Rabu, 15 Mac 2017

Kemahiran menggunting




Saya memang jarang beri aktiviti menggunting pada anak-anak. Kasihan mereka. Mereka suka dengan aktiviti ini. Benda baru bagi mereka. Insya Allah lepas ini kerap buat latihan seperti ini.


Anak kedua demam jadi dia agak meragam. Namun apabila dia meminta buat aktiviti menggunting, saya tak dapat tolak. Saya hanya lukiskan awan dan titik-titik hujan dan minta dia guntingkan. Alhamdulillah nampaknya dia semakin menguasai kemahiran ini. Selepas ini boleh beri menggunting bentuk lain.






Sudah pasti adik-beradik lain mahu turut serta. Saya lukiskan payung untuk si kakak dan si kak cik menggunting bebas kertas yang diberi.





Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Hafazan Surah Al-Infithor


Alhamdulillah minggu pertama Mac bermula hafazan surah baru. Surah Al-Infithor.






Abaikan susunan yang tidak begitu kemas dalam peta minda ini 😖

++++++++++



Hari ini bercerita Surah Al-Infithor buat kesekian kalinya. Di hujungnya, buat kuiz. "Ok, kita buat kuiz sikit. Nanti ummi bagi hadiah (coklat kismis minda)."

"Tak nak tu ummi." Aik? Pelik ni. Habis, nak apa? "Nak biskut ummi tu."

😱

(Biskut mahal tu. Huhu.. Cakap dalam hati je.) "Okay, ummi bagi 1." Hora horreyy la anak. Sesekali 😎 Soalan dapat jawab semua, anak pun happy, ummi pun seronok. Alhamdulillah.

 ======== 

** Biskut mahal itu ialah biskut oat and hersyhes @mommoremilk. Punyalah berjimat 😝 Beli dengan @pitstop_babyshoppe. Kena beli lagi ni.

#storytellingquran#quranichomeschooling#FitrahHomeschooling #SurahALinfithor



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sesi bercerita My First ABC From The Quran




Buku comel ini saya beli beberapa tahun lalu dari Kak Chik Niza melalui blogshop beliau, Mari Baca Bookstore. Suka dengan servis beliau. Namun, perkhidmatan itu telah dihentikan atas sebab tertentu. 

Buku ini adalah kategori buku bergambar. 1 muka surat ada 1 perkataan sahaja. Pembaca diperkenalkan dengan perkataan dari al-Quran seperti ant, bird, camel dan dates. Pada bahagian akhir buku diletakkan sumber ayat Quran. 






Buku inilah yang saya ulang-ulang baca semasa anak-anak kecil. Kini giliran anak ketiga pula sangat menyukai buku ini. Selain membacakan perkataan ini, saya bercerita ringkas kisah haiwan atau benda tersebut di dalam al-Quran.

Kini, yang sulung dan nombor dua sudah semakin besar maka boleh masukkan aktiviti yang lebih kompleks seperti bercerita menggunakan gambar atau menggunakan diorama. Ha, lain kali kita kongsikan ini ya. Insya Allah. 

Aina Dayana Hilmi.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 13 Mac 2017

Kisah minum air



Saya sedang tidurkan bayi kecil di bilik semasa anak ketiga datang. Dengan bercekak pinggang dia berkata :

Asma' : Ni siapa minum ni? 
Ummi : Ummi. Kenapa?
Asma' : Ish, minum kat mana? 
Ummi : 😝 (macam kenal je ayat tu) Err.. dapur.
Asma' : Ha, cepat kemas bawa pergi dapur.
Ummi : Yelah, yelah 😹

OK, hari ini belajar sesuatu. Biasa saya yang membebel dengan anak-anak. Sudah tetapkan dapur untuk makan dan minum.

Hari ini terbawa cawan ke dalam bilik sebab si kecil ini menangis kuat. Bimbang berlaku apa-apa, saya bergegas mendapatkannya. Tak sangka pula berlaku dialog di atas.

Kesimpulannya, lain kali jangan terus marah. Tarik nafas dalam-dalam. Letakkan kita di tempatnya. Dalam banyak keadaan anak tak sengaja buat kesalahan dan dia pun tak mahu dimarahi tapi kita yang dewasa ini begitu melulu dalam membuat kesimpulan. 

لاَ تَغْضَبْ وَلَكَ الْجَنَّةُ.

Jangan kamu marah, maka kamu akan masuk Syurga [Hadis riwayat at-Tabrani]

Subhanallah, Allah sudah beri peringatan. Besarnya ganjaran orang yang menahan kemarahan. Syurga pula itu. Siapa yang tak mahu?

Ya Allah, kami mohon keampunanmu.

Aina Dayana Hilmi.
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 12 Mac 2017

Kisah mewarna dan emosi anak


Pagi ini melayan anak buah berusia 2  tahun 6 bulan mewarna. Kami berkongsi lukisan yang sama. Apa yang saya pegang itulah juga yang dia mahu.



Teringat pula semasa kecil dahulu. Saya mewarna bersama kakak sepupu yang jarak usia kami berbeza 5 tahun. Tidak silap, waktu itu saya berusia 6 tahun.

