Ahad, 22 Oktober 2017

Buku cerita mini : Nabi Yunus dan ikan


* Siaran ulangan ;) Buku ini kami buat semasa menyertai aktiviti anjuran Mama Q3 awal tahun ini.







Menggunakan brown bag yang kecil itu. Saya selitkan aktiviti ringkas dalam ruang pada brown bag. Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 21 Oktober 2017

Buku kanak-kanak yang best!





Alhamdulillah, hari ini rasa sangat seronok. Kenapa ya?

Sebab dapat maklum balas dari seorang adik junior tentang set buku kanak-kanak yang awesome ini. Subhanallah. Allah jua sebaik-baik pemberi nikmat.

Mari berkenalan dengan set buku yang menarik ini!


Buku keluaran Aulad Read & Play ini ada 6 tajuk dan mempunyai temanya yang tersendiri. Tajuk-tajuk yang ada ialah :


1. 5- Minutes Bedtime Reminders [RM18]


Buku ni ada lebih 15 topik. 1 topik dalam 2 muka surat. Pesanan-pesanan ringkas tetapi ayatnya sedap dibaca. Sesuai dibaca untuk anak sebelum tidur.


2. Safeeya & Kitty Playing In The Rain [RM18]


Ada watak kucing! Boleh bercakap pula tu. Seronok apabila Safeeya, Ibu Safeeya dan Kitty bercerita tentang hujan dan disebutkan ayat yang berkaitan dari al-Quran.


3. Ziyad & Tiger Adventures [RM18]


Anak-anak biasanya sukakan cerita haiwan kan. Ini kisah Ziyad and Tiger yang bertemu dengan 10 jenis haiwan yang disebut dalam al-Quran.


4. Have You Ever Wondered? [RM14]


soalan-soalan yang biasa anak kecil tanya. Penulis olah ayat ikut aras anak kecil dan disertakan panduan ayat Quran sebagai rujukan mak ayah.


5. Allah's Little Star [RM14]


Pernah dengar twinkle twinkle little star? Aha, penulis olah sikit ikut kreativiti beliau. Menarik sekali ayat-ayatnya mengaitkan dengan kebesaran Allah.


6. My Amazing Super Power [RM14]


Ha! Bukan anak lelaki je suka tau, anak perempuan pun sama. Perbualan antara seorang ibu dan anak lelaki yang mahu jadi superhero. Psstt.. ada tips nak jadi superhero yang hebat tau dalam ni :wink:..


Menarik, kan? Pelbagai tajuk, pelbagai tema dan isi cerita. Berbaloi dapatkan buku ini. Insya Allah .



====================================



Semoga bermanfaat.


#ejenAuladReadPlay



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Riadah Futsal

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim).

Sumber : sini
Rabu lepas, sebelum bermulanya kelas mengaji, anak-anak ini bermain futsal dahulu di padang futsal berhampiran.

Sumber gambar : koleksi peribadi






OKlah dapat beraktiviti memandangkan cuti panjang dan mereka pun tidak ke mana-mana.

Budak perempuan pun beraktiviti juga tapi tak ambil gambar. Hihi.

Barakallahufik.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Majlis Khatam Al-Quran dalam ingatan

Terjumpa gambar lama dalam simpanan. Senyum sendiri mengingat kenangan lebih 20 tahun lalu. Ini ialah gambar sempena majlis khatam Quran di tempat mengaji saya. Ramai, kan?




Nostalgia sungguh bila dikenang.

Dulu, kami adik-beradik belajar mengaji di rumah seorang ustazah. Kelas mengajinya ada setiap hari bermula selepas Maghrib. Saya tidak pasti berapa bilangannya namun bilangan murid beliau mencecah seratus lebih untuk satu malam.

Dan kelasnya percuma. Masya Allah. Sungguhpun beliau garang tapi alhamdulillah kebanyakannya tekun mengaji sehingga tamat juzuk 30.

Ruang mengaji di rumahnya bertambah besar dari tahun ke tahun.

Mengaji al-Quran setiap Isnin hingga Ahad dengan diselang-seli bacaan Yasin pada hari Khamis malam Jumaat dan kelas fardu Ain pada setiap pagi hari Sabtu dan Ahad di masjid.

Saya selalu berjaga-jaga kerana takut terlepas kelas. Maklumlah, cuti hujung minggu. Bimbang terlajak tidur. Tapi emak dan nenek tidak pernah terlupa mengejutkan saya. Waktu itu saya akan ke kelas dengan beberapa orang kakak yang tinggal berhampiran dengan rumah.

Sesekali guru mengaji saya akan mengadakan pertandingan hafazan, kuiz - bacaan doa yang sudah dihafaz, amali solat, belajar bahasa Arab, belajar menulis jawi, melawat ke sana sini, pergi baca Yasin di rumah orang, mengikuti kuliah agama di masjid, universiti atau sebagai jemputan di tempat terpilih, menyertai perarakan Maulidur Rasul dan sebagainya.

