-warni penuh. Bahagia melihatnya ❤ Apa yang ada di dalam planner ini?

🚀Ada sorotan kalendar 2016, 2017, 2018 dan 2019




🚀Kalendar ringkas 2017 dan 2018 - boleh catat dalam kotak kecil di situ




🚀Ada Ramadhan Kids Planner - Yeay!! saya suka yang ini sebab boleh letak idea untuk dibuat dengan anak-anak sepanjang 30 hari berpuasa. 




Dalam gambar ini, saya pakai pensel sebab baru draf sahaja. Nanti boleh tukar-tukar lagi 😄

🚀Ada to do list, tempat yang ingin dituju, matlamat tahunan, dan jadual harian anak. 


Contoh jadual harian kami


🚀Ada contoh penggunaan planner lagi. Awesome! Bagus untuk ibu yang baru belajar nak guna planner macam saya ini 😁




🚀Ada 7 bahagian utama yang ibu-ibu boleh isi iaitu :

🎁 1 - Perancangan / rekod Aktiviti Harian

Di dalam ini ada Jadual Aktiviti Hafazan dan Jadual Aktiviti Harian dan Nota


Sumber gambar :Instagram Planner Ibu Anak


🎁 2 - Sesi Flashcard

Ini memang jarang atau tak pernah lagi saya temui. Ibu-ibu boleh catat masa bila guna kad imbas, berapa kali sehari dan sebagainya. 







🎁 3 - Perkembangan Anak

Boleh dicatat ikut minggu.





🎁 4 - Latihan Pengurusan Diri dan Kerja Rumah

Sangat bagus! Kita boleh fikirkan kemahiran yang kita mahu anak kuasai. Seperti seorang sahabat Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam, Abdullah bin Masud memahami konsep pengulangan atau kebiasaan ini kepada diri anak sehingga akhirnya ia mengarahkan orang tua dalam menghadapi anak-anak dengan berkata : "Biasakanlah anak untuk berbuat baik sehingga kebaikan pun menjadi suatu kebiasaan baginya." 



Contoh catatan saya

🎁 5 - Lawatan Luar (Field Trip)

Yeay! Salah satu sebab saya beli buku ini adanya ruang khusus untuk catat pengalaman berkunjung ke sesuatu tempat. Menarik, bukan?



🎁 6 - Rekod Bacaan Buku (Reading Log)

Aha... ini perkara pertama yang saya lakukan apabila mendapat buku ini 😉 Menarik sekali idea ini. Kita boleh tuliskan buku yang sudah dibacakan kepada anak atau buku yang telah anak baca. Hingga akhir tahun, saya pasti ibu-ibu juga akan teruja melihat ruang kosong ini telah berisi!




Ini buku yang telah saya baca setakat Minggu Ketiga Januari

🎁 7 - Coretan Ibu

Sebenarnya rekod aktiviti anak dan perkembangan mereka telah banyak ditulis di ruang 1 dan 3. Jadi bahagian 7 ini saya gunakan untuk catat sedikit dan tampal gambar yang berkaitan sebagai kenangan. 


Saya pilih untuk lekatkan nota peta minda dua surah yang dihafaz bulan ini

Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan Planner Aktiviti Ibu dan Anak ini! Ibu-ibu boleh merancang aktiviti lebih awal atau catatkan selepas selesai beraktiviti dengan anak. Yalah, kadang-kadang idea spontan itu lebih menarik dan mengujakan anak-anak!

Gunalah Planner Aktiviti Ibu dan Anak ini bagi membolehkan hari kita berlalu dengan yakin dan gembira. Tak perlu risau lagi dengan kerenah anak yang pelbagai ragam. Kini, dengan merancang dan menulis kita mampu eratkan lagi hubungan dengan anak.

Semoga anda juga beroleh kebaikan dan manfaat daripada planner ini. Tahniah tim Planner Aktiviti Ibu dan Anak kerana berjaya menerbitkan buku yang bagus untuk kami 😅


========================

Ibu-ibu yang berminat untuk dapatkan Planner Aktiviti Ibu dan Anak, boleh hubungi saya (Aina) 013-361 3516. Harga planner RM45.00 belum termasuk kos penghantaran. Insya ALLAH ada free gift untuk sesiapa yang membeli planner ini dengan saya. 


========================

Jumpa lagi!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 27 Januari 2017

Ummi Abi nak Kakak jadi apa?



Usai solat Isyak, anak-anak kelas mengaji menjamu selera sebelum pulang ke rumah. Memang saban minggu, setiap hari Khamis ada dermawan yang bersedekah makanan. Seingat saya sudah hampir 15 tahun keluarga dermawan ini secara konsisten memberi makanan. Subhanallah, moga Allah mengganjari kebaikan mereka sebaiknya.

Usrah remaja juga dapat dijalankan hari ini. Meskipun kehadiran sedikit, tetapi dimaklumi ada yang sudah berpindah ke sekolah berasrama, menghadiri kelas tiusyen, tidak sihat dan ada urusan keluarga. Malam ini kami berbincang tentang matlamat diri. 

