Ahad, 30 April 2017

Sesi Bercerita Tiga Sahabat


Buku Tiga Sahabat ini saya beli di PBAKL beberapa tahun sudah. Terbitan Negara Brunei.

Ini kisah dongeng mengenai Beruk, Kera dan Lotong yang bersahabat baik suatu ketika dahulu.

Semasa musim kemarau, mereka bergilir-gilir mencari makanan. Lotong pemalas dan pentingkan diri sahaja.

Sehinggalah satu peristiwa di mana Beruk dan Kera tertangkap semasa mengambil buah-buahan di dusun orang kampung. Padahal Lotong ditugaskan untuk menjaga kawasan.

Marahlah dua sahabat ini. Lotong pula melarikan diri ke dalam hutan kerana takut melihat dua sahabatnya dijerat.

Hmmm.... dalam berkawan tidak boleh pentingkan diri sendiri. Mesti hormat dan membantu antara satu sama lain. Seperti dalam surah Al-Maidah ayat 2 : “…Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksa-Nya.” 

Wallahualam.

*Dibaca pada Jumaat 28 April 2017.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

4 sifat pelajar cemerlang

 


Malam tadi diadakan perkongsian ilmu dalam kelas mengaji. Tema Isra' Mikraj namun diselitkan banyak sekali nasihat untuk anak-anak yang datang mengaji. Saya kongsikan apa yang sempat dicatat.

1- Siddiq

- Membenarkan. Terima pelajaran yang betul dan amalkan dengan baik.

2 - Amanah

- Apa itu amanah? Memegang tanggungjawab.
- Misalnya amanah kita sebagai anak. Mak ayah suruh kita ke sekolah tapi kita pergi tempat lain. Sudah berlaku pecah amanah di situ.

3 - Tabligh (menyampaikan)

- Seperti dalam hadis nabi : 
:

«الكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ»

“Perkataan yang baik adalah sedekah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

- Kongsi ilmu, berbincang dengan kawan jika lemah dalam sesuatu subjek atau berlaku jujur.

4 - Fatonah

- Maksudnya bijaksana atau cerdas.
- Contohi pelajar cemerlang seperti Nik Nur Madihah (pelajar terbaik SPM 2008), Husna Mardhiyyah (pelajar terbaik SPM 2016) dan Nur Najmi Syamila, pelajar istimewa (Top 5 Pelajar Terbaik SPM 2009 Terengganu).
- Apa rahsia mereka? Jaga SOLAT! Adik Husna amalkan ucap terima kasih pada mak ayah, guru dan amalkan baca Al-Quran sebelum mengulangkaji.

Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 29 April 2017

Musim Buah-buahan


Sumber gambar : di sini
Siapa suka makan buah durian? Saya suka 😉 Sejak kecil memang suka sangat makan buah ini. Dahulu, datuk ada kebun durian. Tidak banyak pokoknya tetapi merasa jugalah kami adik-beradik berbasikal ke kebun datuk dan menunggu buah durian jatuh.

Siap bawa surat khabar untuk alas duduk. Letak tebal-tebal supaya punggung tak terasa batu dan rumput. Ada masa bawa buku cerita buat penghilang bosan, pernah juga bawa ubat nyamuk sebab tak tahan digigit nyamuk dan agas.

Sesekali terkena hujan. Tidak bawa payung, bergegas kami pulang ke rumah. Di hari yang lain, bawa payung supaya kami sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan hujan.

Ada masanya, pulang dari sekolah agama petang, berhenti dahulu di kebun meninjau buah yang gugur. Sampai begitu sekali.

Seronok yang amat apabila dengar bunyi 'buk!'. Berlari mencari buah durian tersebut. Masuk dalam beg (tak ingat material apa beg itu) jika banyak. Jika sedikit, kami jinjit seorang satu sahaja sambil naik basikal atau masukkan ke dalam raga basikal untuk dibawa pulang.

Seronok sungguh masa itu.

Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan naungan yang terbentang luas, dan air yang sentiasa mengalir, serta buah-buahan yang banyak, tidak putus-putus dan tidak pula dilarang untuk mendapatnya, dan tempat-tempat tidur yang tebal (lagi empuk). [Surah Al-Waqiah ayat 30 hingga 34]


Sungguh indah gambaran syurga yang Allah sebut di dalam Quran. Allahu Allah.. 

Dalam pada itu ada juga beberapa pengalaman yang tidak seronok semasa menunggu durian ini. Selalu juga buah durian kami diambil oleh seorang datuk yang tinggal tidak jauh dari kebun kami.

Fikiran cetek kami ketika itu : Kami penat-penat tunggu durian, senang-senang sahaja atok tu ambil! 😒 Bila ditegur, atok itu menjawab : alaaaa, atok ni pun sedare kau juga...

Balik rumah mengadu dengan nenek dan emak, mereka mengamankan sahaja. Tidak perlu panjangkan isu 😖

Perkara kedua ialah saya ada lelah. Pantang makan durian, aiskrim, air sejuk, buah kuini dan banyak lagi (sudah lupa). Jadi nikmat makan agak terhad 😆 Subhanallah.

Kini, kebun durian sudah tiada, datuk saya pun sudah lama meninggal dunia. Namun kenangan lama itu masih lagi segar di ingatan.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 23 April 2017

1 Hari 1 Doa


Projek ini telah lama tertangguh. Tambahan lagi sebelum ini anak tidak berapa minat mewarna. Sekarang alhamdulillah.