Banyak betul aktivitinya. Zaman kanak-kanak sungguh seronok dengan aktiviti sebegini. 

Saya mula belajar mengaji dengan guru ini ketika darjah 1. Walaupun telah khatam beberapa tahun selepasnya, saya masih mengaji sehingga darjah 6. Selepas itu, hanya teruskan berziarah ketika hari raya.

Ada satu peristiwa lucu menjelang majlis khatam Quran ini.

Ustazah berpesan kepada kami yang khatam quran, seeloknya berpuasa sunatlah sebelum majlis. Ambil pahala berpuasa sunat dan berdoa moga Allah berkati.

Saya peserta termuda tahun itu cuba juga berpuasa. Maklumlah tak biasa berpuasa selain bulan ramadan sahaja, saya demam pada hari saya berpuasa. Aduhai, jadi 'bahan' pula waktu itu. Hehe.

Saya masih ingat, ibu peserta khatam akan duduk dihadapan anak masing-masing semasa majlis berlangsung. Kami akan baca bergilir-gilir.

Rasa macam 'artis' tau. Sebab duduk sebaris di hadapan masjid. Hadirin ramai sangat sehingga melimpah ke luar dewan solat, mengigil pegang mikrofon untuk mengaji tapi rasa bangga sebab baca Quran depan mak (dan ayah) sendiri dalam suasana begitu.

Setiap orang wajib buat bunga telur pahar, pulut kuning dan berpakaian putih. Auranya sungguh lain. Seronok. Kami diarak dari rumah ustazah ke masjid dengan paluan kompang dan ahli keluarga serta kawan-kawan mengaji. Macam pengantinlah.

Masya Allah. Tabarakallah. Maaflah panjang pula coretan hari ini.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 20 Oktober 2017

Galak anak minat membaca

Semasa melayari internet, terjumpa gambar ini dari thisreadingmama.com.




Idea yang bernas! Anak-anak kecil kan suka mewarna. Melihat gambar ini, terasa mahu buat untuk diri sendiri juga.

Setakat ini sudah 58 buah buku dibaca tahun ini. Insya Allah akan bertambah lagi.

Jom baca buku!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 19 Oktober 2017

Menunaikan umrah.. satu cita-cita..


Pagi ini kami menziarahi kakak suami yang akan berangkat menunaikan umrah bersama suami dan salah seorang anaknya. Entah kenapa, timbul sebak dalam diri. 'Ya Allah, bilakah tiba giliran daku?.'

Dua hari lalu, apabila suami memaklumkan akan ke sana juga pada bulan hadapan, anak nombor dua sudah bertanya, "Abang Ngah nak ikut abi, boleh?" Allahu akbar. Mahu menangis rasanya.

Semasa di rumah kakak, dalam sibuk membuat persiapan terakhir, mereka suami isteri masih sempat menyantuni para tetamu yang datang berziarah.

Suami memutuskan untuk mengiringi kakak sehingga ke hentian Rehat dan Rawat Ayer Keroh kerana kami membantu membawakan beg mereka.

Dalam perjalanan di lebuh raya, anak-anak bertanya lagi :"Bila kita nak pergi Mekah?"

Allahu anak, tidak sedar air mata ummi bertakung. Lalu saya katakan, jom kita doa Ya Allah, murahkanlah rezeki ummi abi dan kami semua untuk bertamu ke rumah-Mu. Berilah kami peluang menunaikan umrah dan haji di sana. Ya Allah, perkenankanlah dan ampunilah kami. Amin..amin..amin..

Doa oramg musafir kan mustajab. Insya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak

Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 12 Oktober 2017

Memulakan dakwah...


Kuliah maghrib hari ini dimulakan dengan lontaran soalan oleh ustaz :

Bila sepatutnya kita perlu beramal?
Jawapannya : Sekarang!

Siapa sepatutnya memikul tugas dakwah?
Jawapannya : Saya! Dan bukan menuding jari kepada orang lain.

Beratkah tuan-tuan sekalian?
Ya. Kerana kerja dakwah ini ialah kerja Nabi Sollallahu Alaihi Wasallam.

Jika tidak, pasti Nabi tidak dibenci.
Jika tidak, pasti Nabi tidak menerima ugutan bunuh.

Fuh, berpeluh mendengarnya....

Sambung ustaz lagi, bagaimana memulakan dakwah? Mulakan dengan diri sendiri dan ahli keluarga. Perkara asas lagi penting ialah mengajak anak menunaikan solat. 

Seawal 7 tahun lagi, berilah nasihat dan ajaklah anak menunaikan solat. Bangun pagi, kejut anak tunaikan Solat Subuh. Meskipun anak masih kecil dan mengantuk, tidak mengapa. Angkatlah anak itu bawa ke masjid. 

Letak dia bersama kita semasa solat. Lama-kelamaan insya Allah dia akan biasa dan mula bersolat. Ini juga amalan para alim ulama dalam mendidik anak-anak mereka. Mudah-mudahan anak akan terdidik dengan menjadikan solat sebagai perkara utama dalam diri mereka.



Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak




Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015