"Apakah matlamat hidup kamu?"

Soalan ini nampaknya sedikit sukar dijawab oleh adik-adik remaja ini. Mungkin terlalu banyak yang diingini dalam hidup atau mungkin ada yang tidak faham soalan atau ada yang tidak tahu kehendak dan matlamat diri. Namun, ada seorang menjawab "Ingin jadi anak yang solehah." Masya Allah!

Secara langsung, saya teringat soalan anak sendiri beberapa minggu lepas. "Abi, ummi nak kakak jadi apa?" Kami suami isteri sedikit terperanjat. Saya diam. Menanti jawapan suami. "Abi nak...... kakak jadi hamba Allah." Kakak bagai tidak puas hati, ditanya lagi. Suami tetap memberi jawapan yang sama sambil tersenyum. Saya? Diam-diam berfikir dan bermuhasabah......

Kenangan hadiah buku Kalimah Toyyibah I sempena tamat buku 8 Bacalah Anakku hampir 4 tahun lepas


Selepas peristiwa itu, semasa menemani ibu mertua minum pagi, saya bercerita kisah kakak. Dan saya bertanya, "kalau mak, mak jawab apa?" Ibu mertua saya sebak. "Mak akan cakap mak mahu kamu jadi hamba Allah." Subhanallah. Sungguh, saya terdiam menahan sebak. 

Ya, benar, Allah mengiktiraf seseorang sebagai hamba-Nya. Itu adalah anugerah buat insan yang mukmin. Jika Allah tidak menghiraukan kita, kita akan berbuat apa sahaja tanpa pedoman dan sudah pasti hanya berbuat sesuatu tanpa tujuan yang pasti. Sedangkan seorang hamba Allah ini dipandu sebaiknya oleh Allah ke jalan yang lurus dan sudah pastilah kita harus selalu berdoa kepada Allah supaya memimpin kita ke jalan yang benar. Begitulah yang terkandung dalam surah Al-Fatihah yang kita wajib baca dalam solat.

Saya yakin soalan anak beberapa hari lalu itu bukan sengaja dituturkan. Sebaliknya, ingatan dan tarbiah daripada Allah untuk saya lebih bermuhasabah dan mendekatkan diri kepada-Nya. Allahu akbar.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Menulis dan terus menulis


Saya suka menulis. Sekurang-kurangnya untuk legakan hati sendiri. Dahulu tulis dalam diari. Tetapi, banyak catat perkara yang buruk dan perkara yang tidak puas hati. Bila buka semula diari dan baca, uh, terus trauma dan segala macam muncul kembali. Jadi, saya buang. Tinggalkan terus penulisan diari dan jurnal 😆 

Selepas berkahwin, suami memang pengguna planner. Jika tidak besar, dia guna sahaja yang saiz kecil. Maka saya pun terikut dengan dia. Tahun pertama, OK lagi. Masuk tahun kedua, sudah mula culas tulis. Mungkin kehidupan semakin sibuk. Tambah anak sulung sudah lahir. Tahun ketiga, beli planner tapi sempat tulis nama sahaja. The rest was history 😂 Maknanya saya tak guna. Tahun berikutnya langsung saya tak mahu beli. Bimbang membazir sahaja.

Sebelum itu, saya mula berjinak dengan menulis blog pada tahun 2008. Masa itu, masih usia muda 😄 Bahasa rojak, ejaan pun tak formal. Bermula dengan blog mengulas buku yang dibaca. Alhamdulillah, masih bertahan hingga kini walaupun tidak seaktif dahulu. Sebab rasanya membaca lebih laju daripada menaip ulasan. Hee.. alasan boleh terima tak? 😄

Kemudian, saya sertai Akademi Berkerja Dari Rumah (ABDR) sebab mahu penulisan yang terarah dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Alhamdulillah, di bawah kelolaan Pn Zaila Mohamad, saya banyak belajar perkara baharu. Ada juga grup sokongan, suka dengan semangat positif mereka.

Blog ini memang khusus berkongsi aktiviti dengan anak-anak. Bukan nak show off. Ini salah satu cara saya nak meluahkan perasaan. Biarlah nak kata syok sendiri pun 😆 Rasa rendah diri juga bila perkataan Fitrah Homeschooling terpampang besar di header blog. Mudah-mudahan ada bekal yang dapat saya bawa ke 'sana'.

Entah kenapa mahu kemas kini entri malam ini. Barakallahufik.
Senyum selalu 😊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 25 Januari 2017

Surah An-Naba'


Anak-anak mula menghafaz surah ini mulai dua minggu lepas. Surah ini sudah biasa diperdengarkan. Tambahan pula ia surah pertama dari Juzuk 30. Jadi mungkin anak-anak lebih peka dengan surah ini. Hanya Allah yang dapat memudahkan.