Saya ambil doa dari hadis sahih dalam Hisnul Muslim. Versi cetak ada dikeluarkan oleh Telaga Biru manakala versi digital saya perolehi dari internet sahaja. Tapi, saya dapati Hisnul Muslim sudah sukar dicari sekarang ini. Di pihak penerbit juga sudah kehabisan stok buat masa yang lama.

Versi cetak


Saya buat carian borders and frame printable dan letakkan pada doa tersebut. Anak-anak warnakan bingkai gambar. Selepas siap, saya laminate dan tampal di tempat yang sesuai.


Kami pilih doa :

1) Memakai pakaian
2) Membuka pakaian
3) Melihat orang memakai pakaian baru
4) Masuk tandas
5) Keluar tandas
6) Masuk rumah
7) Keluar rumah






Seharian juga membuat kerja ini. Alhamdulillah, misi berjaya dan anak kurang meragam. Fuh, lap peluh...😆

Silalah ambil bahan ini jika bermanfaat 😊





Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 21 April 2017

Testimoni ibu ohsem


Dahulu, sukar mencari buku yang menarik untuk bacaan dan aktiviti anak-anak. Buku Disney dan cerita dongeng barat sahajalah yang mendominasi pasaran. Namun kini, saya suka dengan perkembangan positif industri buku kanak-kanak di Malaysia.

Saban tahun, menyaksikan pelbagai jenis dan judul buku terbit dan beredar di pasaran. Saya suka menjadi sebahagian daripada agen penyebar bahan bacaan yang baik untuk ibu, ayah, keluarga dan anak-anak.

Baru-baru ini bermuamalah dengan seorang ibu muda. Semangat sekali dia mencari bahan pendidikan dan bahan bacaan yang bagus untuk anak-anaknya berusia 6 dan 4 tahun. 


Puan ini membeli :

1. Fun Literacy Game Bahasa Melayu


 Permainan ini membantu :

 🎈 Meningkatkan kebolehan praktikal anak-anak. Koordinasi mata dan tangan dapat ditingkatkan sewaktu anak-anak melatih jari-jari mereka dalam menyusun tiles untuk membina perkataan.
🎈 Membantu menggalakkan kemahiran visual anak-anak. Ilustrasi yang menarik dan berwarna terang akan membantu anak-anak melihat gambar dengan baik.

Disertakan dengan:
🎈 52 tiles huruf A-Z bersaiz 2cm x 2cm
🎈 60 keping kad bersaiz 8.5cm x 7.5cm
🎈 120 perkataan dengan gambar yang menarik
🎈 1 board untuk meletakkan kad dan tiles huruf bersaiz 14cm x 12cm

2. Set Poster Read Easy

 3. Buku :

a. Ziyad and Tiger Adventures ; Animals From The Quran
b. Planner Aktiviti Ibu dan Anak
c. Tafsir Mini Surah Al-Duha 
d. Tafsir Mini Surah Al-Tin
e. Set How About You




Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Khamis, 20 April 2017

Sabar seorang ummi 😁


Aktiviti beberapa hari lepas. 

Aktiviti untuk 3 orang

Aktiviti si abang

Aktiviti si kakak - Cari perbezaan

Aktiviti si kak chik

Sebenarnya ada dua hari menguji tahap kesabaran. Memang rasanya boleh meletus bila-bila masa. Menangis juga dibuatnya. Lalu saya beri anak-anak bermain di luar rumah dan saya duduk berfikir. Ya Allah, mesti ada keperluan emosi anak-anak yang saya belum penuhi. 

Jadi minggu ini hanya santai-santai sahaja. Saya cuba ubah diri. Fikir sebelum cakap, tarik nafas panjang-panjang bila terasa nak marah, beri syarat pada anak dan terangkan peraturan. Alhamdulillah! Allah permudahkan, anak-anak lebih tenang hingga kini.

Nampaknya ummi paling kuat kena tahan sabar 😆

Lagi-lagi apabila terbaca perkongsian Pn Nor Aqilah di Facebook, katanya tunjuk terus kasih sayang kepada anak-anak. Selalu peluk dan ucap sayang pada anak-anak. Bila mereka dah 'pergi' terasa ralat sangat tidak buat begitu. Allau Allah. .Satu peringatan buat diri.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 18 April 2017

DIY Jigsaw Puzzle


Sekian lama, baru dapat tahu kegemaran anak lelaki ni. Sejak kecil, pattern belajarnya tidak sama seperti kakak sulung. Lelaki, kebiasaannya lebih adventures 😉

Awalnya, dia suka permainan Lego. Kemudian, pulang sepupunya ke kampung asyik bermain jigsaw puzzle maka saya lihat anak-anak saya semakin minat bermain permainan ini. 

Dahulu, masa mereka masih kecil, belum tahu jaga barang. Scary sahaja bila mereka minta belikan permainan 😃 

DIY JIGSAW PUZZLE

Apa yang saya buat :

1. Ada kotak bijirin (cocoa crunch, cornflake, honey star dan seumpamanya) jangan buang. Ambil gambar hadapannya, potong jadikan jigsaw puzzle. Jimat 😉

2. Ambil majalah lama yang tak mahu baca lagi. Ambil mana-mana gambar cantik, laminate dan potong.

3. Tampal gambar dari majalah lama pada kad manila, potong-potong jadikan jigsaw puzzle.

4. Kotak barang pun jangan buang. Lukis atas kotak, potong-potong. Kalau lebih rajin, buat projek bersama anak. Warnakan. Dah siap bahan aktiviti.

Dalam gambar, saya jadikan folder game.Pernah buat entri dahulu. Boleh baca di sini 


Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015