Sedang asyik mewarna tiba-tiba datang seorang dewasa (sudah lupa siapa orangnya) dan berkata : "Eh Yana, warnalah elok-elok. Tengok kakak tu. Cantik je dia warna."

Saya tersentak. Terkebil-kebil mata saya melihat lukisan kakak sepupu. Ya, memang cantik. Dia warna satu arah sahaja. Saya masih meneruskan mewarna tetapi dengan kadar perlahan. Rendah diri barangkali. Haha.

Kemudian ada seorang lagi datang : "Wah, rajinnya kamu mewarna." Saya mengadu lukisan saya tidak cantik dan dibalas : "Yana warna macam ni (satu arah). Perlahan-lahan."

Apa perasaan saya? Saya gembira kerana diberi tunjuk ajar dan merasakan lukisan saya semakin cantik.

Jadi, kesimpulannya jangan condemn seseorang anak jika dia buat salah tetapi tunjukkanlah cara yang betul. Anak-anak perlukan bimbingan.

Buat perbandingan antara dia dan orang lain pun boleh cedera emosi anak kecil itu. Yalah, saya sudah 30-an masih ingat kejadian itu 😏

Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Origami Kotak


* Gambar : Koleksi peribadi

Saiz kotak yang terhasil dipengaruhi oleh saiz kertas yang digunakan. Kali ini saya menggunakan kertas origami yang telah siap dijual. Jadi saiznya sama. Bahan yang diperlukan ialah kertas warna sahaja.

1) Ambil kertas berukuran segi empat sama.


2) Lipat kertas menjadi segitiga. Pastikan bucu bertemu bucu.



3) Hujung segitiga yang terbuka dilipat ke arah bucu yang tertutup. Pastikan juga bucu bertemu bucu.



4 & 5) Lipat lagi 2 kali.




6) Lakukan pada bahagian lagi satu. Cara sama seperti di atas. Hasilnya akan nampak kesan lipatan seperti gambar ini.


7) Gunting bahagian ini - 1 petak.


8) Guting bahagian kedua dengan mengikut garisan lurus bagi 2 kotak. Jangan gunting sehingga habis.


9) Terbalikkan kertas. Kita akan mula melipat kotak mengikut garisan-garisan lipatan.


10) Selitkan dua sayap kertas ke dalam bahagian kertas yang berbentuk anak panah (>).


11) Anda akan mendapat sebuah kotak yang comel. Kotak kecil ini adakalanya digunakan ketika majlis perkahwinan untuk mengisi gula-gula. Anda boleh buat 2 kotak yang bersaiz sama dan satu kotak itu berfungsi sebagai penutup kotak. Dan gamkan reben atau bunga di atas penutupnya :)



Selamat mencuba 😊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Petrosains & Eksperimen Mudah


#throwback


Tak lama lagi cuti sekolah. Bagi negeri Kedah, Kekangan, Terengganu dan Johor, cuti sekolah akan bermula pada 18 Mac 2017 (Jumaat) dan negeri lain akan bermula pada Sabtu, 19 Mac 2017. Apa rancangan anda cuti sekolah nanti? Rancang awal supaya dapat buat bajet yang bersesuaian. 

Melawat ke muzium, perpustakaan, tempat bersejarah dan berkelah merupakan pilihan popular. Bagi yang berkesempatan, Petrosains juga satu destinasi menarik untuk anak-anak.

Biasanya banyak aktiviti disusun sepanjang cuti sekolah. Boleh layari http://www.petrosains.com.my/  . 





Kami pernah ke Petrosains semasa cuti sekolah pada tahun 2013. Waktu itu Khaulah berusia 3 tahun dan Abdullah Naufal baru berusia setahun.

Kami dapat mengikuti 3 aktiviti di sana seperti :

1) Pembentukan awan

Letak sedikit air dalam botol mineral. Nyalakan sebatang mancis dan padamkan. Masuk dalam botol air tadi. Tutup. Picit botol beberapa kali. Buka dan picit botol perlahan-lahan. Akan nampak pembentukan gumpalan seolah-olah awan pada permukaan botol. Penerangan dari segi Sains tak pandai pula nak terangkan ^^


2) Harmonika daripada penyedut minuman

🍄Susun 7 batang penyedut minuman yang sudah dipotong mengikut saiz tertentu. Susun ikut suka. Selotep. Letakkan batang aiskrim bawah dan atas penyedut minuman tadi. Selotep sekali lagi. 


3) Tornado table challege. 

🍄 Sediakan 3 cawan kertas, 1 bola ping pong dan 1 cawan plastik yang dilubangkan tapaknya. Fikirkan bagaiman bola ping pong dari cawan plastik tadi nak dibawa masuk ke dalam cawan-cawan kertas tanpa bola jatuh dan tidak boleh tukar kedudukan cawan plastik. Jawapannya, pusingkan bola dalam cawan plastik (seolah-olah taufan) dan masukkan ke dalam cawan kertas.




Boleh cuba di rumah, bukan? Selamat bereksperimen!

* Entri ini asalnya dari blog saya yang lain.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015