Ada beberapa perkataan yang ditekankan supaya anak dapat belajar bahasa Arab secara tidak langsung semasa belajar surah ini.




Semoga bermanfaat.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 22 Januari 2017

Kraf Rumah


Suatu malam, suami dan anak lelaki pergi belajar, anak-anak perempuan tinggal bersama saya. Ada beberapa waktu sebelum mereka perlu masuk tidur. Masing-masing buat aktiviti sendiri. Saya mengurus bayi kecil, manakala si kakak membacakan majalah untuk adik-adik.

Tiba-tiba kakak datang menunjukkan ruangan kraf dalam majalah. "Kakak nak buat ni, ummi." Saya OK sahaja. Lalu kakak ambil kertas warna dan alat tulis dan duduk di atas lantai. Sebagai permulaan, saya tunjuk cara. Kemudian kakak buat sendiri. Adik pun nak juga. Jadi, minta tolong kakak pantau adik.




Pertama, perlukan kertas bersaiz segi empat sama.


Kedua lipatkan sedikit kertas untuk dijadikan bumbung rumah. Arahan seterusnya boleh rujuk gambar 😉


Hasilnya,



Selamat berkraf! ;)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jurnal anak


Sejak anak mula minat nak menulis, saya galakkan sahaja supaya tidak membunuh minat sekaligus melatih dia menulis dengan lebih baik. Tulisannya memang perlu diperbaiki. Hee.. Berikan dia buku tulis dan pensel atau pen berwarna. Jika pensel itu comel dan bercorak lagi dia suka, anak perempuan kannn 😄



Ini buku nota saya. Tapi disebabkan keunikannya, memang jadi kegemaran anak-anaklah menconteng di dalamnya. Kadang-kadang anak warna ikut segitiga pada kertas itu 😁

Adakala saya beri dia menulis pada buku tulis dan padam. Tapi dia sudah kurang minat. 






Buku ini salah satu dalam rak kami. Buku tulis dan padam nombor arab. Dibeli oleh adik di Mesir. Best buku ini. Saiz besar, warna-warni penuh dan tulisan juga jelas. Buku tulis dan padam huruf hijaiyah pun ada.

Hanya baru-baru ini mula bercadang ajak anak menulis jurnal. Sebenarnya nak buat "kawan". Huhu.. saya selalu lupa nak mencatat dalam jurnal. Jadi bila ada kawan, jika tidak saya mengingatkan untuk tulis jurnal, anak yang akan tanya. Hehe.. 



Boleh muat turun templat ini di sini :




Sekarang saya sedang menunggu ketibaan jurnal yang baru. Sangat teruja sebab saya suka ciri-cirinya.

Kredit gambar : Instagram Planner Ibu Anak
Nak tahu apa kandungannya, tunggu saya reviu Insya Allah 😅 Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 20 Januari 2017

Sesi Bercerita : Little Owl's Orange Scarf



Buku comel ini saya beli melalui Cikgu Ib di BBW Sale hujung tahun lepas. Menarik sekali reka letak dan cerita Little Owl's Orange Scarf ini.

Tak terkira sudah berapa kali baca tapi baru sekali buat aktiviti.

Little Owl tak sukakan scarf barunya. Oren pula itu. Ada sahaja alasannya untuk hilangkan. 

Akhirnya, selepas lawatan kelas ke zoo, Little Owl pulang ke rumah tanpa scarf tersebut! Namun, dia lebih seronok bercerita pengalamannya ke zoo kepada ibu berbanding risaukan kehilangan scarf itu.

Ibunya menelefon pihak zoo tapi tak ada siapa yang nampak scarf oren itu.

Baiklah, ibunya mahu buatkan yang baru dan kali ini membawa Little Owl ke kedai benang. Oh, tak sangka ianya sangat menyeronokkan Little Owl!

Dia memilih warna hijau dan sangat sukakan scarf baru ini. Dan... ada kejutan di akhir cerita. Barulah tahu ke mana 'perginya' scarf oren itu! 😜

Kikiki..comel betul Little Owl. Apa nilai dan pengajaran cerita ini? Anak-anak kata : dia tak suka warna oren, ummi. Dia nak warna hijau.

Ya, betul. Tapi itu bukan pengajaran 😅

Little Owl patut ucap terima kasih pada ibu kerana telah susah payah buatkan scarf untuk beri keselesaan pada dia. Jika Little Owl tak suka, mungkin boleh beritahu ibu dengan baik bukannya hilangkan 😂





Kraf 

Kami buat kraf burung hantu. Pakai kad manila berbentuk bulat, kertas warna dan pen berwarna. Boleh juga gunakan piring kertas.




Lipat sedikit kedua-dua belah tepi kad untuk membentuk kepak / sayap burung hantu. 

Lukiskan bulu burung hantu di badannya. Tampal mata, paruh dan kakinya. Siap! 😃


Barakallahufik.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015